Pages

Tuesday 22 November 2011

Harimau Muda Terus Mengaum

Ramai dah yg buat liputan tentang perlawanan akhir antara pasukan Harimau Muda dan Garuda. Bangga menjadi sebahagian dari rakyat Malaysia yg bersorak sewaktu kapten pasukan Harimau Muda, Badrol Bakhtiar, membuat sepakan penalti yg terakhir, membawa kemenangan untuk Malaysia. Dan sewaktu penjaga gola Harimau Muda, Khairul Fahmi, menghalang sepakan penalti dari pasukan lawan juga menimbulkan sorakan yg sangat bergema. Tu baru kat rumah. Kalau kat kedai mamak..?? kat stadium..??

Tak sia-sia aku menonton perlawanan akhir malam tadi. Kalah menang adat bertanding. Dan ternyata, pasukan negara kita telah bermain dengan baik untuk mencipta kemenangan dan sekaligus menjulang pingat emas di Sukan SEA kali ini.

Harian Metro
Walau apa pun, tahniah diucapkan untuk seluruh pasukan Harimau Muda dan seluruh rakyat Malaysia yg tidak jemu-jemu memberi sokongan dan semangat buat pasukan negara kita. Selepas ini, pastinya perlwanan menentang pasukan Syria menjadi satu lagi debaran buat kita semua. Semoga Harimau Muda akan terus mengaum dengan jayanya!!

Kucing kat rumah pun sibuk nak tengok bola
Source : Mira Jamal's FB

No comments: