Assalammualaikum W.B.T
Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Disember. Sekejap je masa berlalu. Rasanya baru je menghantar SMS ucapan tahun baru 2011 kepada kawan-kawan. Bila pergi shopping complex, tengok dekorasi-dekorasi sambutan Krismas yg sudah terhias kemas, semakin cepatlah masa tu berlalu. Bila lagu-lagu Krismas berkumandang, lagilah cepat bulan Disember ni berakhir.
Hmm...itulah lumrah kehidupan. Masa akan terus berlalu meninggalkan kita. Sama ada kita mahu berlalu seiring dengan masa atau sebaliknya, itu pilihan kita sendiri. Sama ada suka atau tidak, mahu atau tidak mahu, masa yg berlalu itu tidak akan berhenti dan berpatah balik. Jadi, janganlah kita mensia-siakan setiap detik waktu yg berlalu. Manfaatkanlah ia dengan sesuatu yg boleh menjadikan diri kita lebih baik...insyaAllah.
Terjemahannya :
Demi Masa (1) Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian (2) Kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh, dan berpesan pada kebaikan, dan berpesan pada kesabaran (3)
Di dalam Al-Quran surah Al-Asr sendiri telah tertulis sesungguhnya kita ni berada dalam kerugian. MasyaAllah, sesungguhnya Dia Yang Maha Mengetahui. Dia telah memberitahu kita dengan jelas tentang 4 perkara penting di dalam surah Al-Asr ini agar kita tidak menjadi manusia yg sentiasa rugi : Beriman, Beramal soleh, Berbuat baik dan Bersabar.
Semoga Akhirat akan menjadi keutamaan kita selepas ini. Dunia tu dunia juga la kan. Usaha untuk hidup bahagia di atas dunia tidaklah pula dilarang. Cuma, carilah kebahagiaan yg lebih kekal abadi di sana kelak. Caranya..?? Buat je 4 perkara di atas (",)
Melihat para blogger yg sudah membuat entri khas tentang bulan Disember ni, ada rasa sesuatu di dalam hati yg tak dapat aku nak jelaskan. Sedih? Gembira? Panik? Takut? Tak sabar? Semua rasa bersatu menjadi satu. Apakah 2011 yg bakal aku tinggalkan ni dah cukup menjadikan aku insan yg baik..?? Oh, tak terjawab rasanya soalan tu!
p/s : Sesungguhnya ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Ta'ala
2 comments:
mmg cepat masa berlalu.. dan dlm meniti setiap detik masa itu tanpa sedar mmg kita berada dlm kerugian jika kita lupa, lalai, leka dan alpa.. makanya kenalah beringat, saling mengingati antara satu sama lain.. betul x?
xtrasa msa brlalu dgn cpt..usia dunia pn mkin pndek, mcm tu jugak dgn umur kita semua..hehehhehe..ttba2 trigtkan zman kecik2 dlu, time tu rse mcam lma sgt nk dwasa.hehhee
Post a Comment