Assalammualaikum W.B.T
Lumrah manusia yg hidup di muka bumi ini, pasti tidak lekang dari hidup beralasan. Alasan tu sama tak dengan sebab...? Kalau sama, maka aku setuju la hidup ni penuh dengan alasan. Semua benda yg berlaku ada sebabnya. Atau dalam erti kata lain, ada alasannya. Ish, pelik pula bunyinya!
Tapi, bagi aku sendiri, secara peribadinya, aku tak berapa suka la dengan orang-orang yg terlalu banyak alasan dalam hidup. Kenapa kau datang kerja lambat? Kenapa kau tak siapkan kerja ni pada waktu yg ditetapkan? Kenapa kau itu...kenapa kau ini...? Macam-macam kenapa...dan macam-macam alasan.
Pada aku, alasan tu sekadar nak menyelamatkan diri sendiri tanpa mempedulikan risiko yg bakal terjadi. Dan risiko tu selalunya akan melibatkan orang lain la. Aku bagi contoh la ye :
Seorang lelaki telah memungkiri janji terhadap kekasihnya. Dia memberikan pelbagai alasan dan akhirnya kesalahan itu dimaafkan. Tapi, terfikirkah dia kesan terhadap emosi kekasihnya itu..? Benar, dia telah dimaafkan. Tapi, dalam hati...siapa tahu...? Perbuatan memungkiri janji ni bukan kesalahan remeh-temeh...bagi aku la. Bagi korang, tak pasti la macam mana kan.
Haa..itu la contohnya. Dan ada banyak lagi contoh lain. Dan contoh-contoh lain tu memang sering berlaku di sekeliling hidup kita. Kadang-kadang kita yg terlepas pandang. Atau kadang-kadang, diri kita sendiri yg suka beralasan.
A : Kenapa kau datang lambat...?
B : LRT tu yg lambat...
Oh, salahkan LRT pula! Kalau kita keluar awal sikit, mesti kita dapat kejar LRT yg lebih awal kan. Jadi, takde isu la kenapa kita datang lambat. Ada masanya, alasan ni perlu. Tapi, janganlah sampai hidup terlalu bergantung dengan alasan. Buruk padahnya nanti. Esok dekat 'sana', boleh ke kita jawab macam ni :
Allah S.W.T : Mengapa ketika di dunia kamu tidak solat, hamba-Ku...?
Kita : Sebab aku terlalu sibuk bekerja ya Allah...aku tidak punya masa yg cukup untuk beribadah kepada-Mu...
Haa, tunggu masa jelah kita bakal dicampak ke dalam api neraka. Jadi, tanyalah diri sendiri. Memberi alasan memang mudah. Tapi, mampukah kita untuk menanggung akibatnya...? Wallahu'alam.
p/s : pesanan untuk diri sendiri juga (",)
12 comments:
sgt setuju!! tak ada alasan sebenrnya utk setiap persoalan kenapa dan mengapa itu kan..
p/s: tukar lg? tp kali ni besar width untuk entri.. hehehehe lbh suka yg sblm nie.. :)
sangat setuju...tulah manusia zaman sekarang nie...banyak alasan hingga hati tu jadi malas..
cantik blog kamu dylla...
sangat2 setuju dyla..manusia mmg suka berlasan...dh jdi sifat kot...tp bagus juga entry ni peringatan untuk sesama kita :))
penat bercakap dengan orang yang suka beralasan....=D
xsuka dengar alasan org.hihihi
hidup susah nak berjaya jika terlalu byk alasan..
@QueeN TerataI : hmm..tulah..kalau semua benda pun ada je alasannya..susah betul kan..
@Kancil 8349 : setuju dgn cikgu :)
@Wanieys : peringatan utk diri sy juga (",)
@nini : penat + tak suka ^_^
@Cik Rongoks ; hmm...dengar tu boleh lagi la..tp susah nak percaya..hihi :p
@IntaNBerliaN : agree!!
Post a Comment