Assalammualaikum...
Hari ni kena post entri awal sikit sebab kejap lagi pukul 10 ada briefing session pula. Alhamdulillah, rezeki pagi ni 2 keping roti gardenia dengan Lady's Choice peanut butter + teh o panas betul-betul mengenyangkan perut aku yg bersaiz S ni..hehehe
Apa kena-mengena roti peanut butter tu dengan tajuk entri aku ni..? Memang takde kena-mengena pun. Nak cerita tentang si pemalu. Tapi, nak bagitahu juga pasal breakfast aku pagi ni (",)
Okay la. Back to the main point. "Dia memang pemalu..." Siapa dia yg dimaksudkan..? Takde sesiapa. Aku nak bercerita secara am. Orang-orang yg pemalu ni selalunya mesti pendiam, setuju...? Aku setuju. Kalau korang tak setuju tak tahu la kan. Tapi, bagi aku, secara peribadinya, aku selesa dengan orang-orang macam ni. Tak banyak cakap. Pasti tak banyak kerenah.
TAPI...haa, ada tapi pula Dylla ni!! Okay, tapi orang yg pemalu ni selalunya akan menyebabkan orang lain berasa tak selesa dan menyampah ** oppsss...agak kasar bunyinya tu! Tak selesa sebab apa..? Menyampah sebab apa..? Sebabnya orang di sekeliling akan mula berfikir yg tak best tentang si pemalu. Mula la keluar dialog-dialog yg tak dingini seperti :
"Aku senyum kat dia tadi, dia buat tak tahu. Pandang muka aku, tapi muka dia blur gila!"
"Aku tanya sepatah, dia jawab sepatah. Dia tak suka cakap dengan aku ke ye..?"
"Alah, dia tu depan kita je malu, tapi belakang kita mungkin tak macam tu kot..."
Haa..korang pun mesti pernah ucapkan dialog ni, kan? Tipulah kalau tak pernah. Aku kongsi sedikit la pengalaman aku berkawan dengan si pemalu. Si pemalu ni sebenarnya ada banyak kategori. Antaranya :
1. Pemalu dengan kaum berlawanan
** Kategori begini selalunya tak banyak menimbulkan masalah. Diorang okay je sebenarnya. Cuma malu dengan kaum yg berlawanan jenis. Tapi dengan kaum sejenis, diorang memang takde masalah.
2. Pemalu dengan orang ramai
** Okay, tak kisah dia lelaki atau perempuan...tapi dia malu dengan sesiapa jua. Orang macam ni keBANYAKkannya jenis yg kurang keyakinan diri. Mungkin dia selalu rasa diri dia tak sehebat orang lain. Jadi, dari situ akan menimbulkan perasaan malu untuk berdepan atau bergaul dengan orang lain.
3. Pemalu depan orang je
** Errr...ada ke kategori macam ni..?? Ada...sebab aku dah jumpa! Depan orang lain dia memang malu-malu kucing gitu. Tapi, kat belakang orang, dia la diva! Tapi, orang macam ni tak akan menimbulkan masalah sebab dia selalunya suka buat hal sendiri je. Dia akan jadi normal bila dia bersama dengan kawan-kawan rapatnya.
Jadi, janganlah kita memandang serong kepada si pemalu ni. Mereka memang begitu. Mungkin kalau kita sentiasa beramah-mesra dengan mereka boleh membantu mereka untuk menjadi kurang pemalu, kan?
Kesimpulannya, kepada yg si pemalu mungkin boleh mula menanamkan keyakinan dalam diri yg anda sama saja dengan manusia lain. Jangan terlalu memandang rendah pada diri sendiri. Kita semua ada kelebihan dan kekurangan. Hanya keyakinan diri saja yg membezakan antara sesama kita.
p/s : dulu-dulu aku pun pemalu juga..ye ke..?? hoho :)
17 comments:
bagi aku..pemalu nie ada positif n negetifnya...positifnya orang yang pemalu nie selalunya jarang buat hal,sebab dia akan buat halnya sendiri jak..tp negetif nie dia kurang pergaulan..kerana malu untuk bergaul..so mmg perlu ada perasaan malu tp biar malu tu bertempat..tp xtaw plk pendapat kwan2 yang lain....sekadar pendapat...
saya pun pemalu jugak tapi malu dgn orang yang tak kenal aje la~ hek
sifat malu tu biarlah bertempat yer.. kalo x memamg kena label mcm2.. hehehe
malu biar bertempat...kalau tidak akan merugikan kita jika terus malu je
ada kebaikan jugak sifat pemalu ni..tapi biar la bertempat kan..:D
sejujurnya hamba malu dengan bukan kaum sejenis dek dari sekolah hingga sekarang belajar ditempat semua sejenis je..huhu
ahahaha.. baca intro pendahuluan pun dah kelakar... Dylla ni... ada2 je kalau menulis.. (",)
yaa, dulu2 pun mmg saya ni pemalu orangnya.. sampaikan nak jumpa awek pun tak jumpa2... alhamdulillah, sejak sambung belajar sana sini, barulah terbuka sedikit minda dan pengalaman utk bermesra dengan masyarakat..
setuju dengan Dylla, keyakinan diri itu yang lebih penting dalam hidup kita kan...
mun dulu sgt pemalu..nak ckap ngan org pun segan..tapi lpas ayah mun tegur..mun berubah skit demi skit..dah boleh cope dah malu tu..but ade certain things malu tu jadi penting..
@mazda2992 : betul tu..tak salah ada sifat pemalu.tapi biarlah bertempat kan.setuju dengan pendapat tu :)
@dhiera : hehehe..tu kan perkara biasa (",)
@QueeN TerataI : itula pasal.kadang2 kesian dgn si pemalu ni.bukan dia nak menyombong pun.cuma dah memang dia tu pemalu..nak buat macam mana kan..? hehe
@QueeN TerataI : itula pasal.kadang2 kesian dgn si pemalu ni.bukan dia nak menyombong pun.cuma dah memang dia tu pemalu..nak buat macam mana kan..? hehe
@Kancil 8349 : betul tu cikgu.kalau malu sangat susah juga kan..
@Ezad Skytech : kebaikan si pemalu ni paling ketara ialah dia tak banyak cakap.bila tak banyak cakap..kuranglah dosa mulut dia kan :)
@3no gr33ny : hehehe...takpe..pelan2 tanamkan rasa keyakinan dalam diri.malu tu bagus.tapi terlebih malu tu susah kot..wallahu'alam..apa pun kata orang..malu itu adalah sifat orang beriman :)
@Gen2Merah : sama la..sy dulu pun pemalu juga.sebab tu zaman2 belajar tak bercinta.malu punya pasal.eh,ye ke..?? hehehe...
@cik mun : betul tu mun.ada sesetengah perkara yg kita harus ada rasa malu.setuju tu :)
Post a Comment