Pages

Friday, 22 June 2012

Aktiviti Bermanfaat Hari Jumaat

Assalammualaikum W.B.T

Lambatnya aku buat entri hari ni. 1) Hari ni ada tazkirah mingguan. 2) Sibuk nak balas kujungan kawan-kawan blogger baru. 3) Ada Oath Taking Ceremony. Jadi, Aku nak cerita satu-persatu agenda hidup aku hari ni pada semua....hoho ^_^

Pagi tadi, tazkirah mingguan dikendalikan oleh department aku. Sampai je ofis pagi tadi, aku terus masuk pantry, siapkan air dan kuih-muih sambil dibantu oleh teman-teman sepejabat. Tajuk tazkirah kali ni ialah Bersangka baik (Husnuzon). Banyak sangat input yg aku dapat. InsyaAllah, aku akan buat satu entri khas berkaitan dengan topik ni.


sempat pula aku bergambar masa "ustazah" tengah bagi tazkirah ^_^

Habis je tazkirah, aku terus siapkan kerja yg terbengkalai semalam. Bos pun dah bising-bising tu, aku pun tak boleh nak lengah-lengahkan lagi. Duduk menghadap komputer ni, sambil buat kerja, sambil BW. Tak rugi aku join Segmen Ben Ashaari malam tadi. Best la dapat tambah kawan-kawan baru!!

Tengah buat kerja tu, tiba-tiba dapat panggilan untuk menyaksikan Oath Taking Ceremony atau dalam bahasa mudahnya, acara Angkat Sumpah pelajar-pelajar baru di universiti ni. Aku tak nak lepaskan peluang menyaksikan muka-muka pelajar baru yg bersemangat menyertai "keluarga" kami. Masuk je dalam theatrette tadi, aku terus sengih sorang-sorang. Suci murni betul muka budak-budak ni...huhu :p


aktiviti Angkat Sumpah (",)

Lepas je event tu tamat, kami semua dijamu dengan hidangan nasi beriani. Layan kan aje!! Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari (",)

Lunch hour di ofis je. Tak rasa nak merayap kemana-mana. Since perut pun dah kenyang. Sempat la menjengah ke rooftop tadi, Staff Lounge. Pertama kali naik ke atas tu. Rasa best juga. Bila-bila masa nanti, teringin nak breakfast kat situ. Tenang je. Hehehe...

Aku rasa lepas ni kena sambung BW lagi la. Macam tak habis lagi menjengah kawan-kawan baru tadi. Internet hari ni macam siput sikit la. Letih betul aku nak menunggu. Sampai rasa nak terlelap.


p/s : Cadbury Black Forest...anyone..??



Photobucket

20 comments:

Unknown said...

kwn2 lama jgn dilupakan ye dylla.. hehehehe selamat berBW

Atie Zieya said...

bestnya...byk aktiviti :)

IntaNBerliaN said...

ni yg syok bila dpt mkn free..

siap ns beriani lg.. hihii

maszull said...

assalamualaikum dylla...bestnya dpt makan free kan...:)

Dylla Abas said...

@QueeN TerataI : mana boleh lupa...takde yg lama takde juga la yg baru kan :)

Dylla Abas said...

@~MiZz Atie ZieYa~ : best...layan juga la (",)

Dylla Abas said...

@IntaNBerliaN : hihi...sedap tu ns beriai...actually benda free semua pun sedap kan ^_^

Dylla Abas said...

@maszull : w'salam mama, alhamdulillah..sejak keje sini rezeki tu murah sokmo...ada je event makan2 macam ni :)

3no gr33ny said...

seronok je bekerja kalo mcm ni =)

Nilam suhana said...

wah... bestnya... eh, actually sis keja kat mana??huhuhu

Zam said...

zAM DTG DR SEGMMEN BEN .. TP SAJE NK KOMEN SINI .. ThANKS AE UtK KOMEN KAT BLOG zAM :)) hARGAI SGT2 KOMeN TU :D

eh.. MINAT AMIK GAMBAR GAK KE NI? SAmE AH!

Ezad Skytech said...

kalau tiap2 minggu ada slot tazkirah tu pun ok kan...:D

> wahh..nasi beriani tu.rezeki2..hee~

P.S - boleh hilangkan tension dalam pawagam tgk cerita Mael Lambong ni...tak rasa pun 1 jam setengah dlm pawagam..tahu2 da habis je...hee~.

cik epal said...

best nyerr dapat makan sedap2.. free lak tuu.. :)

http://findmesunshine.blogspot.com/2012/06/kisah-cinta-teladan-dr-blogger-awesome.html

Dylla Abas said...

@3no gr33ny : alhamdulillah..memang seronok kerja dengan environment macam ni :)

Dylla Abas said...

@PeRmAtA bIrU : keje kat UniRazak la (",)

Dylla Abas said...

@Zamani : no problem..suka baca n suka komen...sy la tu ^_^

suka juga bergambar n menangkap gambar...tapi baru2 nak belajar :)

Dylla Abas said...

@Ezad Skytech : tazkirah ni patutnya memang ada setiap minggu...tapi kalau ada urusan kerja yg perlu disiapkan segera,tazkirah ni akan tertunda utk minggu seterusnya la :)

sila la layan Gila-Gila Remaja tu..memang best...release tension gak ^_^

Dylla Abas said...

@cik epal : alhamdulillah...benda free semua sedap..hee :p

aizamia3 said...

psstt: macam tu jugak time kita baru masuk kerja dulu kan.. suci je muka kita.. sekarang.. hahaha..

Dylla Abas said...

@aizamia3 : hehehe...kan..fresh je muka kalau baru2 masuk kerja :)