Pages

Thursday 21 February 2013

Kisah Abu Hurairah dan Syaitan

Assalammualaikum W.B.T
Salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Hurairah r.a, suatu hari telah diamanahkan oleh Baginda untuk menjaga gudang hasil zakat. Pada suatu malam, Abu Hurairah r.a. telah ternampak seorang pencuri yg menyelinap masuk ke dalam gudang untuk mencuri, namun dapat ditangkap olehnya. Abu Hurairah r.a. ingin membawa pencuri itu untuk bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Namun, pencuri itu merayu minta dilepaskan dengan alasan dia mencuri kerana ingin memberi makan kepada keluarganya yg sedang kelaparan. Pencuri itu juga memberitahu Abu Hurairah r.a. bahawa mereka adalah keluarga yg miskin. Kerana kasihankannya, Abu Hurairah r.a. melepaskan pencuri itu dengan syarat perkara seperti itu tidak berlaku lagi.
Namun, perkara tersebut berulang lagi pada keesokan malamnya. Abu Hurairah r.a. berjaya menangkap pencuri itu sekali lagi dan ingin membawanya bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Namun, selepas pencuri itu merayu dengan alasan yg sama, Abu Hurairah r.a. berasa kasihan dan melepaskannya pergi. Dan perkara tersebut berulang lagi pada malam seterusnya. Kali ini Abu Hurairah r.a. mengugut untuk membawanya bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Namun, pencuri itu berkata kepada Abu Hurairah r.a. :
"Mahukah aku mengajar satu ayat yg dapat melindungi kamu daripada syaitan?"
Abu Hurairah r.a. berasa ingin tahu tentang ayat itu. Lalu pencuri itu memberitahu, sekiranya seseorang membaca dan mengamalkan ayat Kursi, nescaya syaitan tidak akan mengganggunya. Abu Hurairah r.a yg berasa tersentuh dengan ajaran tersebut lalu melepaskan pencuri tersebut.. Dia kemudian bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan menceritakan kepada Baginda tentang apa yg berlaku, juga perihal ayat Kursi yg telah diajarkan oleh pencuri tersebut.
Baginda Rasulullah S.A.W memberitahu kepada sahabatnya bahawa pencuri itu adalah syaitan yg telah dilaknat oleh Allah S.W.T. Namun, apa yg telah diajarinya itu merupakan suatu perkara yg benar. Sesiapa yg membaca ayat Kursi sebelum tidur, maka Allah S.W.T akan mengutuskan 2 malaikat untuk menjaganya sehingga dia bangun dari tidur. Dan begitu juga la untuk amalan seharian yg lain. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yg bermaksud :
"Barangsiapa yg membaca ayat Kursi di setiap akhir setiap solat Fardhu, maka dia akan masuk ke dalam syurga dari mana-mana pintu."
p/s : Syaitan pun suruh kita amalkan ayat Kursi ni, apa lagi alasan kita...??
~ Dylla Abas ~

3 comments:

MizzTina said...

trm ksh share.. biasa bc sblm tdr je.. pasni kena amalkn tiap masa..

Kakzakie Purvit said...

Amalan yg amat mudah tetapi mutajab yang amat sangat so apa tunggu lagi bersama kita amalkannya.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sama2 kita amalkannya