Assalammualaikum W.B.T
Aku kadang-kadang confuse sikit, kupu-kupu tu macam mana..? Rama-rama tu macam mana pula..? Mereka ni sebenarnya dari keluarga yg sama. Ada beberapa perbezaan fizikal yg kita tak berapa nak perasan sangat...
1) Sesungut rama-rama lebih berbulu, manakala sesungut kupu-kupu lebih langsing dan berfilamen.
2) Rama-rama akan merentangkan sayapnya ketika berehat, manakala kupu-kupu akan membiarkan sayapnya terlipat tegak di atas tubuhnya.
3) Kebiasaannya rama-rama aktif di malam hari dan akan tertarik pada cahaya lampu, manakala kupu-kupu pula lebih aktif di siang hari dan disebabkan itu ianya berwarna-warni.
Sang Rama-Rama |
Okay...faham dah perbezaan dua haiwan ni..? Dulu kat sekolah, kawan-kawan aku pernah cakap,"alah, senang je nak bezakan kupu-kupu dan rama-rama ni..yg cantik tu kupu-kupu, yg tak berapa cantik tu rama-rama..."
Sang Kupu-Kupu |
Bila aku buka ensiklopedia, baru la aku faham maksud sebenar kawan aku tu. Bukannya rama-rama tu tak cantik, tapi sifatnya yg aktif di waktu malam dan lebih tertarik kepada cahaya lampu yg menyebabkan warnanya kelihatan tidak menarik di waktu siang.
Dulu, masa aku masih di bangku sekolah rendah, aku suka tangkap kupu-kupu. Simpan dalam akuarium plastik kecil tu, lepas tu biarkan beberapa hari, dan bebaskan ia semula. Aku dah la tak tahu nak bagi kupu-kupu tu makan apa, kang aku simpan lama-lama nanti mati lak dia. Tapi, dulu kecik-kecik semua pun aku sebut rama-rama je. Tak keluar langsung istilah kupu-kupu tu. Bila dah besar, dah faham konsep, dah tahu nak bezakan, baru aku reti sebut kupu-kupu ^_^
Aku bukannya suka sangat kupu-kupu ni sebenarnya. Tapi, kecik-kecik dulu, menangkap kupu-kupu tu salah satu aktiviti riadah petang aku dan kawan-kawan. Kadang-kadang jemu juga main galah panjang, penggal selipar, lompat getah, konda-kondi etc. So, pergilah gatal tangan menangkap hidupan liar ni. Lama-lama jadi suka. Lepas tu, tengok corak dan warna kupu-kupu yg cantik-cantik belaka, membuatkan aku jatuh cinta pada mereka...hahahaha
Sekarang ni, apa-apa pun, mesti aku akan selitkan juga kupu-kupu atau rama-rama dalam hidup aku. Contohnya, kat blog buruk aku ni la. Kan ada banyak kupu-kupu tu (",)
p/s : sebenarnya lebih suka tangkap kupu-kupu tu sebab sayapnya yg tertutup dan menegak...!!
9 comments:
cantik depa tu, tapi takut nak pegang sebabnya nanti tangan cam berdebu.. orang kata tak elok pegang sbb ada bahan kimia (tak tau la betul ke x)
eh.....bru tau yg mana rama2 n kupu2...hehe..lau tak bca info ni..mmg smpai tua dok keliru...thks sebab sharing :)
hehe skrg baru tahu yg mn rama2 yg mn kupu2..thanks dila sharing kat sini :))
sy kecik2 dulu ada gak pegng.. tp dah besar ni xdalah... :-)
ahakz..samala..keliru gak..
p/s: hihi.nak ke resepi bubur? mudah sgt tu ..hihi..
lol, lain rupenya ye..hehe.. akak suke tgk, tp xbrani tangkap sbb ia mudah patah sayap..hehe
assalamualaikum dylla..menarik kalau ada banyak yang terbang sbb coloring sesangat...:)
Sy plak tak suke sangat rama2 & kupu2 sbb dr kecik lg ayah slalu ckp rama2 & kupu2 tu ade racun...just tgok dr jauh jer...tak brani nak tangkap...
kalau nk anggap rama2 dan kupu2 tu sama je pun bolehkan.. hehehehe
Post a Comment