Assalammualaikum W.B.T
Allah S.W.T sentiasa mengalu-alukan hamba-Nya untuk berdoa, pada saat suka dan duka. Janganlah doa itu menjadi trademark ketika kita berada di dalam kesusahan saja, sedangkan kita memerlukan-Nya di setiap masa. Ketika sedih, kita berdoa agar kesedihan itu dapat diubati. Ketika gembira dan bahagia, kita berdoa agar semua nikmat itu dapat dikekalkan di dalam hidup kita.
Pernahkah kita melihat akan kekuatan doa itu? Doa memberikan kekuatan spiritual buat kita. Jika sebelumnya kita lemah, selepas berdoa, bermunajat dan mengakui segala kesilapan diri, kita pasti akan berasa lebih kuat.
Jika sebelumnya kita berasa putus asa, kemudian kita menangis semahu-mahunya mengahadap Illahi, merayu dan berdoa, di akhir semua itu, kita akan berasa seperti mendapat pengharapan semula. Hebat kan kekuatan doa dalam hidup kita?
Doa adalah kekuatan bagi umat Islam. Kita sebagai hamba hanya layak meminta daripada-Nya. Jika kita tidak merayu dan meminta daripada-Nya, kepada siapa lagi kita hendak meminta? Kepada siapa lagi kita boleh bergantung? Diri sendiri? Firaun je yg buat begitu.
Kalau kita tidak percaya pada kekuatan doa itu, cubalah berdoa buat kali pertama di saat kita dilanda bencana. Kita pasti akan terasa betapa hampirnya Allah S.W.T dengan diri kita. Betapa sudinya Dia mendengar segala keluhan hati kita berbanding manusia lain. Belum tentu manusia akan bersimpati dengan ikhlas dan memahami sepenuhnya akan masalah yg kita hadapi. Yakinlah, jika kita mengadu dan berdoa dengan ikhlas, insyaAllah Dia akan mendatangkan penyelesaian terbaik dan tidak disangka-sangka.
Wallahu'alam.
7 comments:
betul tuh..setuju sgt..ngadu gan ALLAH lbh baek dr ngadu gan kwan².hehee
betul tu dylla....sentiasa la kita berdoa kpd Allah S.W.T :)
setuju sgt2 sentiasa berdoa kla susah n senang
Doa. senjata mukmin. :)
gn la hanya bdoa wktu susah...
doa itu perlulah sentiasa x kira masa susah atau senang... :)
doa boleh menenangkan jiwa..
Post a Comment