Pages

Tuesday, 15 November 2011

Kerana Takdir

"Kita mesti janji, walau apa pun yang terjadi, kita akan kekal sebagai adik-beradik, walaupun kita bukan dari ibu dan ayah yang sama," Idham bersuara sambil memandang teman-temannya, Hakimi, Reza, Sarah dan Hanan.

"Aku janji, Id. Aku dah anggap kau macam abang aku. Selama ni, kau yang banyak jaga aku. Aku takkan lupakan kau dan yang lain," balas Reza. Dia menggenggam erat tangan Idham bagai tidak mahu dilepaskan lagi. Idham mengangguk sayu.

"Aku nak kita semua janji, 10 tahun daripada sekarang, kita akan jumpa lagi di sini, di Rumah Bakti ni. Walau siapa pun kita masa tu nanti, kita mesti berpegang pada janji ni," kata-kata Sarah segera dipersetujui oleh yang lain-lain.

"Aku pasti akan rindukan kenangan kita semua.." Hanan segera memeluk Sarah sambil menyeka airmatanya.

"Sekejap lagi kita semua akan berpisah. Kau orang janji tau, jangan lupakan aku," bisik Hakimi, walaupun perlahan namun jelas di telinga mereka semua.

Mereka memegang erat tangan masing-masing. Ya, mereka hanyalah sekumpulan kanak-kanak yang baru mencecah usia 11 tahun. Namun, mereka amat faham erti kasih sayang yang wujud dalam diri mereka.

Dan di belakang mereka, tempat mereka berkumpul itu, tersergam indah Rumah Bakti, rumah anak-anak yatim yang menjadi titik pertemuan mereka berlima. Di situlah tempat jatuh dan bangun mereka. Hanya kenangan terindah ketika membesar bersama yang akan mereka bawa sebagai 'teman' di rumah baru nanti.

1 comment:

MizzTina said...

novel sendiri ker ni??