Sesiapa yg pernah berpengalaman berkawan, bercinta, bertunang atau berkahwin dengan lelaki yg digelar Anak Emak ni mesti faham maksud yg tersirat di sebalik perkataan ni, kan? Aku tak pernah ada peluang mengenali seseorang yg bergelar Anak Emak ni. Tapi, kawan-kawan aku ramai juga yg ada pengalaman macam ni. Macam-macam cerita yg aku dengar. Antaranya :
Aku tak jadi keluar dating hari sebab mak BF aku tu nak pergi shopping pula...terpaksa la dia temankan!
Aku tension betul dengan BF aku tu! Nak buat keputusan pun nak refer kat mak dia!
Nak jumpa BF pun susah...ada je syarat mak dia bagi. Jangan balik lambat la. Jangan itu la. Jangan ini la..dia pun ikut je!
Ada banyak lagi la. Tapi, 3 ayat kat atas ni yg paling selalu aku dengar. Teruk sangat ke kalau bercinta dengan Anak Emak ni..?? Wallahu'alam. Bagi aku sendiri, setiap hubungan tu ada baik dan buruknya. Tak kira la dia tu Anak Emak atau sesiapa jua.
Pernah juga aku terdengar tentang hubungan seperti ini selalunya akan memberi tekanan kepada si perempuan. Yelah, mahu tak tertekan. Dirinya sentiasa di'lawan'kan dengan mak sang BF. Mestilah tension! Bagi pasangan yg bercinta, mungkin tekanan tu tak sehebat pasangan yg telah berkahwin. Bayangkan perasaan sang isteri yg terpaksa memendam perasaan disebabkan 'saingan' sengit dari ibu mertua tercinta!
Aku tak tahulah bila, kenapa dan bagaimana wujudnya istilah Anak Emak ni. Anak Emak ni sebenarnya anak lelaki yg memang manja dengan emak atau anak lelaki yg terpaksa menurut kata-kata emak. Confuse pula aku sekejap. Tapi, apa pun mungkin tiada bezanya kot. Yg manja ke...yg terpaksa menurut kata-kata emak ke, kedua-duanya tetap mencetuskan fenomena Anak Emak.
Kepada para lelaki, terutamanya Anak Emak, pandai-pandai la korang menjadi lelaki yg lebih bertanggungjawab. Biarlah adil dan saksama. Barulah boleh jadi khalifah yg baik. Kepada para wanita, hormatilah pendirian lelaki. Walau apa pun, syurga lelaki itu terletak di bawah telapak kaki ibunya. Jika ada yg tidak berpuas hati, berbincang adalah jalan penyelesaian terbaik.
6 comments:
anak emak ni ada baik dan buruknya.. baiknya kalau mak tu byk membantu.. buruknya kalau mak tu menyebuk.. sama ke x membantu dgn menyebuk? hehehehe
pssttt: hubby Queen pun ank emak ok.. tp bestnya kalau ada ape2 Queen report je kat mak dia nnt dia yg kena.. bukn Queen... ni anak emak yg positif! hehehe
Bagi saya, kalau yang dah berkahwin tu memang wajib lah seorang lelaki utamakan kdua2 ibu dan isterinya.. kena seimbangkan..
tapi kalau setakat baru bercintan-cintun tu, ada perlunya seorang lelaki lebih utamakan ibunya daripada segalanya..
Seorang anak lelaki perlu bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua..
Cinta yang hilang boleh berganti. Tapi bila cinta si ibu yang hilang manakan kita nak cari ganti. Kita hanya ada sorang ibu kat dunia ni..
Eh betul ka saya komen ni Dylla? takut menyimpang plak dari maksud entri yang di sampaikan... ahahaha. Teruja plak nak mengomen... ekeke
pada hamba pula mungkin anak emak ini biarlah bertempat..dahulukan yang mana penting dalam hidup mereka..yerdak??
@QueeN TerataI : haa...ank emak yg mcm ni mmg best...kes abang kandung sy la ni..kalau ada apa2 kakak ipar mmg terus report kt mak je..hehehe :)
@Gen2Merah : ye...sy setuju dengan pendapat cikgu...sebab tulah masa bercinta kalau ditakdirkan dapat anak emak ni..kena la banyak b'tolak ansur kan...kalau dah kahwin tu..yg lelaki tu kena la pandai m'jalankan tanggungjawab pada isteri dan ibu :)
Queen sokong juga kata2 gen2... (^__^)
Post a Comment