Pages

Saturday, 1 October 2011

Baik ada makna ni..!!

Tadi, sang bf datang menuntut semula kunci rumah dia yg tertinggal dalam kereta aku. Dia datang dalam keadaan yg sangat kalut. Oh, rupa-rupanya dia ada meeting dengan bos aku. Aku terpaksa balik ke rumah sebab hari ni aku pergi kerja naik skuter. Dia nampak aku hidupkan enjin skuter, terus dia duduk kat belakang. Weh...gf bawa bf lak!! Hampeh...

Sampai ofis balik, dia minta tolong aku belikan air kotak coklat. "Aku belum breakfast lagi la. Lapar ni.." katanya sambil menghulurkan sekeping duit rm10 kat aku. Aku terus pergi tanpa mengambil duit tu. Alahai, setakat sekotak air, takkan la nak berkira. Bf sendiri pula tu.

Dah beli air, aku tengok dia tak habis-habis bergayut. Banyak sangat masalah kat site hari ni. Tak putus-putus telefon dia berbunyi. Aku nak tolong jawab pun tak tahu nak cakap apa. Hahaha...

Aku pun dengan baik hatinya, tolong cucuk straw kat air kotak tu. Tolong ambil dokumen-dokumen kat tangan dia yg sipi-sipi nak terjatuh gara-gara sikap dia yg suka melayang-layangkan tangan ketika bercakap di telefon (",) Tolong masukkan straw air tu kat mulut dia...eh, melampau!! Tak..itu aku tak buat.

"Kau hari ni kenapa baik sangat layan aku ek..? Baik macam ada makna je ni..?"

Hahahaha...mestilah baik ada makna. Aku nak ajak dia kahwin. Kenalah bodek!! Cheh..kahwin la sangat. Takde maknanya. Aku kan memang baik hati ** masuk lif tekan sendiri nampak!!  Tolong bf sendiri takkan la perlu bermakna kan.

p/s : berbuat baik la sesama kita..huhu :p

10 comments:

Anonymous said...

hahaaa
ckp aku kau ke ngn bf??
heee

Ce'gu JAERA said...

wahhh, romantikya Dylla.... so sweettt... best dpt GF yang ambil berat... heeee

Abby Salvatore said...

dylla...GF Mithali!piwitttttt!

Dylla Abas said...

@farah hanim : a'ah..ckp aku-kau je dgn si dia..hmmm,selamba katanya :)

Dylla Abas said...

@Gen2Merah : romantik..??? hehehe..malu la :p

Dylla Abas said...

@Abby Salvatore : fewittt...hahaha (",)

Eintan Nurfuzie said...

berbuat baik sesama insan...hehehe..walau dalam hati de makna...huhuh

MizzTina said...

haha..boleh lak kt gitu..

Dylla Abas said...

@eintan nurfuzie : kadang2 tak boleh nak tipu,dalam hati ada juga terdetik mcm tu :p

Dylla Abas said...

@mizzkechique : hehehe..mmg selalu gitu pun :)