Pages

Thursday 22 December 2011

Transformasi Diriku - Bukan Sekadar Menutup Aurat

Assalammualaikum W.B.T

Dah lama tak buat entri tentang transformasi diri aku ni. Cheh, macam la nak jadi para robot Transformer tu. Kecoh je nak cerita. Hehe..tak kisah la..itu je idea yg aku ada buat masa ni nak update blog.

Okay..berbalik kepada tajuk. Bukan sekadar menutup aurat. Aku fokuskan kepada diri aku sendiri setelah melalui zaman transformasi dan setelah melihat keadaan persekitaran. Bila melihat keadaan diri sendiri.. alhamdulillah, walaupun berseluar jenas, berskirt labuh, ber t-shirt, tapi aku akan pastikan yg pakaian aku tu tidak terlalu pendek atau singkat.

Sebelum berhijrah begini, aku memang selalu perhatikan gelagat orang ramai. Bila aku pandang sekeliling, terutamanya perempuan yg bertudung, aku selalu tertanya, kenapa mereka boleh bertudung tapi memakai baju yg berlengan sangat pendek..? Atau berbaju sangat ketat..? Atau berpakaian sangat singkat sehingga boleh menampakkan sebahagian dari kulit badan..? Takut aku melihat keadaan begini. Aku selalu berdoa, kalau la satu hari nanti aku bertudung ** alhamdulillah..dah tertunai pun doa aku (",) janganlah aku menjadi sebahagian dari orang-orang begini.

Maaf la, takde niat nak mengutuk apatah lagi nak menghina. Aku cuma rasa pelik. Selesa ke bertudung bila berpakaian begitu..? Hmm..tepuk dada tanya la iman. Kalau kita bertudung ikhlas kerana Allah S.W.T dan kerana memenuhi tuntutan-Nya, insyaAllah kita akan faham dengan lebih jelas tentang konsep berpakaian yg diwajibkan, terutamanya ke atas umat Islam la.

Aku sendiri pun belum sempurna lagi menutup aurat. Memang aku bertudung. Memang aku tidak memakai yg terlalu ketat, singkat dan sebagainya. Tapi, kadang-kadang aku suka juga sinsing lengan baju panjang yg aku pakai. Dan kadang-kadang aku pakai juga baju-baju yg berlengan 3/4 tu. Aku masih dalam proses untuk menyempurnakan aurat aku ni. InsyaAllah.

8 comments:

Ce'gu JAERA said...

alhamdulillah adik dylla. syukurlah kalau ada kesedaran mcm tu. Menuju perubahan bukannya terus mendadak kan... ianya mungkin ambil masa dan perlahan2..

asalkan niat kita sentiasa telus utk berubah ke arah yang lebih baik step by step...

teruskan komitmen anda... (",)

MizzTina said...

dik, akak dl smla.. mn bertudung.. baru² ni je berubah sedikit demi sedikit.. mmg perubahan xblh dilakukan dgn terlalu drastik, tkt tak ikhlas nt jadinya.. sekurang²nya kite ada effort utk ke arah kebaikan, itu dah ckp bagus dan Alhamdulillah syukur..

yang penting niat tu..biarlah kerana DIA...

Perlahan²..

cm satu je, ingat la bahawa tiada seorang pun yang sempurna.. =)

Ezad Skytech said...

berubah ke arah kebaikan..bagus la kan..yang penting hati tu kena ikhlas..:D

Unknown said...

berubah bkn sbb ikut2 org,, berubah krn Alllah dan juga diri sendiri.. mana yg baik jadikan ikutan dan yg buruk tu kita tinggalkan... yg pentingnya kita mencuba untuk perbaiki diri dan menjadi yg terbaik... kalau kita semua sedar akan hal2 aurat ni pasti xde yg berpakaian spt yg disebutkan...

Dylla Abas said...

@Gen2Merah : hmm..alhamdulillah diberi kesedaran macam ni :)

Dylla Abas said...

@mizzkechique : insyaAllah..memang kalau nak buat semua ibadah hanya kerana Dia..barulah berkat hidup ni kan (",)

Dylla Abas said...

@Ezad Skytech ; insyaAllah..harap2 kekal la niat di hati ni :)

Dylla Abas said...

@QueeN TerataI : itulah Queen..memang dugaan betul..bab berpakaian je dah telan air liur banyak kali..banyak baju terpaksa dikorbankan..tapi takpe, pengorbanan yg tak sia2 ni :)