Pages

Thursday, 18 August 2011

Mereka Lebih Memerlukan

Assalammualaikum W.B.T

Beberapa hari ni BW asyik nampak entri tentang IRM je. Bila dah banyak kali baca, rasa terdetik dalam hati nak buat entri khas tentang isu ni jugak.


Mungkin agak terlambat, tapi aku tak nak terkecuali untuk menjadi sebahagian dari orang-orang yang sudi menghulurkan sumbangan dari segi apa sekalipun ** tak semestinya kewangan kan..?? **

Seperti BLOGgers lain yang dah buat entri tentang rakyat Somalia yang serba kekurangan tu, aku turut mengenengahkan isu yang sama.

Cuba kita renung kembali kehidupan kita di sini. Kadang-kadang rezeki kita hari tu cuma la beberapa keping roti. Tapi, kita merungut bagai tidak pernah mendapat makan. Kadang-kadang hujung bulan lepas dapat gaji, kita merancang nak beli baju atau kasut baru. Bila tak dapat, kita merungut bagai dah tak ada baju atau kasut yang nak dipakai lagi.

Hmm..bagaimana la agaknya kalau kita di tempat mereka..? Mampukah kita nak merungut jika kita di tempat mereka..? Bolehkah kita mengeluh kerana TAK CUKUP makan..? Tergamakkah kita mempertikaikan lagi tentang baju yang kita pakai..?

p/s : tepuk dada tanya selera...bersyukur la apa yang kita ada...ada yang lebih memerlukan...

4 comments:

si cantik sally said...

aah...bersyukur lah kat Malaysia cukop la makan pakai..nak sambut raye kan kan..

Dylla Abas said...

@si cantik sally : syukur sgt dgn nikmat yg ada (",)

Ezad Skytech said...

bertuah sebab duduk kat Malaysia..makanan semua cukup..mewah2 semua makanan..kdg2 bila fikir balik..macam mana dengan orang yg tak dapat makan ni..

Dylla Abas said...

@Ezad Skytech : tulah.bila tak dapat habiskan makanan tu mmg rasa m'bazir.masa u mula la t'bayang,kalau orang yg x cukup makan...mesti diorang boleh habiskan.rasa sedih la bila fikir hal tu :(