Pages

Friday, 29 June 2012

Bersangka Baik (Husnuzon)

Assalammualaikum W.B.T

Bersangka baik adalah sifat yang cukup indah, yang mengeratkan hubungan ukhwah yang terjalin. Bersangka baik adalah 1 sifat yang bukan semua hamba Allah mampu untuk lakukan 100 peratus. Sekuat mana pun kita mampu bersangka baik, mesti ada ketika kita akan bersangka buruk. Tak kesahlah sesama manusia ataupun dengan Allah.

Mesti ada sedikit, kerana kita ini insan yang lemah. Tak kuat. Tapi kita cuba jangan terlalu lama bersangka buruk.  Bila ada perasaan begitu, cepat-cepatlah kita beristighfar. Semoga perasaan itu cepat hilang dan digantikkan dengan perasaaan yang baik.

Bersangka buruk hanya akan membawa kita berfikiran negatif, hati tidak menjadi tenang malah akan hitam, seterusnya kita mula berasa dengki dan tidak puas hati pada orang lain. Dan kemungkinan kita akan menyampaikan fitnah.  Banyak bukan boleh berlaku hanya dengan bersangka buruk?

Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12  :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”  


Rasulullah bersabda :

"Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata" ( Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud ).



Imam asy-Syafi'i berkata :

" Sesiapa yang ingin menutup hidupnya dengan kebaikan, maka jagalah selalu sangkaan baik kepada manusia "


Kita ini sememangnya digalakkan untuk bersangka baik dengan semua manusia. Walau apa pun perkara berlaku, yang penting bersangka baik dan fikir positif!  Sebab ia membuatkan hati kita selalu dalam keadaan tenang, nak marah pun susah. Dan menjauhkan kita dari sifat dengki serta mengumpat.


Bersangka baik juga bukan hanya pada sesama manusia, tetapi juga pada Allah! Jangan kita cepat bersangka buruk pada Allah, disaat mana doakan kita tidak dimakbulkan.  Atau pun apa yang kita mahukan itu, lambat di beri Allah.

Bersangka baik!
 

Apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu.
Apabila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu.
Apabila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.

Ingat sahabat-sahabat, bersangka baik lah kita pada setiap perkara yang berlaku.  Setiap yang sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Inilah satu-satunya cabaran untuk anda, bersangka baik! Kerana bukan semua orang boleh lakukan. Jika anda berjaya lakukan bermakna anda sudah sanggup untuk menempuhi segala ujian dariNya.  Apapun yang datang, anda tetap tenang dan senyum.
 
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Istighfar dan berselawat la selalu. Teguhkan iman anda. Mantapkan hati anda atas agama Allah. Wallahualam.


p/s : credit to Roslina Ramli atas artikel ni (",)

 
Photobucket

12 comments:

Anonymous said...

betul tu, mesti sentiasa bersangka baik !

Noor Atikah Ramli said...

sentiasa la bersangka baik. tak rugi pon kan ? huhu

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sentiasa la kita bersangka baik jgn selalu syak wasangka :)

Natasha said...

tq sharing. tp zmn skrg ni bsangke baik slalunye kene pijak balik. kne pilih2 jugak actually..

Ce'gu JAERA said...

ya, perkongsian yang menarik... bersangka baik lah sesama kita untuk silaturrahim sesama kan..

Atie Zieya said...

bak kata omputih..THINK POSITIVE... kn?

aizamia3 said...

berusaha untuk bersangka baik.. ;)

IntaNBerliaN said...

betoi tu... xbaik kita bersyak wasanGKA KN

Kekzamanis said...

Semoga kita semua sentiasa dikurniakan hati yang bersih dengan hanya bersangka baik sesama kita... =)

Eera Shera said...

tips bersangka baik tu mmg ohsem..kiranya kita kena rndh diri la dgn sapa2 pun baru kita x rasa kita lebih baik dr org lain..terbaik :)

Unknown said...

tak rugi pun kalau bersangka baik ni kan...

maszull said...

assalamualaikum dylla...betul tu kena berprasangka baik kan...:)