Alhamdulillah. Aku telah melepasi fasa Hijrah dalam hidup. Sempena tahun baru Islam yg ke-1433H ni, aku betul-betul rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk berhijrah. Berhijrah ke arah yg lebih baik, insyaAllah.
Malam terakhir 1432H yg lepas, aku berkesempatan untuk membaca doa Penutup akhir tahun dan diaminkan oleh mak, abang, kakak ipar aku serta anak buahku, Azeem. Bahagia rasanya dapat berdoa dan diaminkan oleh yg tersayang. Doa Pembuka awal tahun pula aku baca seorang diri, memandangkan yg lain sibuk bersujud menghadap Illahi.
Kalau ikutkan tahun Islam, usia aku sebenarnya dah masuk 30 tahun, dan perkiraan telah bermula untuk memasuki ke usia yg seterusnya. Hmm, 30 tahun dah aku hidup ye. 30 tahun Allah memberi aku berpeluang untuk bernafas dengan sangat baik di atas muka bumi ni. 30 tahun Allah beri peluang untuk aku menjadi hamba yg baik atau sebaliknya. DIA telah merancang segalanya untuk aku, hanya aku sendiri yg perlu menentukan hala tujuan hidup aku. Hanya aku sendiri yg perlu membuat keputusan untuk meletakkan diri aku di kategori yg macam mana.
Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, dengan berkat rahmat dan kasih sayang-Mu, aku masih terus mampu untuk berdiri dan berdikari. Cukuplah Engkau bagi diriku. Rahmatilah hidupku. Sesungguhnya, daripada-Mu aku datang dan kepada-Mu aku akan kembali jua.
1 comment:
alhamdulillah.....
maya pun mula nak menjadi yang lebih baik dari hari ke hari.. !
senyum elalu ye kak !
Post a Comment