Pages

Friday, 8 June 2012

Muka Serius itu Sombong dan Garang

Assalammualaikum W.B.T

Selalu tak nampak di mana-mana orang yg bermuka serius...? Atau kita sendiri yg memiliki wajah yg serius...? Bila kita bermuka serius, terus saja dianggap sombong atau garang oleh orang-orang yg memandang. Tapi, betul ke orang yg bermuka serius ni sombong dan garang...??

Kalau tanya aku, maka TIDAK la jawapannya. Bukan semestinya yg bermuka serius itu tidak peramah. Bukan semestinya pula yg bermuka serius itu suka menyinga. Mungkin raut wajah dia memang menampakkan dia seorang yg serius. Padahal, dia tidaklah seperti yg disangkakan. Kalau nak tahu orang yg muka serius ni sombong atau tidak, garang atau sebaliknya, kenalah berkawan dengan mereka dulu, kan?

Tapi, bagi diri aku sendiri, yg memang bermuka serius ni, aku tak sombong **statement berani mati okay!!** Cuma sering disalah anggap sebagai orang yg sombong. Tapi kan, aku adalah sikit sifat garang tu....hahaha. Mestilah kena garang, aku kan kakak. Kena jaga adik-adik. Kalau tak garang, nanti adik-adik pijak kepala. Eh, macam tu ke..? Tak la, maksud garang bagi aku tu ialah tegas dalam menasihati dan menjaga adik-adik. Lagi satu, aku kadang-kadang suka juga bila ada sifat garang ni. Takde la kena buli dengan orang lain (",)

Kesimpulannya, janganlah menilai orang orang sebelum kita kenali diri mereka. Bak kata pepatah omputih, "Don't Judge A Book By Its Cover". Luaran tak semestinya menggambarkan apa yg ada di dalam. Wallahu'alam.


p/s : dah lali dengan gelaran sombong dan garang ni...manusia memang tak akan lari dari suka menilai sesuatu sebelum mengetahui kebenarannya






3 comments:

Ce'gu JAERA said...

ya memang betull.. tak usah gambarkan seseorang dari luaran. sebab dalam hati nya kita tak tahu kan...

Tapi kan bagus kalau seseorang itu perbaiki dulu luarannya.. dah tau banyak org cakap muka dia serius, sentiasa lah buat2 muka tersenyum sepanjang masa..

jangan malu nak bertegur sapa. so kita pun akan jadi senang hati jadinya.. hehehhe..

senyum itu menggambarkan sifat luaran yang terpuji... (",)

Unknown said...

sbb itulah dalam Islam menyarankan kita untuk sentiasa bermanis muka dengan org.. senyuman jgn tinggal krn senyum itu adalah sedekah yg paling murahkan.. bkn sush sgt nk bermanis muka ni.. bkn sush juga nk senyum knp Islam suruh kita senyum dan bermanis muka? spy org lain tidak berprasangka dgn kita, spy tidak timbulnya fitnah mengatakan kita ni sombong dsbgnya... betul tak?

maszull said...

assalamualaikum Dylla...memang betul la muka nampak sombong x bermakna orgnya pun sombongkan...

anak mama pun selalu digelar sombong n garang dulu semasa dia belajar tapi bila kekawan dah mengenali diri dia yg sebenarnya rupa2nya sebaliknya...

oleh itu x baik la kita menilai org dr luaran jer kan...