Adess...gila betul hari ni..bersantai habis!! Bos ada je sebenarnya. Tapi, memandangkan dia half day, dan kerja pun tak berapa nak banyak, tiba-tiba terasa nak berkaraoke! Hoho...memang tak fikir panjang la. Kakak kat ofis ni, kak Yati, dengan pantasnya menelefon pusat karaoke yg terletak di Sogo tu (Red Box) dan terus mem'booking' tempat untuk kami. Cayalah kak Yati!!
Sampai sana, terus order makan. Maklumlah, lunch hour. Jadi, kenalah isi perut sebelum menyumbangkan barang seketul dua lagu kan. Pembuka tirai, memang kak Yati la yg mulakan. Aku..?? Makan dulu. Dah habis kak Yati punya part, baru aku tunjuk belang ** eh, harimau belang ke..?? hehehe...
Tengah karaoke pun sempat layan SMS dan sempat 'peace' untuk bergambar |
Banyak juga la aku nyanyi tadi. Kak Yati dan seorang lagi budak ofis yg turut serta, Sha, pun tak ketinggalan. Tapi, Sha tu suara di macho beb! Padahal perempuan sejati tu ** jangan marah ye Sha (",) Bila tiba masa nak nyanyi lagu duet, Sha mesti nyanyi part lelaki. Yelah, kata suara macho! Hehehe..
Begitu asyik menghayati lagu Kisah Hati (Aliyah) |
Sedar tak sedar dah 2 jam kami kat pusat karaoke tu. Dah lewat sejam dari waktu lunch. Nasib baik pusat karaoke tu cut lagu last pukul 3. Kalau dia cut pukul 5, mahu tak masuk ofis balik! Paling enjoy nyanyi lagu Trouble Is A Friend - Lenka. Cute gile lirik dia, lagu dia, dan video klip dia. Sebab tu entri sebelum ni aku post lirik lagu tu. Tiba-tiba rasa suka pula.
Aku dan teman-teman (",) |
Okay la. Bukan selalu pun nak buat perangai kan. Kalau takde geng, baik je aku ni. Mengalahkan budak-budak skema tu...hehehe. Bos, lepas ni kami tak buat lagi ek. Tapi, kalau bos cuti dan kami pun takde kerja, mungkin sejarah boleh berulang kembali...hahahaha (",)
p/s : inilah natijahnya bila pejabat dekat dengan pusat hiburan!!
10 comments:
dah boleh masuk malaysian idol ni.. hehe.. salam kenal. free2 lawatlah blog kami :)
Kancil pun akan buat macam nie...hehehe...melepaskan tekanan
@???? ????? : oh, belum layak lagi utk tahap macam tu...nyanyi utk lepaskan tension je..hehe :)
p/s : salam kenal n thanks follow sy (",)
@Kancil 8349 : hehe...best kan aktiviti ni :)
hee...sempat la berkaraoke tu...sampai terlajak sejam tu...heee~
#seronok jugak macam ni..release tension kan...:)
dah lama tak karok hehe
huh ttba rse cam nk berkaroks lak ni..dah gian lama xkarok..
@Ezad Skytech : sangat me'release'kan tension :)
siap dah plan nak pergi lagi kalau ada masa..hehe
@Eera Shera : jom la karok!
@aKSARAfENDI : hehe..tunggu apa lagi..jom!
Post a Comment