Assalammualaikum W.B.T
Selamat pagi semua. Alhamdulillah. Cuaca kelihatan amat baik pagi ni. Cerah dan ceria. Ceria..?? Itu aku. Kenapa nak ceria sangat ni Dylla..?? Sebab hari ni hari Jumaat. Esok dah cuti..hehehe (",)
Penceramah sedang menyampaikan ceramahnya |
Hari ni di tempat kerja aku ada perjumpaan staff bahagian Registrar (Pendaftaran). Kami telah menjemput penceramah bebas untuk memberi sedikit tazkirah, dan tajuk yg telah dipilih ialah Hijrah. Amat bersesuaian dengan bulan Muharram ni, tajuk tu dipilih berdasarkan pengalaman penceramah itu sendiri.
Aku tak nak cerita tentang pengalaman dia. Tapi, aku nak cerita tentang input yg aku dapat dari tazkirah ni.
Audience yg khusyuk mendengar ceramah |
HIJRAH. Secara amnya, hijrah bermaksud perpindahan atau perubahan. Kalau ditafsirkan maksud Hijrah di zaman Rasulullah S.A.W, hijrah itu adalah perpindahan baginda dari Kota Mekah ke Kota Madinah.
Hari ini, bila kita sebut tentang Hijrah, apakah yg tergambar di fikiran kita...? Bagi aku, bila terfikirkan Hijrah, maka aku perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk 'berhijrah'. Apa yg penting, perbuatan Hijrah itu haruslah dimulai dengan niat. Setiap perbuatan kita juga selalunya disertakan dengan niat. Namun, biarlah niat itu ikhlas. Untuk mendapat hasil seperti yg diharapkan, keikhlasan itu amatlah penting. Hijrahlah kerana Allah Taa'ala. Bukan kerana orang lain.
Asal fitrah manusia ini memang telah diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Hinggakan Allah Ta'ala telah memerintah seluruh malaikat dan iblis untuk menyembah Adam di hari penciptaannya. Jadi, hijrah dalam konteks sebenar adalah berusaha untuk menjadi yg lebih baik. Namun, manusia hari ini ** termasuklah diri aku sendiri telah banyak berubah ke arah yg bertentangan. Jadi, bila tersedar diri yg tersasar jauh, kembalilah untuk berhijrah ke jalan yg benar.
Bila sebut tentang Hijrah, pasti ada kaitannya dengan jihad. Namun, jihad kita tidaklah seperti jihad para-para nabi dan sahabat-sahabat mereka. Jihad kita pada hari ini adalah jihad untuk menentang Syaitan agar nafsu sentiasa terpelihara dengan baik. Jihad kita tidaklah sehebat para pejuang yg telah mati syahid untuk menegakkan Islam. Namun, jihad kita akan meletakkan diri kita ini di kalangan orang-orang yg beriman atau sebaliknya.
Bagi yg telah berhijrah, atau sedang berhijrah, atau yg telah berniat untuk berhijrah ** alhamdulillah (",) perbanyakkanlah doa. Di dalam Al-Quran sendiri telah tertulis bahawa Allah telah memerintahkan hamba-Nya untuk meminta (berdoa) daripada-Nya dan Dia akan perkenankan...insyaAllah. Iringilah doa itu dengan usaha yg tidak terhingga. Doa dan usaha yg ikhlas kerana Allah Ta'ala akan sentiasa diredhai oleh-Nya.
p/s : TAAT jangan lupa, AMAL jangan ingkar, SYUKUR jangan kufur
2 comments:
Salam ziarah...
btol tu..walau apa pon yang kita nak lakukan..seharusnya diperbetulkan dulu niat kita supaya segalanya diredhai Allah swt...
Post a Comment