Assalammualaikum W.B.T
Alhamdulillah. Selesai sudah raya pertama Aidiladha hari ini. Tak banyak program pun. Sambutan Hari Raya Haji bagi keluarga aku selalunya tidaklah meriah sangat. Namun, mak tetap menyediakan hidangan yg terbaik untuk kami sekeluarga. Hidangan yg tak jauh beza dengan hidangan semasa sambutan Hari Raya Puasa yg lepas.
Bagi aku, Aidiladha kali ni terasa berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Aidiladha yg dikaitkan dengan korban dan pengorbanan, benar-benar memberi kesan yg mendalam dalam jiwa aku. Aku pun tak pasti kenapa. Tapi, setiapkali aku mendengar takbir dan teringat akan kisah Nabi Ibrahim serta anaknya Nabi Ismail, membuatkan hati aku terasa begitu sayu sekali.
Begitu tinggi nilai pengorbanan yg harus dilakukan oleh Nabi Ibrahim suatu ketika dahulu. Namun, sedikit pun imannya tidak berganjak. Sedikit pun dia tidak meragui perintah Allah S.W.T untuk mengorbankan putera kesayangannya itu. Ya Allah, betapa tabahnya hati Nabi Ibrahaim itu.
Aku?? Pengorbanan apa yg sanggup aku lakukan untuk membuktikan keimanan aku terhadap Yang Maha Esa...? Pengorbanan apa yg sanggup aku korbankan untuk menempatkan aku di kalangan hamba-hamba yg taat terhadap segala perintah-Nya.
Ya Allah, ampunilah aku kerana aku sedar belum ada pengorbanan lagi yg telah aku lakukan. Kau kurniakanlah aku hidayah dan ketetapan iman, agar aku mampu menjadi hamba yg lebih baik di sisi-Mu. Amin.
p/s : tiba-tiba rasa sebak =(
6 comments:
korbankan masa utk melakukan kerja2 berfaedah pun kira pengorbanan jugak kan.. cuma istilahnya berbeza2 mengikut kemampuan diri sendiri..
Insya Allah ada rezeki, nak korbankan duit utk menunaikan rukun Islam kelima dengan menegerjakan haji kelak...
Salam aidiladha Dylla
kadang2 kita xsedar yang kita ada buat pengorbanan..sebaiknya kerja kita dan niat kita sehari2 biarlah ikhlas supaya pengorbanan tanpa sedar tu dirahmati Illahi
pasti dah byk pengorbanan yg kita lakukan... penghijrahan dylla utk memakai tudung juga adalah merupakan 1 pengorbanan.. berkorban meninggalkan perkara yg buruk utk menjadi yg lbh baik... berkorban melawan hasutan syaitan...
@Gen2Merah : hmm, memang banyak korbankan masa.cuma kurang pasti masa yg dikorbankan tu untuk perkara baik atau sebaliknya..wallhua'alam..
bestnya nak pergi haji..insyaAllah, ada rezeki mesti dapat ke sana kan (",)
@3no gr33ny : betul tu..walaupun kadang-kadang terdetik susahnya nak buat sesuatu denagn ikhlas.tapi,nak kena ajar diri ni supaya jadi lebih ikhlas di masa-masa akan datang :)
@QueeN TerataI : alhamdulillah.moga-moga pengorbanan sekecil ni mendapat rahmat dari-Nya...amin :)
Post a Comment