Pages

Tuesday, 13 December 2011

Bertimbangrasalah sikit kawan!

Isu tempat letak kereta. Rasanya dah ramai blogger yg tulis mengenai isu ni. Tapi, apa yg aku nak tulis ni bukanlah isu yg di'copy-paste'kan dari entri blogger lain. Mungkin dari segi penyampaian dan jalan cerita aku yg membezakan entri aku dengan entri-entri lain.

Okay. Berbalik kepada tajuk entri. Timbangrasa. Ramai yg faham maksud timbangrasa ni. Tapi, masih ada juga yg tak faham sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati pada sesetengah pihak. Contoh pihak yg tak puas hati adalah diri aku sendiri.

Kenapa aku tak puas hati pasal timbangrasa dan apa kaitannya dengan masalah tempat letak kereta ni..?? Haa...ini la yg aku nak cerita ni. Hari minggu yg lepas aku bawa mak ke pasar siang di kampung aku. Biasalah, nama pun hari minggu. Jadi, bilangan penduduk yg mengunjungi pasar siang ni ramai la juga. Tempat letak kereta yg disediakan agak terhad. Jadi, siapa cepat dia dapat la kan.

Masa aku sampai, ada sepasang suamai isteri ni sedang berjalan menuju ke kereta diorang la. Aku pun follow je. Tunggu diorang masukkan barang dalam bonet. Sambil tu aku borak-borak dengan mak. Macam-macam topik keluar. Tapi, pasangan suami-isteri tu tak siap-siap lagi. Aku dah pelik. Aku tengok jelah diorang dari jauh. Nak tahu apa yg diorang buat..??

Beli kasut, siap cuba kasut kat situ. Beli buah, siap masukkan buah dalam bakul buah dulu. Beli sayur, siap belek-belek takut ada ulat ke tak. Beli apa ntah lagi, aku tak sempat nak periksa. Tapi, yg penting hati aku dah panas. Kawan, nak cuba kasut ke, nak masukkan buah dalam bakul ke, nak buat apa ke...buatlah dekat rumah! Korang takde rumah ke sampai nak buat semua kerja tu kat tempat letak kereta AWAM..?? Haa...sengaja aku besarkan ejaan awam tu. Biar orang faham, yg tempat letak kereta tu hak milik bersama.

Tapi, si mangkuk ayun 2 ekor tu buat tak tahu je. Aku dah tekan-tekan minyak dah. Nak hon macam kurang sopan lak. Yg si isteri dah pandang-pandang. Tapi, buat tak tahu. Yg si suami kejap masuk dalam kereta, kejap keluar balik, check barang la, itu la, ini la...bla bla bla..tension aku!!

Sekali mak ajak cari parking tempat lain. Aku pun sebab tak nak bikin kecoh, ikut jelah cadangan mak. Padahal dah tahu susah nak dapat parking waktu-waktu macam tu. Tapi, sebelum pergi tu aku sempatlah berhenti betul-betul belakang bontot si isteri. Aku ramp sekali, baru aku blah! Tak tahulah diorang maki-hamun ke apa. Tapi, diorang patut tahu yg sikap tak bertimbangrasa macam yg diorang buat tu yg sebenarnya layak dimaki-hamun. Ish, geram ni!

Jadi, tuan-tuan dan puan-puan...tolonglah tanamkan sifat timbangrasa dalam diri. Janganlah pentingkan diri bila melibatkan perkara-perkara yg perlu dikongsi bersama dengan orang lain. Bukan susah sangat. kalau betul perlu ambil masa untuk lakukan sesuatu perkara, beritahu dengan cara yg baik. Orang tak marah kalau kita buat baik. Tapi, kalau kita buat taik, memanglah ada yg bakal makan pelempang nanti!!

p/s : okay...dah lega sebab dapat luahkan perasaan..hoho (",)

12 comments:

MizzTina said...

btl..sgt mrh bila ada org suke lengah²kn msa bila dh tau kite sgt memerlukan parking.. haishh

Kella said...

faham.. memang pun, kadangkala diorang ni sengaja je tau..
pernah juga terjadi begini...
hati tengah panas..
dan parking tu pula memang nak nak sangat, so turun dari kereta, terus tanya direct kat dia, kalau nak keluar, boleh cepat sikit tak, sebab susah nak parking, lagipun byk kereta menugggu di belakang!
mungkin tengok muka dah merah padam kot.. terus diorang masuk keta kuar...teruk betul kan.. takkan la nak kena tegur dulu baru nak faham.. kamon la.. menda basic cam tu pun tak tahu ke... agaknya dia tak faham apa erti timbangrasa kot!

cheh.. panjang pula luah kat sini.. hehe.. ;p

Dylla Abas said...

@mizzkechique : tau takpe..orang2 mcm ni memang sengaja menguji kesabaran kita je!

Dylla Abas said...

@Kella : tulah..memang diorang ni sengaja je nak buat orang tertunggu2.padahal dah tau tempat2 yg parking sangat limited ni,jangan la buat2 lengah kan..geram je dengan orang yg sikap mcm ni

3no gr33ny said...

tak pernah hamba nengok orang yang semacama itu..tak tahu pula hamba wujud manusia sebegitu..huhu..

ntah apa la yang mereka fikirkan yer sampai takk fikirkan orang lain..
sabar jela..huhu

Ce'gu JAERA said...

saya setuju dengan luahan dylla.. kalau kat tempat saya kan, orang yang tak bertimbangrasa macam tu selalunya dari kalangan orang cina... (maaf kalau ada yg terasa).. bukan semua, tapi majoriti yg mcm tu kat tempat saya

terus terang, dorang ni salu ja cari pasal kurang ajar sangat.. mentang2 la kereta mereka mewah2 berbanding kita.. bukan ja tempat parking, tengah jalan pun salu buat2 kurang ajar.. sombong plak tu..

nanti ada masa saya nak buat entri pasal ni juga.. kang saya meluah kat sini, jadi meleret2 plak ruang komen dylla kat sini.. ekeke

Ezad Skytech said...

geram jugak kadang2 dgn org macam tu...da tahu ada kereta yg menunggu parking...saje je lengah2 kan...buat2 macam tak nampak..

Dylla Abas said...

@3no gr33ny : hmm..sy dah selalu sgt jumpa orang2 mcm ni..tak tahu la nak cakap mereka ni kategori pentingkan diri ke apa..

Dylla Abas said...

@Gen2Merah : baik cikgu..nanti dh buat entri tu sy baca ye..cikgu nak komen panjang2 kt sini pun ok je..meriah sikit ruangan komen sy ni :)

Dylla Abas said...

@Ezad Skytech : itulah pasal..memang geram! orang2 mcm ni elok beli terus je tempat parking tu..hehehe :)

Eera Shera said...

selalu je jumpa org mcm ni...annoying betoi..bajet parking tu dia punya sorang haha

Dylla Abas said...

@Eera Shera : hahaha..mungkin dia terlupa yg sebenarnya dia sedang menggunakan harta-benda awam kot :p