Pages

Saturday, 9 June 2012

Jalilah n Khairol Wedding's Day

Assalammualaikum W.B.T

Dengan sekali lafaz saja, kak Ila dah sah bergelar isteri kepada abg khairol. Berseri-seri muka kedua-dua pengantin hari ni. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Cuaca pun okay je. Tak panas, tak hujan. 

Aku tiba di rumah kak Ila tepat jam 9.40am. Dia waktu tu sedang disiapkan untuk majlis akad nikah. Tersenyum lebar dia menyambut kedatangan aku. Dan aku jadi agak kekok bila terpaksa bergaul dengan kawan-kawan kak Ila. Yelah, diorang semua dah sangat dewasa. Aku ni baru je nak belajar jadi orang dewasa...hahaha (",)

Apapun, tahniah diucapkan kepada kak Ila dan abg Khairol. Penantian selama berpuluh-puluh tahun akhirnya direstui-Nya. Majlis berlangsung dengan sangat meriah. Ramai juga tetamu yg hadir. Kawan-kawan sepejabat pun ramai juga yg menghadirkan diri.

Aku tinggalkan majlis selepas terasa diri tidak diperlukan lagi...huhu, sadis bunyinya! Bukanlah, aku balik tadi hampir jam 3 petang. Lama rasanya aku berada di situ. Esok pagi nak datang lagi. Esok aku jadi pengapit untuk majlis di sebelah lelaki. Harap-harap aku tak over-shadow pengantin. Hahahahaha....perasan lebih (",)




p/s : kepada kak Ila - jadilah isteri dan bakal ibu yg solehah
kepada abg Khairol - jadilah suami dan imam yg terbaik untuk isteri dan bakal anak-anak nanti
"semoga kekal bahagia hingga ke syurga"






5 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum...Selamat Pengantin Baru~~Semoga Bahagia hingga ke anak cucu..tq

maszull said...

assalamualaikum Dylla...tahniah pada pasangan pengantin baru yer..:)

obat herbal ace maxs said...

smga bahagia :)


mampir yah :)

IntaNBerliaN said...

selamat pengantin baru utk mempelai :-)

Unknown said...

selamat pengantin baru kpd psangan.. err.. dylla? hehehehe