Assalammualaikum W.B.T
Tanggungjawab itu amat besar definisinya. Bagi aku, tanggungjawab ialah sesuatu yg perlu kita tunaikan dengan memberi sepenuh komitmen terhadapnya. Tanggungjawab itu juga terlalu banyak kategorinya. Antaranya ialah :
Tanggungjawab sebagai ANAK
Tanggungjawab sebagai IBUBAPA
Tanggungjawab sebagai PELAJAR
Tanggungjawab sebagai KAWAN
Tanggungjawab sebagai PEKERJA
Tanggungjawab sebagai MAJIKAN
Tanggungjawab sebagai RAKYAT
Tanggungjawab sebagai PEMERINTAH
Dan tanggungjawab terbesar dalam hidup kita semua sebagai umat Islam adalah :
TANGGUNGJAWAB terhadap YANG MAHA ESA.
Senarai di atas adalah tanggungjawab asas yg kebanyakan kita akan lalui. Bermula dari tanggungjawab sebagai seorang anak hinggalah kepada tanggungjawab sebagai seorang pemerintah. Setiap kategori ini ada cara untuk menunaikannya. Kita tidak boleh memandang ringan akan tanggungjawab yg telah diamanahkan kepada kita.
Kita perlu tahu untuk membezakan cara bagi menunaikan setiap tanggungjawab yg telah diamanahkan. Sebagai anak, kita perlulah menghormati dan menjaga kedua orang tua kita dengan sempurna. Sebagai ibubapa, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak hidup dengan lengkap dan sempurna. Sebagai pekerja, menyiapkan setiap tugasan yg diberi, menjaga attendance dan menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan sekerja, menjadi tanggungjawab utama kita. Dan begitulah seterusnya.
Setiap peringkat hidup kita ada tanggungjawab yg perlu digalas. Manusia telah diciptakan dengan sesempurna kejadian. Menjadi tanggungjawab utama kita untuk kekal sempurna, bukan sekadar fizikal, malah akhlak dan peribadi juga biarlah sempurna.
Menjadi seseorang yg tidak bertanggungjawab akan membuatkan diri disisih. Jauhilah sikap sebegini kerana tanggungjawab itulah yg akan menjadikan diri kita ini baik atau sebaliknya.
Wallahu'alam.
p/s : ada tanggungjawab yg perlu dilaksanakan...continue later ^_^
6 comments:
tp ramai juga yg abaikan tanggungjawab semua tu kan?
tanggungjawab mmg besar tp xsemua yg mampu bertanggungjawab
kita semua ade tanggungjawab masing2 :))
a'aa betoi.. tanggungjawab kita dengan DIA adlh yg plg besar...
manusia yang tak bertanggungjawab adalah ategori pengecut...
betul2..agak menyakitkan hati la kalo jmpe org yg nak lepas tgn je tau
Post a Comment