Assalammualaikum W.B.T
Hari ni lambat sikit update blog. Pagi-pagi tadi sibuk menguruskan sesuatu. Sesuatu apa tu..?? Hehehe...surprise!! Bila tiba masanya aku akan hebahkan..pasti (",)
Hari ni dah 10 Muharram 1433H. Sekejap je masa berlalu. Rasanya baru je aku baca doa penutup akhir tahun dan pembuka tahun baru. Pejam-celik-pejam-celik dah lepas 10 hari kita menyambut tahun baru Islam. Beberapa hari yg lepas aku ada terbaca beberapa entri tentang kelebihan Hari Asyura ataupun hari yg ke-10 di dalam bulan Muharram. Tertarik dengan perkara-perkara yg disunatkan untuk kita buat pada hari ni, aku jadi begitu teruja menantikan tarikh hari ni.
Berpuasa sunat, bersedekah dan menahan marah, itu antara perkara-perkara sunat yg aku dah berjaya tunaikan buat masa ni. InsyaAllah, nak buat lagi perkara-perkara sunat yg lain mengikut kemampuan aku la. Besar sungguh fadilat yg bakal kita dapat dengan amalan perkara-perkara sunat ni. Tapi, apa pun, yg penting ibadah itu haruslah ikhlas kerana Allah Ta'ala.
14 perkara sunat yg dilakukan ketika Hari Asyura adalah seperti di bawah ni :
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah.
Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah.
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat.
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak.
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu (insyaAllah)
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer".
Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini. (wallahu'alam)

13. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Credit to : khairil.com
p/s : Jom kita beramal!!
4 comments:
Nice blog.
Thank yah for swharing this article
info yg bagus.. :)
thanks for da info
insyaAllah, sempat lagi jikalau nak amal ni
Post a Comment