Assalammualaikum W.B.T
Ramai antara kawan-kawan blogger yg dah bekerja rasanya, kan? Bagi yg belum bekerja tu pun sangat dialu-alukan untuk membaca entri ni. Bagi yg dah dan sedang bekerja macam aku ni, mood bekerja tu mesti pasang-surut, kan? Ada masa lemau je nak pergi kerja. Ada masanya pula semangat gile nak bekerja, sampai kerja lebih masa! Walau apapun alasannya, bagi diri aku, pengaruh majikan dan kawan-kawan di tempat bekerja tu sangat penting, selain dari rasa tanggungjawab terhadap kerja la ye ^_^
Kalau kita ada majikan yg sporting, kawan-kawan sekerja yg best, tentu semangat nak bekerja tu sentiasa ada, kan? Mood nak buat kerja pun mesti tak merudum. Besar sangat ke pengaruh majikan dan kawan-kawan di tempat kerja ni...?
Hmm, memang berpengaruh. Tapi, janganlah pula perkara ni dijadikan alasan untuk kita malas bekerja. Macam yg aku dah tulis mula-mula tadi, tanggungjawab terhadap kerja tu yg paling penting. Hal-hal lain tu menjadi faktor penyumbang je. Kalau dah memang dapat bos jenis tak sporting...? Dan kawan-kawan pula memang tak sebulu...? Cari kerja lain jelah jawabnya! Huhuhu...jangannnn!! Tak elok cepat sangat patah semangat.
Cuba la cari sesuatu yg boleh dijadikan pembakar semangat kita di kala bekerja. Contohnya, bela ikan kat pejabat ke. Mungkin dengan cara tu, rasa ingin bekerja akan membuak-buak. Yelah, kalau dah bela ikan, mesti asyik terfikir, "ikan aku okay ke?" "ikan aku kelaparan ke?" Secara tak langsung, ia akan memotivasikan kita supaya menjadi lebih rajin untuk ke tempat kerja kerana ada 'tanggungjawab" lain yg perlu dilaksanakan.
Apapun, kepada semua majikan dan kawan-kawan di luar sana, jadi la teman sekerja yg best, yg memahami dan saling membantu. Jangan la menyebarkan virus yg tidak elok di kalangan kawan-kawan lain. Kan seronok kalau kita semua dapat bekerja dengan hati yg senang di bawah satu bumbung...?
p/s : so far...bos dan kawan-kawan kat sini tak memeningkan kepala lagi >_<
~ Dylla Abas ~
3 comments:
tu la pasal..dah beberapa kali tukar kerja..ade yang majikan ok tapi rakan plak tak ok..bila rakan ok majikan pula macam hampeh..
skrg dah ok dah..
wlupun tangungjawab itu yg utama,persekitaran pasti mempengaruhi....kdg2x fokus takde klu persekitaran tak best..huhuhu
kwn² akak ok, bos x ok..
Post a Comment