Pages

Wednesday, 13 June 2012

Jangan Berjanji Kalau Tak Mampu Tepati

Assalammualaikum W.B.T

Bila bercakap soal janji, macam-macam yg bermain di kepala. Ada yg berjanji tapi tak pernah nak tepati. Ada pula yg sangat menepati janji. Ada yg lebih teruk, lupakan terus janji-janjinya itu. Istilah "Janji Melayu" ni wujud kerana apa...? Kerana orang Melayu ni suka mungkiri janji ke...? Aku rasa betul la. Sebab tu istilah tu wujud.

Pagi tadi, aku sempat berbual dengan seorang teman lama tentang janji. Janji yg kami bualkan adalah janji seorang kekasih kepada kekasihnya. Biasalah kan, adat bercinta, janji memang part of their life la. Tak sah bercinta kalau takde janji-janji manis ni.

Bagi aku sendiri, aku tak akan berjanji kalau aku rasa aku tak mampu nak tepati. Aku tak nak la dilabel sebagai si Pemungkir Janji. Dan aku juga tak nak menjadi seorang yg munafik. Rasulullah S.A.W pernah bersabda di dalam hadithnya :

"Ada tiga perkara, barangsiapa yg berada di dalamnya, dia adalah seorang yg munafik, apabila berbicara dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri, apabila diberi amanat dia mengkhianati."

Aku memang pantang sebenarnya bila seseorang tu berjanji, tapi dia tak nak tepati. Rasa nak je bagi ceramah agama kat dia kan. Tak tahu ke sikap memungkiri janji ni sikap orang munafik...? Janganlah begitu. Lihat dulu kemampuan diri sebelum menabur sebarang janji. Kalau memang rasa tak mampu, cukuplah sekadar berkata "aku akan cuba." Sekurang-kurangnya, orang yg mendengar tu tak menaruh harapan yg terlalu tinggi, kan?

Firman Allah S.W.T :

"Dan penuhilah janjimu, pasti janji itu meminta agar dipertanggungjawabkan."

Jelas di sini, janji itu sesuatu yg harus ditepati. Aku pernah terbaca, janji itu umpama berhutang. Kita semua kan sedia maklum, hutang kalau tak dibayar, maka sia-sia la ibadah kita selama ini. Semua amalan kebaikan kita akan tergantung begitu saja. Jadi, beringatlah. Tunaikan la janji itu walau sesusah mana sekalipun.


p/s : sedang mengimbas kembali mana-mana janji yg tak tertunai lagi (",)





14 comments:

Sheila Adziz said...

erm... awas dgn janji2 kekasih...

Zul fattah said...

saya memang tak suka berjanji dgan org ni.. bukan apa, kalau dah kita dah kata pkul lapan.. pkul 8 la kena ada kat situ.. ni tak, pkul 8 .30 baru nak gerak.. susah r mcam ni..
janji nak main futsal pun susah, xleh nak on time.

maszull said...

assalamualaikum Tia...kenalah cek balikkan mana janji yg belum ditunaikan...:)

Unknown said...

janji mmg mudah diucapkan tp mmg sgt sush utk dilaksanakan...

IntaNBerliaN said...

tu yg jgn berjanji kan.. cakap je insyaAllah...

Ce'gu JAERA said...

Saya pernah berjanji untuk berkahwin sebelum umur 30. Akhirny janji itu x tertunai. Mcm mana tu ya adik dilla? Hehehe

Mat pagi adik ku

Dylla Abas said...

@Pn. Sheila@CC : janji kekasih ni la janji yg paling sukar nak dipercayai :p

Dylla Abas said...

@Zul Fattah : eee..paling x suka orang melengah2kan janji macam tu..leceh!

Dylla Abas said...

@maszull : w'salam...baik mama,sy sedang check balik ni :)

Dylla Abas said...

@QueeN TerataI : betul...sebab tu sebelum berjanji fikir dulu,mampu tak nak tunaikan :)

Dylla Abas said...

@IntaNBerliaN : setuju!

Dylla Abas said...

@Gen2Merah : hehe...berjanji dgn diri sendiri takpe lagi la kalau tak tunaikan...btw,abang kena tunaikan juda sebelum kena marah dgn diri sendiri...dah ada calon belum? kalau belum boleh sy rekemenkan..huhu :p

MizzTina said...

manusia mudah leka..

Cikrosecute said...

hihihi manusia mudah lupa pada janji...Apa guna berjanji..jika tidak dapat tepati...lagu..