Pages

Saturday, 22 October 2011

Kepercayaan Itu Penting

Sebelum aku terus masuk ke tajuk entri ni, aku nak tanya kepada para BLOGger semua, korang percaya tak pada suami/isteri/bf/gf korang..? Sejauh mana kepercayaan tu ada..??

Aku teringat peristiwa 11 tahun yg lepas. Masa tu aku bertemu dengan seorang Penghulu di tempat tinggal aku. Di sekitar kawasan selatan Perak. Penghulu tu seorang yg sangat berhemah, sangat bersopan dan yg pastinya dia sangat-sangat disenangi. Aku bertemu dengannya sebab nak mendapatkan tandatangan pengesahan untuk semua sijil-sijil aku, untuk melengkapkan proses permohonan aku ke IPTA.
Perbualan antara aku dengan Penghulu tu umpama perbualan di antara seorang ayah dengan anak gadisnya :

Penghulu : Kamu dah ada boyfriend..?
Aku : Err..belum lagi. Kenapa ye..?

Penghulu : Zaman sekarang ni, budak-budak seusia kamu ramai yg dah ada boyfriend. Kenapa kamu tak ada boyfriend lagi..?
Aku : Saya pernah janji dengan mak saya dulu. Saya tak nak bercinta selagi belum habis belajar (alhamdulillah, aku memang menunaikan janji!!)

Penghulu : Oh, bagus kamu ni! Bertuah mak dan ayah kamu ada anak yg menepati janji. 

Aku : (senyum-senyum kambing...)

Penghulu : Saya nak pesan satu perkara pada kamu, ingat perkara ni sampai bila-bila, boleh?

Aku : Apa dia..? (dalam hati dah rasa pelik...)

Penghulu : Satu hari nanti, kalau kamu ditakdirkan bertemu dengan lelaki yg kamu suka, cintailah dia sekadarnya saja. Jangan letak sepenuh kepercayaan kamu kepada dia walaupun selepas dia menjadi suami. Nanti kamu tak akan rasa sakit kalau ditipu...

Aku : Tapi, ustazah kat sekolah saya cakap...seorang isteri haruslah mempercayai suaminya...

Penghulu : Benar. Tapi, bukan 100%. Saya sendiri melarang isteri saya percayakan saya sepenuhnya. Bila si isteri ada rasa curiga, si suami akan menjadi lebih jujur.

Aku : Saya tak faham...

Penghulu : Kamu akan faham satu hari nanti (tersenyum sambil menyerahkan sijil-sijil yg dah ditandatangani)

Hingga ke hari ini, aku masih terfikir dengan pesanan penghulu tu. Ada benar di sebalik kata-kata itu. Sebelum ni, masa aku kenal erti cinta pertama (alahai, terjiwang pula!) aku memang percayakan dia 100%. Aku yakin dia tak akan buat pekara-perkara yg aku tak suka. Aku peraya dia jujur. Aku percaya dia setia. 

Tapi, malangnya, walaupun hubungan kami tidak berjaya kerana tentangan keluarga, tapi dalam masa yg sama dia main kayu tiga. Kecewanya perasaan aku ketika itu, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Masa tu aku tersedar, kerana percayakan dia dengan setulus hati, aku jatuh sebegini. Jadi, perlahan-lahan aku bangkit semula dan belajar dari kesilapan lalu. Jangan terlalu percayakan orang lain. 

Masa berlalu, buat aku sekali lagi tersedar, kepercayaan itu sebenarnya merupakan kepentingan. Tanpa kepercayaan, bagaimana kita nak bina sesuatu hubungan itu dengan lebih baik..? Aku kadang-kadang terfikir, "kalau aku tak percayakan dia, kenapa aku terima dia? kenapa aku bercinta dengannya?"

Hmm, susah bila nak bercakap tentang kepercayaan ni kan. Bagi aku sendiri, kepercayaan itu perlu untuk sesuatu perkara. pada pendapat korang pula, macam mana...???

p/s : jom share pendapat...sharing is caring (",)





2 comments:

Si BuDaK KaChAk said...

bg sy apa apa situasi melibatkan lebih dari seorang memerlukan kepercayaan...contoh macam cinta/kerja/sukan...tapi sayangnya kalau keprcayaan yang diberi dibuat endah tak endah...komfom frust...

Dylla Abas said...

@Si BuDaK KaChAk : setuju!