Assalammualaikum W.B.T
Bila aku tulis perkataan "Awang Hitam", pasti ada yg terus faham apa cuba aku sampaikan. Dan pasti ada juga yg tertanya-tanya, "Siapa Awang ni...? Kenapa dia digelar hitam...?"
Si Awang Hitam atau Blackman atau dengan bahasa yg lebih mudah difahami, African, sering dikaitkan dengan gadis-gadis di Malaysia. Kenapa begitu...? Pasti ada ramai yg pernah tahu atau terbaca di mana-mana tentang kes-kes yg melibatkan "percintaan" gadis melayu dengan si Awang Hitam ni.
Benar, cinta itu buta. Tapi, buta sangatkah hingga sanggup mengenepikan hukum agama demi si Awang Hitam ni...? Janganlah begitu. Islam itu mudah. Islam tidak pernah melarang umatnya untuk mencintai dan menyayangi sesama manusia. Dengan syarat, syariatnya terpelihara. Bukan tidak ada si Awang Hitam yg baik dan benar-benar ikhlas. Tapi peratusnya rendah. Kebanyakannya hanyalah kerana kepentingan nafsu semata-mata. Pandai-pandailah kita menilainya.
Aku pernah ada akaun TAGGED sebelum ini. Tapi sekarang dah takde lagi. Salah satu sebab kenapa aku tutup akaun tu ialah kedatangan private message yg tak putus-putus dari Awang Hitam. Bukan sekali dua. Tapi, berkali-kali. Pernah la juga aku membalasnya. Itu pun ala kadar je. Sekadar ucapan terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku di alam maya ni. Tapi, bila dia dah masuk bab body figure, bab rupa, bab CINTA yg sangat karut tu, aku give up. Bukan aku tak pandang si Awang Hitam ni, tapi aku percaya, mereka ni mencari teman bukan pada hati. Tapi, pada nafsu.
Sebelum terjerat, lebih baik aku undur diri. Bila melihat ada yg berdampingan dengan si Awang Hitam ni, aku mampu tersenyum je. Kalau yg bukan Islam tu, aku tak kisah sangat la. Tapi, kalau yg Islam, aku mesti terfikir, hubungan mereka ni di atas dasar apa...? Maaflah, tapi kepala otak aku ni tak dapat nak elak dari memikirkan yg bukan-bukan.
Bukan ke bagus kalau siapa yg berpasangan dengan si Awang Hitam ni membimbing mereka ke jalan yg lebih baik...? Untung-untung, bertambahlah umat Nabi Muhammad S.A.W.
Apapun, aku percaya, ramai yg akan berkata, "my your own business". Baiklah, aku tak akan ganggu urusan orang lain. Terutamanya bila urusan itu bersangkutan dengan hati. Tepuk dada tanyalah selera. Jangan kerana cinta, maruah diri tergadai. Wallahu'alam.
p/s : pesanan untuk diri sendiri juga (",)
6 comments:
cantik lah dik... huraian yang memang bernas dan kena pada tempatnya..
punya lah banyak2 jejaka Melayu yang ensem dan warak, nak yang si Hitam legam jugak gadis2 ni nak pilih ye... huhuhuhu...
huhuuu jauhkanlah diri dr mereka ni.. skrg kan dah byk kes... kang tak pasal2 jd keldai mereka lah..
bagus dylla ni, pandai jaga diri :-)
@Gen2Merah : kan..ramai lagi jejaka melayu yg boleh dipilih...abang pun ada..hoho :p
@IntaNBerliaN : insyaAllah, nak kata pandai sangat jaga diri ni pun tak la juga...tapi kena berhati2 la :)
wink wink ^_^
ERM.. qUEEN PUN ADA GAK AKAUN TAGGED.. SMP SKRG NI MMG ADA SAJA LA AWANG ITAM NI NAK MASUK LINE.. TP MMG DELETE JE TERUS.. :)
Post a Comment