Entri ni aku tulis bila aku tiba-tiba teringat perbualan dengan ayah tersayang beberapa bulan yang lepas (lama dah kot) Niat di hati nak share dengan para BLOGgers (",)
Masa tu aku tengah terfikirkan tentang masa depan (sigh...again??) Duduk termenung. Fikirkan tentang kerjaya yang belum boleh dikatakan berjaya (chaiyok Dylla!!) Fikirkan tentang kehidupan yang sederhana (bukan merungut okay) Fikirkan tentang tuntutan agama yang masih belum dapat aku penuhi (terutama bab-bab aurat ni) Macam-macam benda la aku fikir. Tiba-tiba :
"Kakak fikir apa..?" tanya ayah ramah.
"Macam-macam. Fikir pasal kerja, pasal masa depan, pasal diri kakak. Kat mana la agaknya kakak 10 tahun akan datang..?" aku menjawab tanpa memandang ayah (masa tu tengah khusyuk tengok anak-anak ayam main kejar-kejar)
Ayah terus peluk bahu aku. Dia senyum je. Lepas tu dia tanya :
"Kakak tahu kenapa ayah tak marah kakak tak nak sambung degree..?"
Aku geleng kepala. Tiba-tiba buka topik sambung belajar..adess!!
"Sebab bagi ayah, ayah nak anak-anak ayah jadi smart berbanding genius. Ayah tak nak anak-anak ayah pandai belajar je tapi dia gagal dalam hidup. Ayah nak anak-anak ayah berjaya. Tapi, ayah tak nak anak-anak ayah kena buli dalam hidup. Kakak faham..?"
Berkerut-kerut dahi aku cuba mencerna kata-kata ayah tu. Dia nak kami adik beradik berjaya dalam hidup. Tapi tak nak kena buli. Apa tu?? Aku geleng kepala lagi.
"Ayah mana yang tak suka tengok anak-anak dia pandai..? Ayah mana yang tak suka tengok anak-anak dia naik pentas, terima anugerah best student la..itu la..ini la..? Semua ayah dalam dunia ni suka anak-anak dia berjaya. Ayah pun macam tu. Tapi, ayah lebih suka anak-anak berjaya dalam hidup dari berjaya dalam pelajaran. Bukan ayah tak galakkan anak-anak ayah belajar. Ayah suka anak-anak ayah rajin belajar. Tapi, buat ikut kemampuan kita. Macam kakak. Kakak cakap tak nak sambung degree sebab takut tak boleh bawa. Jadi, ayah percaya kakak dah fikir dengan diploma tu kakak boleh tentukan hidup kakak sendiri. Alhamdulillah, walaupun kakak tak kerja yang berpangkat tinggi, tapi ayah dengan mak dapat merasa gaji kakak..."
** alamak..rasa nak menitis airmata daa...sob..sob..
"Tapi, kakak masih rasa tak puas dengan kerja sekarang ni. Macam boleh buat lebih bagus dari tu. Cuma peluang tu takde..." aku cuba memanjangkan topik tu.
"Manusia memang tak pernah puas, kakak. Ingat sejarah Qabil bunuh Habil. Sebab?? Ada rasa tak puas hati dalam diri. Kakak kena ambil iktibar. Kalau ada rasa tak puas hati cuba pertingkatkan diri. Bukan dengan cara menjatuhkan orang lain."
Dalam hati, 'ish..aku tak pernah terlintas pula nak jatuhkan orang lain..apala ayah ni..'
"Ayah nak kakak fikir perkara ni. Bila kita smart, kita akan jadi kreatif. Bila kita kreatif, macam-macam yang kita boleh fikirkan untuk teruskan hidup. Tapi, bila kita genius, kita memang boleh pergi mana-mana berbekalkan sijil-sijil yang kita ada tu. Kita senang nak dapat tempat dalam bekerja. tapi, cukup kuatkah kita nak hadapi kemungkinan dalam hidup..? Semangat orang yang smart dengan orang yang genius ni memang berbeza. Melainkan kakak ada dua-dua. Smart dan Genius."
Sampai sekarang aku terfikir benda tu. Kalau kita tak berjaya dalam pelajaran, macam mana kita nak berjaya dalam hidup..?? Pening aku..!!
p/s : para BLOGgers yang smart ATAU genius..your opinion please (",)
5 comments:
errrr susah juga nak ungkai persoalan ni... sebaik2nya ada kedua-da aspek smart & genius.. :)
sayangg, ayah sayang tu kate macam ni sebenarnye.
kite tak boleh hidup dengan sekadar berpegang buku. kite mesti ade daya kepimpinan untuk berjumpa dengan dunia luar sayang.
kite kena matang. baru orang tak pijak kepala kita. pandai sahaja tak cukup. di dunia luar kite bertemu orang lain yang mempunyai plbagai pemikiran dan ragam yang tak ade dalam buku sekalipun,itu puun ilmu jugak kan sayang. kite kene tahu macamena nak handle orang dalam hidup kite. baru ita boleh hidup.
mungkin itu yang ayah kamu nak samapaikan. bukan perbezaan antara genius vs smart ..
maaf la, ter panjang lah pulak ^^
@QueeN TerataI : kan..tulah sy fikir mcm tu jgk.tapi, baka kata ayah la,"org smart ni selalunya genius.tapi org genius x semestinya smart" hoho..pening sudah :p
@Maya Lisa : ye cik maya sayang, betul la tu.cuma terasa nak compare tapi tamak, sebab nak ada dua2..hehehe :p
p/s : anyway thanks 4 ur gud opinion :)
dylla abas > thehi ^^ good mornig sayang ^^
Post a Comment