Pages

Thursday, 7 June 2012

Kepentingan Menjaga Hati Sendiri

Assalammualaikum W.B.T

Semoga semuanya sihat dan ceria-ceria selalu. Hari ni datang kerja dengan mood yg sangat bagus. Sebab?? Malam tadi kan dah kemas bilik. Bilik tu bila dah kemas, memang menyenangkan hati. Pagi tadi bangun tidur tengok bilik yg tersusun rapi, takde baju-baju yg tak bersusun, membuatkan aku rasa puas hati **sambil tersenyum lebar**

Topik hari ni berkaitan dengan hati. Kepentingan menjaga hati sendiri. Perlu ke...? Mestilah perlu. Bagi aku secara peribadinya, lebih baik kita jaga hati kita dulu sebelum kita jaga hati orang lain. Tapi, kalau orang lain itu adalah ibu bapa kita, lain cerita la kan. Kena la jaga hati ibu bapa. Mana boleh mengecilkan hati mereka

Tapi, aku tak bermaksud tak perlu menjaga hati orang hingga menyakitkan hati mereka. Menyakitkan hati sesama manusia pun bukan sikap terpuji. Ingat tu kawan-kawan (",)

Apa yg aku nak sampaikan di sini ialah mengapa kita perlu jaga hati kita sendiri :

1) Belum tentu orang sekeliling akan menjaga hati kita

2) Mengelakkan daripada timbulnya rasa tidak puas hati dan makan hati

3) Hati yg tenang dan tidak sakit akan membantu kita untuk mengawal kehidupan dengan lebih baik

Itu di antara sebab-sebabnya. Ada banyak lagi sebab yg lain. Apa pun, pokok pangkalnya, semuanya bermula dari hati. Bukan mudah mengharapkan orang lain menjaga hati kita sepenuhnya. Kerana lumrah manusia, masing-masing mahu hati sendiri terjaga.

Aku teringat sebuah kisah yg dah lama berlaku dalam hidup aku. Pernah ada seorang kawan yg sangat susah nak jaga hati kawan-kawan yg lain. Bila ada orang menyakitkan hatinya, dia melenting tak ingat dunia. Tapi, bila tiba giliran dia menyakitkan hati orang lain, perilakunya tak ubah seperti orang yg tak bersalah.

Jadi, jagalah hati kita sendiri agar sentiasa bersih, sihat dan tenang. Ada pelbagai cara untuk menjaga hati sendiri. Antaranya ialah belajar bertenang, belajar bersabar, jangan tinggal solat, banyakkan membaca al-Quran dan berzikir selalu. InsyaAllah, hati pasti bersih dan tenang.


p/s : perbuatan menyakitkan hati sendiri pun tak bagus juga (",)




10 comments:

Unknown said...

mmg penting kita jaga hati kita sendiri.. setuju sgt dgn entri dylla ni.. dlm apa jua yg kita lakukan sebaiknya kita menjaga hati kita dan juga hati org lain.. mmg sukar tp kita perlu berusaha ke arah itu.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

jaga hati kita penting sgt...belum tentu org lain akan jaga hati kita baik kita sendiri yg jaga :)

Bobo said...

betul tu..hati yg kotor akan memberi kesan yg tidak baik..

Eintan Nurfuzie said...

hati kita 1st kena jaga... sbb itu kepunyaan kita

Kazman / Sue said...

bagus tips ni...

maszull said...

assalamualaikum Mia...memang menarik n3 ni suka baca...:)

Hanie Dew said...

jaga hati sendiri baru la tak menyakitkan hati org lain. tak gitu..hihihii..

Yumida said...

betul kata sis...n menyokong hujah queen teratal atas tu..mmg payah utk mjg hati org..tp kita perlu berusaha

Zul fattah said...

betul kak.. last perenggan itu dah ckup untuk kita mnilai hati kita

Ce'gu JAERA said...

wahhhhh, saya rasa inilah entri yang terbaik... saya pernah terfikir nak buat entri pasal hati ni... tapi adik punya penerangan lagi bernas dan mantap.. nice...

saya pun ada sorg kwn yang macam tu.. kalau nak bergurau sampai tak jaga hati kawan2... kalau turn nya kena gurau2 barulah dia nak melenting...

aish, tu lah pentingnya kita cermin dulu diri dan hati kita... nice adik Dylla.. selamat pagi..