Pages

Friday, 18 November 2011

Kewujudan Tuhan

Assalammualaikum dan Selamat Pagi Bloggers!!

Mood hari ni sangat ceria. Maklumlah, petang nanti nak balik kampung. Rindu kat mak dan ayah. Dah lama tak jumpa diorang ** padahal baru je jumpa masa Raya Haji yg lepas :)

Petang semalam lepas balik kerja, aku sempat menonton rancangan Cafe Akhil Hayy di Astro Oasis (kalau tak silap aku) Perbualan yg amat santai, bersoal-jawab tentang hal-hal agama, pertama kali menontonnya, tapi aku rasa suka pula dengan rancangan tu.

Topik pertama yg dibincangkan adalah berkenaan dengan Ibadah secara Batin. Pernah dengar tak..?? Sumpah aku tak pernah dengar. Tapi, mengikut Akhil Hayy, orang-orang yg selalu mengamalkan Ibadah secara Batin ni mengaku bahawa dia dikurniakan dengan 'keistimewaan' itu. Sebab itulah, orang-orang seperti ini boleh melakukan pelbagai Ibadah tanpa pergerakan fizikal. Gila. Itu je yg terlintas kat kepala otak aku. Setiap amal ibadah kita, mestilah dimulai dengan hati, lisan dan diakhiri dengan PERBUATAN. Macam mana pula nak beribadah tanpa perlu ada sebarang pergerakan fizikal. Itulah wujudnya Ibadah secara Batin. Alahai, orang-orang macam ni pun ada kan. Macam mana la dia boleh terfikir yg dia sedang mengerjakan ibadah Haji, sedangkan dia sedang bersantai di rumah..?? Melampau sungguh tahap pemikiran dia ni.

Topik kedua pula adalah tentang ajaran sesat. Okay, bagi aku topik ni dah selalu sangat dibincangkan. Pelbagai jenis ragam dan pelbagai jenis ajaran. Yg pasti semua itu menyesatkan. Bagaimana seseorang itu boleh mengaku bahawa dia telah di Isra' kan untuk naik menemui Tuhan...?? Siapa dia untuk mendapat keistimewaan begitu..?? Nabi kah dia..?? Kita semua sedia maklum, Nabi Muhammad S.A.W adalah utusan terakhir Allah S.W.T kepada kita semua. Jangan ada antara kita yg tersimpang dengan pemikiran begini...na'uzubillah.

Topik ketiga yg sangat menarik perhatian aku untuk dikongsikan dengan pembaca semua. Mungkin sudah ada yg tahu. Atau mungkin ada yg pernah terbaca di mana-mana. Atau mungkin juga ada yg pernah membuat entri mengenai topik ini. Kewujudan Tuhan. Kadangkala waktu dan kesempatan terlalu sedikit tetapi memadailah untuk kita sampaikan maksud bahawa perbincangan tentang Tuhan tidak akan lapuk. Seperti mana air tidak akan lapuk, selagi adanya dahaga selagi itulah air dicari dan sentiasa baru.

Di dalam Al-Quran penuh dengan ayat-ayat dan alamat-alamat yg mana bukan sahaja menunjukkan kewujudan Tuhan kepada kita, tetapi juga menarik fikiran dan hati-hati kita ke arahnya. Antara ayat-ayat Al-Quran yg menunjukkan bukti kewujudan Tuhan :

Demi, kalau engkau tanyakan kepada mereka Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan nescaya mereka menjawab : Allah .Maka kemanakah mereka berpaling?"(Surah Al-Ankabut : ayat 61)

Allah yang meninggikan langit dengan tiada tiang yang kamu lihat, kemudian dia bersemayam di atas arasy(berkuasa) dan dia tundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlari (beredar) sampai waktu yang ditentukan. Dia mengatur semua urusan dan menerangkan beberapa keterangan. Mudah-mudahan kamu yakin akan menemui Tuhanmu
(Surah Ar-Ra'd : ayat 2)

Dan di antara tanda-tandanya ialah kejadian langit dan bumi ,dan bermacam-macam bahasa kamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi ayat (tanda) bagi kaum yang memikirkan
(Surah Ar-Rum : ayat 22)

Bahkan adakah mereka terjadi tanpa sesuatu (yang menjadikan) , atau merekakah yang menjadikan (dirinya sendiri?)
(Surah Ath-Thuur : ayat 35)

Yang menjadikan tujuh langit bertingkat-tingkat. Tiadalah engkau lihat kekurangan (tidak sesuai) pada makhluk Rahman (Allah).Maka engkau ulanglah melihatnya (langit itu).Adakah engkau lihat (di sana) pecah-belah (rosak-rosak)
(Surah Al-Mulk : ayat 3)

Mengapakah kamu menyangkal Allah , sedang kamu dahulu mati(belum ada), kemudian kamu dihidupkaNYA, sudah itu dimatikanNYA, kemudian akan dihidupkanNYA ,akhirnya kamu kembali kepada-Nya
(Surah Al-Baqarah : ayat 28)




9 comments:

MizzTina said...

entry yg menarik!! hrp ramai yg sedar akan ni semua..


psst, MK pun blik kg gak hr ni.. :P

Ce'gu JAERA said...

saya ada sorang kawan yang mengamalkan ibadaha secara batin ni.. dia tak nak mengerjakan sembahyang.. dia kata niat dalam hati sudah cukup.. dah berkali2 nasihatkan dia, tapi degil gak.. moga pintu hati dia akan terbuka..

Zul fattah said...

muhasabah diri balik...

semoga slamat dlm pjalanan pulang ke kg kak..

Ce'gu JAERA said...

salam petang Dylla... berjaya abiskan novel2 menarik di sini...
Malam nanti saya akan sambung lagi... menarik penulisan Dylla ni...

teruskan menulis yaa..

3no gr33ny said...

hamba juga sudah pulang ke kg =)

3no gr33ny said...

hamba teringatkan tuan hamba di sini..hehe...



http://3nogr33ny.blogspot.com/2011/11/candid-time-contest.html

Dylla Abas said...

@mizzkechique : insyaAllah..harap-harap ramai yg akn tersedar dan bermuhasabah diri :)

Dylla Abas said...

@Gen2Merah : rupa-rupanya wujud orang macam ni ye cikgu..? sy sangka cerita-cerita macam ni kemungkinan je..

Dylla Abas said...

@Zul Fattah : sama-sama la kita ye (",)