Assalammualaikum W.B.T
Topik ilmiah sikit ye hari ni. Aku baru je terbaca satu artikel tentang perkara dosa ni. Dan teringin pula rasanya nak share dengan kawan-kawan semua.
Pada satu hari, ada seorang ulama' duduk di sebuah kedai makan berhadapan dengan sebuah restoran yg sangat mewah. Dia didatangi seorang kafir yg lantas menegurnya,
Si Kafir : Boleh saya tanya kamu satu soalan..?
Ulama' : Silakan...
Si Kafir : Tidak pernahkah kamu terfikir untuk membuat dosa...?
Ulama' : Siapa yg tidak mahu membuat dosa? Siapa yg tidak mahu hidup mewah dengan duit rasuah? Siapa yg tidak mahu bergembira dengan perempuan dan arak di sekeliling? Semua orang pun mahu...begitu juga saya...
Si Kafir : Jadi, mengapakah kamu tidak membuat dosa...?
Ulama' : Cuba kamu lihat restoran itu. Makanan yg dijual semuanya mahal-mahal belaka. Dosa ini umpama makan di restoran yg mewah begitu. Semua orang teringin hendak merasa makanan yg mahal dan lazat dari restoran itu. Tapi, bukan semua mampu untuk membayarnya. Begitu juga dengan dosa. Semua orang boleh membuat dosa. Tapi, apakah kita mampu untuk membayarnya di sana nanti?
Si kafir itu terdiam dan berfikir sedalam-dalamnya maksud yg ingin disampaikan oleh ulama' tersebut. Walaupun perumpamaannya dikaitkan dengan restoran mewah, tetapi akhirnya si kafir faham bahawa dosa itu perlu dijauhi oleh setiap umat Islam.
p/s : kalau si kafir tu pun boleh faham, dah tentu kita yg dilahirkan Islam lebih faham lagi kan (",)
15 comments:
kita ummat islam ni bkn x faham dan tak tahu dylla.. tp semuanya krn nafsu, syaitan bertenggek tenggek atas kepala sbb nipisnya iman.. maka hanyutlah semuanya.. lupalah segala dosa dan pahala.. yg berdosa tulah yg selalu nak dibuat.
bagus sagt2 untuk kita ambil jadikan tauladan dlm hidup tq
yg ditegah lg org suke buat..
yg haram tu selalu org suka..nice entry dyla..thanks sharing kat sini boleh juga dijadikan teladan :)
suka dgn entry ni..
thanks ats peringatn ni.. :-)
mmm entry ni best.. maksud tersirat... :)
@QueeN TerataI : melawan nafsu tu merupakan jihad terbesar dlm hidup kita kan..siapa yg mampu berjihad...dia la yg akan menang di sana nanti...wallahu'alam
@Kesuma Angsana : sharing is caring :)
@MizzTina : hmm..betul!
@Wanieys ; my pleasure ^_^
@IntaNBerliaN : ingat-mengingati sesama kita ye :)
@eintan nurfuzie : kan..sebab tu lepas baca je terus rasa nak share :)
pandai buat pandai tanggung memang tidak boleh digunakan dalam bab dosa dek tanggungan di akhirat dan neraka kelak sungguh perit bahananya...
jom menyokong sahabat =)
http://3nogr33ny.blogspot.com/2012/06/segmen-dari-jiakreatifelt-header-dulu.html
peh perbandingan yg sgt baik.. yela smpi bila pun x kn mampu byr balik. mcm mkn free dan x byr. malu kan :(
Post a Comment