Pages

Thursday, 8 December 2011

What is SURVIVOR in Malay..??

Assalamualaikum W.B.T

Pagi yg ceria. Mood yg ceria. Apa yg ceria sangat pun aku tak tahu. Tapi, hari ni mood aku memang betul-betul bagus. Perut pun dah kenyang ** setelah menghabiskan sebungkus nasi lemak berlauk ayam!! Kerja pun tak berapa nak ada...memang maveles la!!

Tadi, ramai orang datang berkumpul di department aku ni. Yg datang tu semuanya lelaki la. Biasalah. Borak pagi. Diorang ni suka sangat menempek kat bos aku. Maklumlah, bos aku kan yg paling sporting antara yg sporting. Jadi, semua pun suka dia (",)

Okay. Berbalik pada tajuk entri : What is SURVIVOR in Malay..?? Soalan ni ditanya oleh bos aku selepas dia sendiri mendapat soalan ni daripada mesyuarat semalam. Semua yg ada tadi menjawab dengan pelbagai jawapan. Dan jawapan tu kebanyakkannya adalah penerangan kepada maksud SURVIVOR. Bukan maksud secara langsung. Tapi, bos aku tak nak jawapan macam tu. Dia nak jawapan dengan SATU perkataan je. Aku yg kebetulan duduk menghadap pc terus la buka Google Translate ** web kesayangan aku..hoho :p Tapi, hasilnya..?? Memang takde maksud. Yg ada cuma penerangan tentang SURVIVOR.

Kalau Google Translate pun tak boleh translate, jadi apa makna SURVIVOR tu di dalam Bahasa Melayu sebenarnya..?? Kami masing-masing garu kepala!!

"Moral of the story : orang melayu ni memang tak boleh jadi survivor...sebab tu wujudnya perkataan BERSERAH..."

Erkkk..?? Betul ke..?? Hehehe...wallahu'alam. Sekadar selingan pagi. Tapi, bila difikir-fikirkan balik, mungkin ada betulnya juga moral yg aku dapat dari persoalanan ni (",)

p/s : suka nyanyi lagu I Will Survive - Gloria Gaynor

6 comments:

Unknown said...

survivor vs berserah.. survivor lebih kepada usaha.. berserah lebih kepada menerima... betul ke? ikut fahaman queen mcm tulah.. hehehe

mazda2992 said...

saya setuju dengan pendapar Queen.. Survivor tu lebih kepada usaha yang sungguh2... Kalau berserah macam takdir ja menentukan...

Salam, saya ni kawan kepada Gen2Merah. Masih baru dalam blog. Salam perkenalan ya

L said...

usaha, doa pastu tawakal.. hehe

jom baca kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/aku-sayang-parent-aku-korang.html

Marina said...

survivor = berdikari ke? ...boleh hidup walaupon dicampak kat mane2 pon..

Dylla Abas said...

@QueeN TerataI : fahaman kita sama je Queen :)

Dylla Abas said...

@mazda2992 : hmm..betul tu.berserah tu memang serah bulat2 pada takdir.kebanyakan orang macam tulah perangainya kan..? hehehe..