Assalammualaikum W.B.T dan selamat pagi...
Hari ni awal pula aku update blog. Tapi takpe, sementara idea tengah ada ni, lebih baik aku tulis cepat-cepat. Kalau tak nanti semua pun lupa. Semalam dah bagi tips untuk menguatkan ketahanan mental. Okay, hari ni nak bagi tips macam mana caranya nak menghadapi orang yg kuat melenting.
Bagi sesiapa yg kurang jelas dengan maksud kurang melenting sila rujuk Kamus Dewan ** hehehe...gurau je! Kuat melenting ni sama la ertinya dengan cepat marah atau panas baran. Tak boleh silap sikit, mesti melenting. Mesti naik angin. Mesti nak marah-marah. Walhal, perkara kecil yg tak sepatutnya menimbulkan perasaan marah pun dia nak melenting juga. Apa kes..??
Perkara pertama yg harus dilakukan untuk berdepan dengan orang yg macam ni ialah SABAR dan TENANG. Hanya kesabaran dan ketenangan je yg mampu menundukkan sikap panas baran mereka tu...insyaAllah.
Seterusnya, kalau kita dah puas bersabar dan bertenang tapi tak jalan juga, mereka tetap nak melenting, tetap nak marah-marah...kita jangan pula join mereka dengan melenting juga. Bercakap dengan menggunakan bahasa yg paling lembut. Contohnya :
Si Pelenting : Awak jumpa saya ni nak apa sebenarnya..?? Saya ni dah cukup banyak masalah. Tak payah la nak tambah masalah saya!!
Si penyabar : Saya cuma nak tanya khabar awak. Tapi, kalau itu pun awak nak marah-marah...takpelah. Lainkali saya tak tanya lagi. Awak pun tak perlu nak marah-marah lagi, kan...
Dalam masa menggunakan bahasa dan perkataan yg sopan-sopan, ambil peluang untuk buat mereka rasa bersalah...hahahaha...berkesan tau cara ni. Bila orang yg kuat melenting tu dah reda sikit tahap kepanasan hatinya, pasti dia akan terfikir semula apa yg dia dah ucapkan kepada kita dan apa yg telah kita ucapkan kepada dia. Dan percayalah, mereka pasti akan rasa kesal kerana sikap kuat melenting tu.
Kalau dia memang takde rasa kesal dalam diri..?? Okay, abaikan je orang macam ni. Biarkan mereka hidup dengan sikap begitu. Lambat laun mereka pasti akan berubah laku. Bagi yg rasa tak boleh nak abaikan, mungkin boleh cuba dengan cara mengalah. Mengalah tu bukan bererti kita kalah kan..?? Mengalah tu kadang-kala akan membuatkan pihak satu lagi akan turut mengalah, dan ini kan dah memberi kemenangan pada orang yg mengalah dulu (",)
p/s : kuat melenting ni tak bagus untuk kesihatan pun....
4 comments:
seb bek sy penyabar orgnye.. chewahhh
setuju..sy slalu buat gitu..hehe..pas die da cool..die da gelak2..br sy perli balik secara slow mo..bg die pk..hehe
@mizzkechique : bagusnya MK ni penyabar orangnya ye..huhu :)
@~diAhOntHeblOg~ : perli tu salah 1 cara psikologi yg boleh buat dia terfikir balik..memang best kaedah tu :)
Post a Comment