Assalammualaikum W.B.T
Ahad yg lepas, aku dan keluarga sekali lagi bercuti ke Teluk Batik. Biasalah, lepas menghantar adik bongsu aku tu kembali ke kampus, memang Teluk Batik akan menjadi destinasi pilihan. Tapi, kali ini aku tak mandi laut. Rasa malas pula nak bersalin pakaian. Lagipun, terlalu ramai orang yg mandi laut masa tu. Sesak jadinya laut tu!
Kalau sebelum ni, abang sulung aku yg akan turut sama menghantar. Tapi, disebabkan minggu yg lepas ni abang takde, jadi adik aku yg dah berkahwin tu pula ikut menghantar. Aku..?? Menjadi orang tetap yg menghantar! ** plus mak, ayah dan adik bongsu lelaki aku
Kali ni, perkelahan di Teluk Batik agak meriah sebab kami bawa bekal! Mak aku la tu, bangun awal pagi, beria-ia nak bawa bekal. Katanya, tak puas makan makanan yg dibeli. Okay la, aku menurut je. Lagipun, mak masak sedap kot...hehehe
Kebetulan, ada karnival Perodua di sana. Pelbagai acara yg disediakan. Kami punya port, betul-betul di belakang pentas. Memang sangat terhibur la dengan celoteh pengacara masa tu (Sharifah Shahira dan Ifa Raziah). Ada pertandingan karaoke pula! Layan kan aje!
Okay la, tak nak cerita panjang. Layan gambar jelah ye (",)
Apalah yg buat si kecil Adam ni ceria sangat |
Aku, mak dan adik bongsu lelaki aku |
Adam yg ceria di pangkuan Acu |
Jejak Kasih - Ayah yg terjumpa balik kawan lamanya masa dia bertugas di Ipoh dulu |
Adam yg sempat tidur sebelum sampai ke Teluk Batik |
Happy Family - Na, Shah and Adam |
Dah nak balik...jom!! |
No comments:
Post a Comment