Assalammualaikum W.B.T
Malam tadi aku berbual dengan kawan tentang pelbagai perkara. Macam-macam topik yg kami bincangkan. Dan kebanyakannya perihal diri masing-masing la. Maklumlah, jumpa pun sesekali je kan. Mesti la banyak benda nak diceritakan.
Tiba-tiba dia buka cerita tentang pahala yg tersembunyi. Menarik sangat ceritanya. Jadi, aku nak kongsikan dengan kawan-kawan semua tentang cerita ni, dan moga-moga kita semua boleh la muhasabah diri lepas ni (",)
Ceritanya,
Ada seorang hamba Allah ni yg telah pun meninggal dunia. Ketika di 'sana', dia berasa hairan kerana terlalu banyak pahala yg ada pada dirinya sehinggalah dia bertanya kepada Allah :
Hamba : Ya Allah, mengapa pahalaku begitu banyak sedangkan aku tidak pernah berbuat amalan baik seperti ini untuk mendapatkan pahala sebanyak ini...?
Allah : Ini adalah pahala yg kau terima daripada orang-orang yg sentiasa berkata (mengumpat) sesuatu yg buruk tentang diri kau di luar pengetahuan kau.
Best tak..?? Betapa Allah sangat menyayangi kita semua. Diberinya pahala yg tersembunyi kepada kita tanpa pengetahuan kita. Semoga kita akan menjadi sebahagian daripada hamba-hamba yg begini. Jangan pula kita menjadi hamba yg memberi sumbangan pahala tu. Dalam erti kata lain, berhenti la mengumpat sesama sendiri. Wallahu'alam.
Credit to Mira Jamal for this story.
p/s : aku sangat-sangat terasa dimuhasabah-dirikan dengan cerita ni (",)
12 comments:
terbaik... sebiah pekongsian yang menarik... kdg2 kita selalu juga marah, melenting, dan putus asa bila ada orang sibuk dok mengata2 kita dari belakang..
sedagkan semua umpatan itulah yang bakal membantu kita akhirat kelak.. Iya, teruskan semangat, jagan peduli orang kata pasal kita, dan hadapi smua dengan senyuman (",)
nice sharing!
motivasi yg bagus.. semoga kita supaya dpt iktibar drpd cerita ni..
free je dapat pahala kalau ada yg umpat kita belakang2..
#elakkan diri daripada mengumpat...kan..? hee~
@Gen2Merah : betul tu cikgu..lepas ni jgn melenting lagi bila orang nak mengumpat kita ke apa ke..fikirkan je tentang kebahagiaan yg menanti di 'sana' nanti :)
@Zana Adieyza : best dpt share cerita2 mcm ni :)
@Ezad Skytech : betul tu..yg penting kita kena jaga mulut dan hati drpd mengumpat orang lain :)
free2 je dpt pahala kan...:)
entri yg best..
agak2 ad tak yang sudi ngumpatkan hamba..heheh..nak jugaklah pahala free ni =)
terima kasih atas perkongsian yang berilmu...
so motifnya di sini..untung la bg org2 yg d umpat..hehhehee..tp tula jgk..besar jgk pahala org ug d umpat..sbb menumpst nie salah satu perbuatan yg kureng baek...baik lagi mkn ketupat dr mengunmpat..hiihii
@Panggil Aku Han : (",)
@3no gr33ny : hehe..klu ada org mengumpat kita tu biarkan je..besar hikmahnya :)
@mazda2992 : hmm..betul tu..banyak untungnya jadi mangsa umpatan orang ni :)
apa pun..mkn ketupat memang lg best dari mengumpat..setuju!
Post a Comment