Asslammualaikum W.B.T
Okay. Cukup dulu dengan beberapa novel bersiri yang aku sempat post dalam entri-entri sebelum ni. Ada banyak lagi. Tapi, memandangkan mata dah naik juling meng'edit' balik kesalahan tatabahasa yang ada ** maklumlah..tulis novel tu masa zaman budak-budak dulu... aku nak berhenti berehat kejap. Lagipun ada kerja yang perlu diselesaikan.
Sebenarnya, aku dah kehilangan soft-copy untuk novel pertama aku. Sedihnya =( Entah mana aku letak. Aku rasa novel tu paling banyak kenangan. Novel tu aku tulis semasa aku di tingkatan 5. Niat menulis tu sebab nak mengisi masa lapang je. Tapi, tak sangka dapat sambutan. Pada mulanya, hanya teman-teman yang rapat saja menjadi pembaca setia novel aku tu. Lepas tu, entah macam mana novel tu bertukar dari satu tangan ke satu tangan.
Bila orang terakhir yang baca dan menyerahkannya kembali pada aku, aku terpaksa buat muka pelik. "Eh, budak ni bukan budak dorm aku ni..?? Macam mana novel aku boleh ada kat dia..??" Tapi, bila dia mengatakan yang dia tak sabar nak tahu sambungan cerita dalam novel tu, aku terus jadi bersemangat untuk terus menulis. Begitulah al-kisahnya bermula sejarah aku yang tiba-tiba ada minat nak menulis ni. Lagipun, rasa sayang pula nak sia-siakan imaginasi yang Allah kurniakan ni...hehehe
Orang yang sangat menyokong minat aku ni adalah ayah aku sendiri. Setiap malam (masa cuti panjang lepas SPM) dia yang akan temankan aku, menghadap komputer, menaip dan mencari idea untuk menulis novel-novel yang lain pula. I love u Dad...u are great!!
p/s : Dylla...buat kerja!! Asyik blogging je (",)
8 comments:
kalau ada minat menulis novel tu..teruskan je...:)
untunglah punya ayah yang sgt supportive..dan hamba juga.. =)
wow... bestnya dapa sokongan ayah... hurm... semoga boleh jadi penulis novel suatu hari nanti.. :)
kalau dah ada minat eloklah diteruskan.. semoga dylla berjaya dlm bidang yg diceburi...
@Ezad Skytech : insyaAllah..akan terus mengekalkan minat ni :)
@3no gr33ny : sebab ayah hamba juga berjiwa seni.mungkin sebab tu dia menyokong hamba :)
@PeRmAtA bIrU : sangat bercita-cita nak jadi novelis.sedang berusaha menuju ke arah itu.insyaAllah.doakan akk ye puteri (",)
@QueeN TerataI : insyaAllah...amin :)
Post a Comment