Pages

Friday, 30 December 2011

Pengisian Jumaat (2)

Bismillahirrahmanirrahim

Firman Allah S.W.T :

Barangsiapa yang menentang Rasulullah setelah jelas kebenaran baginya,
dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang mukmin,
Kami biarkan dia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu,
dan Kami masukkan dia ke dalam neraka Jahanam,
dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali
(Surah An-Nisa : ayat 115)

Kepala Kusut Menaiki Tren KTM

Assalammualaikum W.B.T

Selamat pagi semua. Awal pula aku tulis entri hari ni. Tapi, takpela..sebab kejap lagi nak fokus pada kerja ** ye ke..??? Banyak kerja la kawan-kawan. Dah la hari ni aku tinggal seorang kat ofis. Semua pakat cuti beramai-ramai. Sampai hati diorang tinggalkan aku keseorangan macam ni..sob..sob =(

Dah..dah..ngada-ngada lebih plak! Okay..sambung balik cerita. Nak cerita pasal tren komuter (KTM). Semalam aku datang kerja dari Bukit Beruntung ---> KL...jauh juga ek. Tapi, tak kisah. Bukan nak cerita pasal perjalanan yg jauh tu. Nak cerita pasal tren yg aku naik semalam.

Aku naik tren pukul 6pm la lebih kurang. Punyalah ramai manusia kat stesen tu! Aku pun sempatla menyelitkan diri kat celahan manusia di bahagian menunggu koc wanita. Sampai situ, okay lagi. Aku pun layan perasaan sendiri jelah. Bila tren sampai je...yg sopan pun bertukar jadi ganas...haa, amekaw! Aku terpinga-pinga kejap. Dah lama tak naik tren KTM ni. Jadi, agak blur sekejap dengan situasi tu.

Tapi, aku berjaya juga la meloloskan diri ke dalam tren. Kat stesen KL Sentral tu je koc dah penuh gile. Bak kata orang tua-tua, "macam ikan sardin" Macam tu la keadaan kami kat dalam tren tu. Tak kisah, asalkan aku boleh bernafas dengan jayanya..tu dah cukup baik.

Sampai je kat stesen Kuala Lumpur, punyala ramai yg dah menanti. Diorang ni memang main sumbat je. Tak fikir dah yg tren tu penuh ke apa ke. Yg best nya, ada 3 orang ni...2 Melayu dan 1 India. Bertolak-tolak nak masuk dalam tren. Aku memang dah tersepit gile dah. Tak boleh nak gerak-gerak lagi. Mata je boleh gerak-gerak kiri dan kanan. Kat situ takpe lagi. Bila samapi je stesen Bank Negara, ada pula yg nak keluar. Tapi, tak sempat orang nak keluar, yg si India tu tiba terjatuh! Semua orang pandang la. Biasa la tu..rakyat Malaysia kan prihatin (",)

Dia bangun je terus jerit, "Siapa tolak saya??? B***h, b**i, s**l...! Tak pernah naik tren ke mahu tolak-tolak..??" Erkk...aku kembali blur. Aku rasa takde siapa yg tolak dia. Dia terjatuh sebaik saja pintu tren terbuka. Dah dia bersandar kat pintu. Tren penuh macam ikan sardin. So, possibility untuk jatuh macam tu memang tinggi la kan. Yg 2 orang Melayu tu pun sama naik juga. Tiba-tiba jadi geng dengan si India tu. Memaki hamun orang-orang kat dalam tren. Hmm...entah la. Hahaha...tak pasal-pasal aku dan yg lain-lain terpaksa dengar kesopanan mulut diorang tu.

Ada seorang gurl berdiri depan aku tu asyik geleng kepala je. Sempat dia beritahu yg itulah pertama kali dia menaiki tren KTM. Dia sangat-sangat terkejut dengan keadaan tu. Aku angguk je. Walaupun aku dah pernah naik tren KTM sebelum ni, tapi ini la pengalaman pertama aku berhadapan dengan situasi yg agak tak sopan macam ni. Nasib baik koc wanita. Kalau kat tempat koc yg bercampur-campur tu, macam mana la pula agaknya ye..?

p/s : sengaja **** beberapa perkataan kat atas...aku tahu korang faham maksudnya...

Thursday, 29 December 2011

Kerana Takdir - Bab 11


“Reza tak boleh buat keputusan macam ni. Mama dan papa dah setuju!” bentak Suhana. Dia masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa Reza tidak mahu menerima dirinya sebagai isteri.
            “Selama ni Reza anggap kakak macam kakak Reza sendiri. Macam mana Reza nak kahwin dengan kakak..?” balas Reza, tidak mahu mengalah. Dia semakin hairan dengan sikap Suhana. Bagaimanalah gadis itu boleh menyimpan perasaan terhadapnya?
            “Tapi Ana bukan kakak kandung Reza. Tak jadi masalah kalau kita nak kahwin, kan..?”
            “Ya Allah, bawa mengucap kakak! Kalau kakak teringin sangat nak berumahtangga, kakak carilah lelaki yang lebih layak. Reza bukan lelaki yang sesuai untuk kakak. Dan Reza tak akan mengahwini kakak!”
            Suhana menghempas pintu bilik Reza. Dia bergegas keluar dari bilik lelaki itu dengan harapan mahu bertemu dengan mama dan papa mereka. Lelaki yang selama ini menjadi idaman telah mengecewakan dirinya. Suhana masih tetap berdegil mahu mengahwini lelaki itu. Hanya dengan ikatan perkahwinan saja yang akan membuatkan Reza terus dekat dengan dirinya. Tidak sanggup melepaskan lelaki itu ke pangkuan perempuan lain.
            “Kenapa ni, Ana? Masam je muka…” tegur Dato’ Hasrul ketika terlihat wajah Suhana yang agak muram itu.
            “Reza tu menyakitkan hati Ana!” Suhana terus mengadu.
            Aduan Suhana itu menarik perhatian Dato’ Hasrul. Dia memanggil anak gadisnya itu duduk di hadapannya. Suhana terus saja duduk tanpa sebarang bantahan. Dia mula menyusun ayat untuk diberitahu kepada Dato’ Hasrul tentang keputusan Reza.
            “Ana nak cepatkan majlis kahwin ni, papa! Tak boleh tunggu lama-lama. Nanti Reza buat hal pula..”
            “Papa tak nak buat sesuatu dengan tergesa-gesa. Papa dan mama akan cuba untuk pujuk Reza supaya dia bersetuju dengan perkahwinan ni,” lembut Dato’ Hasrul bersuara, menenangkan hati panas Suhana.
            “Tapi Reza dah buat keputusan. Dia tetap tak mahu memperisterikan Ana,” Suhana memberitahu Dato’ Hasrul mengenai keputusan Reza itu.
            “Reza dah anggap Ana macam kakak dia dari kecil lagi. Tentulah susah untuk dia terima Ana. Ana kena bagi dia masa. Ambillah hatinya. Jangan asyik nak berkeras je,” pujuk Dato’ Hasrul. Ketika Suhana memberitahu tentang perasaannya terhadap Reza, dialah lelaki yang paling gembira sekali dengan berita tersebut. Hasratnya untuk menguatkan lagi ikatan kekeluargaan dengan Reza semakin menjadi nyata. Dia terus saja bersetuju dengan permintaan Suhana yang mahu mengahwini Reza.
            “Tapi, Ana tak nak jadi kakak Reza!”
            “Ana tetap akan berkahwin dengan Reza, walau apa pun keputusan dia. Reza tak akan berani menentang keputusan papa. Ana bersabar ye, sayang...” pujuk Dato’ Hasrul lagi. Suhana kembali tenang. Dia mulai tersenyum mendengar kata-kata Dato’ Hasrul yang berupa jaminan itu.
            Suhana kemudian meminta diri untuk kembali ke dalam biliknya. Dato’ Hasrul tidak membantah. Dia mengeluh sebaik saja langkah Suhana jauh meninggalkannya. Impiannya selama ini untuk memiliki anak kandung lelaki tidak pernah tertunai. Dia yang disahkan mandul oleh doktor merasa begitu kecewa. Segala hasil penat lelahnya selama ini tiada siapa yang akan mewarisinya.
            Namun, dia bersyukur kerana isterinya sentiasa berada di sisi. Tidak pernah walau sekalipun, Datin Noraini melahirkan hasrat untuk bercerai kerana ingin memiliki zuriatnya sendiri. Malah, wanita itu juga yang mencadangkan agar mereka mengambil anak angkat bagi melengkapi kehidupan mereka berdua.
            Kehadiran Reza di dalam keluarga itu benar-benar menceriakannya. Tambahan pula, Reza merupakan anak yang amat berbudi bahasa dan tahu menghormati orang lain. Bukan tidak pernah Dato’ Hasrul melihat Reza membantu orang gaji di rumah mereka melakukan kerja-kerja rumah. Dia pernah menegur sikap Reza. Namun, anak angkatnya itu tidak mahu mengikut katanya.
            Dato’ Hasrul juga tahu akan persahabatan Reza dengan teman-teman di sekolah mahupun di kolej. Reza tidak berkawan dengan anak-anak orang kenamaan. Reza lebih selesa berkawan dengan mereka yang bertaraf biasa dan sederhana. Walaupun Dato’ Hasrul merasakan sikap Reza itu sebagai langkah yang tidak baik untuk terus kekal menjaga nama baiknya sebagai seseorang yang berstatus penting dalam masyarakat, namun dia tidak boleh berkeras dengan Reza. Dia tidak mahu Reza lari meninggalkan mereka jika dia terlalu berkeras. Walaupun dia tahu Reza tidak akan membantah setiap arahannya, namun dia bimbang jika Reza memberontak di dalam diam.
            Kali ini, Dato’ Hasrul akan pastikan Reza mesti menurut perintahnya. Reza mesti menikahi Suhana, tanpa ada satu alasan untuk menolaknya. Hanya itu saja caranya untuk dia pastikan Reza kekal menjadi anaknya.
            Perlahan-lahan Dato’ Hasrul meraup wajah tuanya. Betapa sayangnya dia terhadap Reza, sehinggakan dia tidak sanggup kehilangan anak itu. Dia tahu dia tidak silap memilih Reza sebagai anak angkatnya, 10 tahun yang lalu.
                                                            *         *          *
            “Kau cubalah berbincang dengan orang tua kau. Mungkin mereka akan faham. Hal kahwin macam ni mana boleh dipaksa,” tenang Idham memberikan pendapatnya.
            “Susah sikitlah nak bincang dengan papa dan mama. Diorang macam suka je kalau aku kahwin dengan kak Ana tu!”
            “Ataupun, kau beritahu je yang kau dah ada pilihan lain. Apa susah..?” Idham sekali lagi memberikan pendapat yang berbeza.
            “Masalahnya aku memang takde pilihan lain. Lagipun, aku tak pandai menipulah, Id…”
            Idham memandang wajah Reza. Memang temannya itu tidak pandai menipu. Ketika mereka kecil dahulu, Reza merupakan antara teman-teman yang sering dibuli kerana kelurusan sikap yang dimilikinya.
            “Eh, Sarah kan ada?” tiba-tiba Idham bersuara, mengejutkan Reza. Kedua-dua mereka saling berpandangan.
            “Kau ni tak habis-habis dengan Sarah. Aku dengan dia tak pernah ada apa-apalah! Mungkin Sarah pun dah ada boyfriend,” balas Reza tersipu-sipu. Dia tidak menfikan bahawa Sarah memang teman rapatnya. Malah, mereka berdua sering menghabiskan masa bersama-sama ketika di Rumah Bakti dahulu. Namun, dia sendiri sukar untuk mentafsirkan hubungan itu atas dasar teman atau sebaliknya.
            “Alah, korang sama-sama ada hati, kan..? Cuma malu nak mengaku je. Apa kata kau mulakan dulu. Gentleman la sikit, kawan!” ujar Idham sambil tersengih-sengih.
            “Ish, mengarutlah kau ni, Id! Tak mungkinlah Sarah tu suka kat aku. Dia anggap aku macam kawan dia je..”
            “Takpe…kalau kau malu nak mengaku dengan Sarah, biar aku tolong beritahu dia bagi pihak kau, macam mana..?” Idham semakin bersemangat dengan ideanya itu.
            Reza sekadar menggelengkan kepala. Masak benar dengan sikap Idham yang suka mengusiknya. Dalam fikirannya sudah terbayangkan wajah Sarah. Namun, tiba-tiba dia berubah fikiran. Ada sesuatu dalam benaknya yang mengganggu sejak pertemuan mereka semalam.
            “Aku ada agenda lain, Id. Kau jangan cakap apa-apa dengan Sarah. Biarlah dia kekal menjadi teman rapat aku. Tapi, untuk mengambilnya sebagai isteri, itu perkara yang agak mustahil buat masa ni,” tingkah Reza tiba-tiba.
            “Agenda apa yang kau maksudkan..?” tanya Idham ingin tahu.
            Reza hanya tersenyum. Dia tiba-tiba terasa malu untuk berterus-terang dengan Idham tentang agendanya. Yang pasti, ia bukan melibatkan Sarah.
            Okay. Bila kau dah bersedia nak cerita, kau cari je aku. Tapi, pasal Sarah tu…kalau kau nak aku tolong cakapkan bagi pihak kau pun, aku boleh tolong,” ujar Idham. Turut tersenyum melihat Reza yang hanya mengangkat keningnya, sebagai tanda dia faham dengan kata-kata itu.
            Idham kembali bercerita seperti biasa. Banyak perkara yang mereka bualkan setelah 10 tahun tidak bertemu. Idham yang bercita-cita besar untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya seperti ayah angkatnya, turut bercerita tentang hasrat untuk menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.
            Reza sekadar memasang telinga, mendengar impian teman baiknya itu. Banyak perkara sedang bermain di mindanya. Alangkah bagusnya jika dia tidak punya kakak angkat, atau mungkin lebih baik jika dia tidak diambil sebagai anak angkat kepada pasangan Dato’ Hasrul dan Datin Noraini. Hampir saja dia mengeluh jika tidak memikirkan Idham yang kini berada di hadapannya.
            “Tadi, Sarah ada beritahu aku tentang hal Azlyn,” Idham menukar topik perbualan setelah melihat wajah Reza yang kelihatan tidak bermaya itu.
            “Kenapa dengan Azlyn?” pantas Reza bertanya.
            “Sarah dan Kimi nak selidik tentang hal adik bongsu kita tu. Diorang risau sangat dengan keadaan dia. Aku rasa awal pagi tadi Sarah dan Kimi dah ke rumah Lyn,” beritahu Idham. Dia menyedut minumannya sambil memikirkan tentang sebarang hal yang mungkin akan didedahkan oleh Sarah mahupun Hakimi nanti.
            “Kenapa diorang tak ajak kita sekali..?”
            Idham mengangkat bahu. Dia sendiri mengetahui akan perkara itu awal pagi tadi. Itupun hanya kerana dia menelefon Sarah untuk mengajak gadis itu keluar bertemu Reza. Setelah diberitahu bahawa mereka berdua ingin ke rumah Azlyn, Idham terus mendesak untuk tahu perkara sebenarnya. Namun, Sarah hanya boleh berjanji untuk memberitahunya selepas dia kembali dari rumah Azlyn.
            “Kau rasa besar sangat ke masalah Lyn tu..?” tanya Reza lagi.
            “Hmm..Lyn yang kita kenal bukan jenis menipu, kan? Jadi, aku percaya dengan setiap apa yang keluar dari mulut dia. Dia tak akan mereka cerita untuk meraih simpati kita,” jawab Idham penuh yakin.
            “Apa kata kita call Sarah..?”
            “Nak buat apa..?” Idham bertanya balas.
            “Nak tahu apa yang diorang buat kat rumah Lyn. Boleh ajak Sarah dan Kimi lepak sekali dengan kita.”
            Idham bersetuju. Dia segera mendail nombor telefon bimbit Sarah. Buat seketika, panggilannya tidak dijawab. Idham terus mencuba lagi. Sambil membuat muka yang tidak berpuas hati kerana panggilannya tidak dijawab, Idham terus menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam poket seluar.
            “Biar aku cuba pula…” kata Reza sambil mendail nombor telefon Sarah. Namun, belum sempat dia mendengar deringan pertama, telefon bimbit Idham pula yang berbunyi. Panggilan dari Sarah itu membuatkan Idham kembali tersenyum. Dia menunjukkan nama Sarah yang terpamer pada skrin telefon bimbitnya kepada Reza.
            Perbualan antara Idham dan Sarah kedengaran agak tergesa-gesa. Idham hanya mengiakan saja apa jua yang diberitahu oleh Sarah. Reza yang terasa ingin menyampuk segera disabarkan oleh Idham.
            “Nanti Sarah dan Kimi nak datang sini. Kita tunggu diorang kejap,” beritahu Idham sebaik saja dia memutuskan talian telefon.
            “Ada masalah ke..?”
            Idham sekadar mengangguk. Kata-kata Sarah tentang kehidupan Azlyn masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia berkira-kira sama ada mahu memberitahu kepada Reza terlebih dahulu sebelum tibanya dua lagi sahabat mereka. Namun, dia juga berfikir adalah lebih baik jika Sarah dan Hakimi sendiri yang memberitahu tentang perihal Azlyn itu. Mereka berdua boleh menceritakan dengan lebih jelas jika Reza ingin bertanya apa-apa.
            Reza juga nampaknya berfikiran sama seperti Idham. Dia mahu bertanya kepada lelaki itu tentang apa yang telah diberitahu oleh Sarah. Namun, dalam masa yang sama dia juga ingin mendengar sendiri dari mulut Sarah dan Hakimi tentang apa jua hal yang telah menimpa diri Azlyn.
            Pelbagai andaian dibuat sehinggalah akhirnya Idham dan Reza berbincang tentang perihal teman mereka itu. Menanti kedatangan Sarah dan Hakimi membuatkan mereka terasa masa begitu perlahan berlalu.
            “Assalammualaikum…”
            Serentak Reza dan Idham menoleh ke arah suara yang memberi salam itu. Sambil masing-masing menjawab salam, mereka bersalaman sesama sendiri.
            “Lama tunggu..?” tanya Sarah. Mukanya agak kemerahan menahan cuaca yang panas terik.
            “Takdelah lama sangat. Korang dari rumah Lyn terus ke sini ke..?” balas Idham, lalu terus bertanyakan soalan kepada Sarah dan Hakimi.
            “Aku ingat tadi nak terus ke tempat kerja Lyn. Tapi, Sarah dapat call dari kau pula. Tu yang datang sini dulu,” jawab Hakimi. Dia tercari-cari pelayan kedai makan tersebut untuk membuat pesanan.
            “Ceritalah pada kami apa yang korang buat kat rumah Lyn tadi,” desak Reza tidak sabar. Dia memandang wajah Sarah dan Hakimi silih berganti dengan penuh harapan.
            Hakimi menarik nafas, dalam. Dia memandang Sarah, jelas gadis itu juga menanti untuk berbual lebih lanjut tentang teman mereka, Azlyn. Pertemuan dengan abang angkat Azlyn sebentar tadi benar-benar mengganggu jiwanya. Hakimi menukar perasaan tenangnya kepada satu keluhan yang panjang.

Seminar tentang pengurusan fail

Hmm..kerja dah bertahun-tahun..tapi masih dihantar ke seminar tentang teknik pengurusan fail yg lebih efisyen. Adesss...masa mula-mula dapat email tu, aku terus rasa satu macam. Kenapa aku..?? Memang tension. Tapi, apakan daya. Bos sendiri yang bagi nama aku. Jadi, nak tak nak kena la pergi juga.

Fisrt day training - superb!! Perasaan tension tu dah bertukar menjadi teruja. Satu disebabkan oleh penyampai yg sangat berpengalaman dalam bidang ni. Satu lagi disebabkan oleh kawan-kawan yg turut serta dalam seminar ni. Sporting

Rupa-rupanya banyak ilmu yg aku dapat daripada seminar ni. Banyak benda remeh yg aku tak aplikasikan dalam kerja-kerja seharian aku di pejabat. Walaupun remeh, tapi setiap benda atau proses dalam pemfailan dan merekod tu memang sangat penting ye kawan-kawan.

Okay la. Aku pun tak nak cerita banyak-banyak tentang seminar ni. Nanti korang bosan pula nak baca. Sebab sebenar aku tulis entri ni ialah nak masukkan gambar. Takde kaitan!! Hehe..

Rupabentuk meja aku di tempat seminar tu
Bergambar sebelum 'acara' bermula (",)
Aku dan kak Erna
Take Five!!
Antara acara yg paling disukai..makan-makan!!

p/s : takde idea nak buat entri la..








Monday, 26 December 2011

Aku Mencari

Aku mencari lelaki yg boleh menjadi imam untuk solatku
Bukan sekadar lelaki yg boleh menjadi suami

Aku mencari lelaki yg boleh menjagaku saat susah dan senangku
Bukan sekadar lelaki yg boleh menjadi suami

Aku mencari lelaki yg boleh menerima diriku seadanya
Bukan sekadar lelaki yg boleh menjadi suami

Aku mencari lelaki yg boleh membimbingku untuk ilmu dunia dan akhirat
Bukan sekadar lelaki yg boleh menjadi suami

Wahai lelaki...di manakah anda..??


p/s : versi jiwang berkarat-karat...sang bf..agak2 kau termasuk ke dalam kategori lelaki yg aku cari ni..?? Demand itu perlu untuk menjamin masa depan yg lebih baik..huhu (",)




Friday, 23 December 2011

Perempuan Lasak..Salah Ke..??

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Dah hari Jumaat pun. Cepat betul minggu ni berlalu. Esok dah kembali bercuti. Tak sabar nak balik kampung jumpa mak dan ayah (",)

Hmm..kenapa aku pilih tajuk entri macam ni..? Ada kaitan ke dengan hidup aku..? Eh, mestilah ada. Kalau takde...aku tak cerita..hehe

Perempuan lasak. Aku mengaku diri aku ni boleh dimasukkan dalam kategori lasak. Tapi, lasak tu bukanlah ganas. Sebab aku tak rasa diri aku ni ganas. Cuma lasak dari segi tak boleh duduk diam, aktif dan cergas. Wahh gitu!!

Tapi, salah ke jadi perempuan lasak..?? Aku sendiri dibesarkan dalam keluarga yg punya bilangan adik-beradik lelaki yg ramai. Sehinggalah usia aku mencecah 11 tahun, hanya aku seorang saja anak perempuan di dalam keluarga. Selepas itu, baru la adik bongsu perempuan aku dilahirkan. Jadi, bayangkan 11 tahun membesar dengan abang dan adik-adik lelaki..? Mungkin ada yg lebih hebat dari itu. Mesti ada ramai yg punya pengalaman lebih menarik lagi, kan..?

Jadi, berbalik kepada diri aku sendiri, dibesarkan di kalangan adik-beradik lelaki bukanlah sesuatu perkara yg asing. Mak dan ayah aku tidak pernah pula 'menjadikan' aku ni sebagai anak lelaki. Dari segi pemakaian, layanan dan sebagainya, aku tetap dilayan seperti anak perempuan ** adess..memanglah kau ni perempuan Dylla!

TAPI...hoho..ada tapi pula!! Aku dulu suka menyibuk ikut abang aku pergi bermain dengan kawan-kawan dia. Abang main bola sepak, aku main bola sepak. Abang main rounders, aku pun main rounders juga. Semua lelaki. Dan hanya aku seorang jelah yg pakai skirt, kena buli dengan kawan-kawan abang..ciss! Tapi, tulah...aku bukan tak nak bermain dengan kawan-kawan perempuan. Tapi, aku rasa lebih selamat pergi bermain bila abang aku ada. Adik abang rupanya aku ni..hahaha

Apapun, alhamdulillah...aku masih kekal dengan ciri-ciri keperempuanan walaupun lasak. Banyak komplen yg aku dengar tentang diri aku yg lasak ni. Ramainya yg suruh aku berubah jadi lebih sopan dan santun. Aduhai, untuk pengetahuan semua, perempuan lasak ni bukan seorang yg tidak sopan. Perempuan lasak ni ada kelebihannya. Kebanyakan perempuan yg lasak ni pandai menjaga diri. Oh, tapi bukanlah nak kata perempuan yg lemah-lembut tu tak pandai jaga diri pula. Cuma, caranya yg agak berbeza (",)

Jadi, tak payah la komplen-komplen sangat ye. Bukan senang nak ubah diri dari lasak menjadi lemah-lembut. Bagi aku sendiri, perkara itu agak sukar memandangkan sifat lasak ni dah sebati dalam diri.


p/s : lasak tapi dalam hati ada taman..kuang...kuang...kuang :)

Pengisian Jumaat (1)

Assalammualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim

Anas meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W bahawa baginda bersabda :
"Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman - seseorang yg mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, seseorang yg mencintai seseorang yg lain hanya kerana Allah dan seseorang yg tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka"




Thursday, 22 December 2011

Gathering at Naili's Place

My 1st gathering since became ex-MJC..!! 7 of us met at Naili's Place, Sentul around 9.30pm. Sorry to say, but my 1st impression when I saw the Naili's Place entrance - "Oh, my! Why my friend told me Naili's Place has a nice views..?? Does she trying to make fun of me..??"

Well, I was quickly assess things without knowing the truth in advance. My impression turned to - "Wow, such a nice place!" after a few steps into the restaurant. So gentlemen, please don't judge a book by its cover, okay!! Hoho (",)

The menu's not bad. I, myself tried the Naili's Special Fried Rice. Talk about the presentation, yes, it's very impressive. But, I gave 3 star for the taste. Actually, I don't prefer to eat 'nasi goreng' at that kind of places, so the selection of the menu may not be done from the earlier. Just because I felt so hungry, so without any hesitation, I just chose the menu. Well, maybe I should try another menu next time (",)

As you eat in places like Secret Recipe, the price is also quite affordable. You can eat and enjoy the view in the same time and also entertained by the nice songs. I'll consider this place as my future plan re-union with my schoolmates.

Enjoy the pictures..!!












p/s : credit to Seman De Alfonso for the sweet and memorable photos..!!




Transformasi Diriku - Bukan Sekadar Menutup Aurat

Assalammualaikum W.B.T

Dah lama tak buat entri tentang transformasi diri aku ni. Cheh, macam la nak jadi para robot Transformer tu. Kecoh je nak cerita. Hehe..tak kisah la..itu je idea yg aku ada buat masa ni nak update blog.

Okay..berbalik kepada tajuk. Bukan sekadar menutup aurat. Aku fokuskan kepada diri aku sendiri setelah melalui zaman transformasi dan setelah melihat keadaan persekitaran. Bila melihat keadaan diri sendiri.. alhamdulillah, walaupun berseluar jenas, berskirt labuh, ber t-shirt, tapi aku akan pastikan yg pakaian aku tu tidak terlalu pendek atau singkat.

Sebelum berhijrah begini, aku memang selalu perhatikan gelagat orang ramai. Bila aku pandang sekeliling, terutamanya perempuan yg bertudung, aku selalu tertanya, kenapa mereka boleh bertudung tapi memakai baju yg berlengan sangat pendek..? Atau berbaju sangat ketat..? Atau berpakaian sangat singkat sehingga boleh menampakkan sebahagian dari kulit badan..? Takut aku melihat keadaan begini. Aku selalu berdoa, kalau la satu hari nanti aku bertudung ** alhamdulillah..dah tertunai pun doa aku (",) janganlah aku menjadi sebahagian dari orang-orang begini.

Maaf la, takde niat nak mengutuk apatah lagi nak menghina. Aku cuma rasa pelik. Selesa ke bertudung bila berpakaian begitu..? Hmm..tepuk dada tanya la iman. Kalau kita bertudung ikhlas kerana Allah S.W.T dan kerana memenuhi tuntutan-Nya, insyaAllah kita akan faham dengan lebih jelas tentang konsep berpakaian yg diwajibkan, terutamanya ke atas umat Islam la.

Aku sendiri pun belum sempurna lagi menutup aurat. Memang aku bertudung. Memang aku tidak memakai yg terlalu ketat, singkat dan sebagainya. Tapi, kadang-kadang aku suka juga sinsing lengan baju panjang yg aku pakai. Dan kadang-kadang aku pakai juga baju-baju yg berlengan 3/4 tu. Aku masih dalam proses untuk menyempurnakan aurat aku ni. InsyaAllah.

Wednesday, 21 December 2011

Malang tu memang tak berbau

Assalammualaikum W.B.T...

Poyos gile tajuk entri. Semua orang tahu malang tu memang tak berbau kan. Kalau la aku ada kelebihan untuk boleh menghidu bau malang tu, kan bagus...haha..mengarut sudah!

Nak cerita pasal malang ni, memang tak akan habis la ye. Macam-macam jenis malang ada. Malang yg sedikit atau malang yg banyak. Malang yg sedikit tu mungkin kita tak rasa teruk sangat la. Mungkin kita boleh cakap, "alah, nak buat macam mana, benda dah jadi..." Tapi, bagi yg ditimpa malang yg banyak atau malang yg sangat teruk, macam mana pula..? Atau pun bagi sesiapa yg ditimpa malang yg bertimpa-timpa..??

Hmm...kesian. Itu jelah yg mampu aku ucapkan. Sebab aku sendiri pernah ditimpa malang. Aku hanyalah manusia biasa yg sentiasa terdedah kepada bahaya dan sebagainya. Tapi, aku percaya, tiada siapa pun di dunia ini yg tak pernah ditimpa dengan nasib malang, kan..?

Cuma, janganlah kita terlalu taksub dengan nasib malang ni sehingga dengan mudah sekali menggelarkan diri kita atau sesiapa jua sebagai INSAN BERNASIB MALANG. Tiada siapa pun di dunia ini yg dilahirkan malang atau sebaliknya. Kita yg mencorakkan diri kita untuk menjadi apa.

Bagi aku sendiri, walaupun baru-baru ditimpa malang yg tidak disangka-sangka, dan meninggalkan kesan kepada fizikal aku, tapi aku bersyukur sebab boleh 'sembuh' dengan cepat sekali. Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati hidup aku dan korang semua ye..amin (",)

Kembali setelah 4 hari membawa diri

Adoi...membawa diri ke mana pula ni Dylla oii?? Takde la kemana-mana pun. Sabtu Ahad memang hari untuk berehat la kan. Isnin dan Selasa baru ni pula, aku terpaksa menghadiri ssatu seminar tentang pengurusan rekod dan fail. Bunyinya agak mudah, kan..? Tapi, bila aku attend sendiri seminar tu baru aku tahu kerja-kerja memfail dan merekod bukan semudah yg disangka.

Google

Nanti aku ceritakan dalam entri lain. Sekarang kena buat kerja dulu. Banyak kerja tertangguh selama 2 hari tak bekerja ni. See you guys later!

Friday, 16 December 2011

UiTM Di Hatiku - Part 3

Sambungan entri [INI] dan [INI]

Mushroom
Mushroom tu cendawan kan..?? Semua orang tahu. Tapi, mushroom di UiTM Kampus Arau tu bukanlah cendawan. Rupabentuk bangunannya pun takde macam cendawan. Pokok-pokok cendawan pun takde kat kawasan Mushroom tu. Aku pun tak pasti kenapa ia dinamakan Mushroom. Tak sempat nak korek cerita masa kat sana dulu. Tapi, yg pasti Mushroom ni ialah pusat segala pusat kat UiTM Kampus Arau tu. Ada pusat jual-beli. Ada pusat dobi. Ada pusat sewa motor dan kereta. Ada pusat Cyber Cafe. Ada pusat sumber. Choppp...pusat sumber takde. Itu aku tambah sendiri..huhu (",)

Aku dan kawan-kawan kalau rasa bosan kat kolej, selalu la melepakkan diri kat Mushroom tu. Ada dua kedai makan kat situ yg telah menjadikan aku ni pelanggan tetap diorang. Satu tu kedai moy sup. Sedap gile! Pertama kali aku makan moy sup masa belajar kat sana la. Aku rasa dalam seminggu tu 4-5 kali juga la aku makan moy sup dia. Lagi satu kedai tu selalunya dimonopoli oleh pasangan kekasih. Aku kalau ke sana nak makan aiskrim atau fries je. Tak termasuk dalam golongan yg ber'dating' tu ye. Sebab aku takde boyfriend masa belajar dulu. Takde orang nak kat aku..hahaha

Cyber cafe kat Mushroom ni pun jadi tumpuan aku juga la. Zaman belajar dulu takde PC sendiri, apatah lagi nak ada laptop. So, nak print segala bentuk assignment kat CC tulah. Tapi, selalunya kalau pergi CC tu buat kerja sekejap je. Yg lamanya dok ber'chatting'. Zaman-zaman tu kan paling famous laman sembang MIRC. Macam-macam channel aku join. Borak dengan entah sape-sape. Bila diingatkan balik rasa sangat kelakar. Eh, tapi aku ada kenal seorang mamat ni kat MIRC channel 'Kampung' dan sampai sekarang kami masih berkawan baik. Anak-anak dia pun rapat dengan aku. Sebenarnya, teknologi di hujung jari ada kebaikannya kalau kita tak salah-gunakannya.

Memandangkan entri ni macam dah agak panjang, jadi aku terpaksa buat entri sambungan yg lain. Hmm..okay la. End of story (",)



Pengisian Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

"Sesungguhnya Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Dia membenci tiga perkara bagi kamu. Dia redha supaya kamu berabdi kepada-Nya dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan segala sesuatu dan agar kamu semua berpegang teguh dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Dia membenci bagi kamu berkata begini-begini, banyak bertanya dan mensia-siakan harta."

Google

Thursday, 15 December 2011

Pahala Yg Tersembunyi

Assalammualaikum W.B.T

Malam tadi aku berbual dengan kawan tentang pelbagai perkara. Macam-macam topik yg kami bincangkan. Dan kebanyakannya perihal diri masing-masing la. Maklumlah, jumpa pun sesekali je kan. Mesti la banyak benda nak diceritakan.

Tiba-tiba dia buka cerita tentang pahala yg tersembunyi. Menarik sangat ceritanya. Jadi, aku nak kongsikan dengan kawan-kawan semua tentang cerita ni, dan moga-moga kita semua boleh la muhasabah diri lepas ni (",)

Ceritanya,

Ada seorang hamba Allah ni yg telah pun meninggal dunia. Ketika di 'sana', dia berasa hairan kerana terlalu banyak pahala yg ada pada dirinya sehinggalah dia bertanya kepada Allah :

Hamba : Ya Allah, mengapa pahalaku begitu banyak sedangkan aku tidak pernah berbuat amalan baik seperti ini untuk mendapatkan pahala sebanyak ini...?

Allah : Ini adalah pahala yg kau terima daripada orang-orang yg sentiasa berkata (mengumpat) sesuatu yg buruk tentang diri kau di luar pengetahuan kau.

Best tak..?? Betapa Allah sangat menyayangi kita semua. Diberinya pahala yg tersembunyi kepada kita tanpa pengetahuan kita. Semoga kita akan menjadi sebahagian daripada hamba-hamba yg begini. Jangan pula kita menjadi hamba yg memberi sumbangan pahala tu. Dalam erti kata lain, berhenti la mengumpat sesama sendiri. Wallahu'alam.

Credit to Mira Jamal for this story.

p/s : aku sangat-sangat terasa dimuhasabah-dirikan dengan cerita ni (",)

Nak Promote Buku Baru

Assalammualaikum W.B.T

Pagi ini aku terasa sihat dan ceria sekali. Harap-harap semuanya pun begitu juga la ye. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat-Nya...amin.

Beberapa hari yg lepas, aku ada melawat satu kedai buku ni. Niat di hati nak beli alatulis. Tapi, masuk je kedai buku tu, dah terpampang satu buku yg amat menarik perhatian. Tajuknya saja dah cukup buat aku terasa nak baca buku tu.

Manisnya Iman. Best kan tajuk buku tu..? Okay la...disebabkan tak boleh nak tahan rasa hati untuk tahu isi kandungan buku tu, aku beli la juga. Harganya pun tak mahal. Cuma RM19.90. Kalau novel-novel cinta kita boleh beli mahal-mahal, takkan la buku ilmiah macam ni kita tak mampu nak beli, kan..?


Jadi, dalam buku ni dah terbahagi kepada beberapa tajuk yg melibatkan Ibadah, Akhlak, Fahaman, Akidah dan Umum. Ada lagi beberapa tajuk kecil yg dihuraikan dari 5 tajuk besar tu. Aku baru je baca tajuk pertama yg melibatkan Ibadah seharian orang Islam. Aku akan kongsikan ilmu yg ada di dalam buku dengan kawan-kawan semua dalam entri seterusnya.

p/s : baru baca beberapa tajuk kecil dah terasa buku ni sangat-sangat best (",)

Wednesday, 14 December 2011

Komen Cik Anon

Assalammualaikum W.B.T

Selamat pagi bloggers..!! Cuaca baik pagi ni setelah hujan lebat petang semalam hingga menyebabkan banjir di beberapa kawasan di sekitar KL ni. Alhamdulillah.

Pagi-pagi buka blog dengan niat nak BW la kan. Pastu pergi la check kat komen-komen dulu. Takut ada komen baru. Nak reply dulu la komen-komen tu. Komunikasi dengan para blogger tu kan penting..hehehe :) Tapi....!!!

Apala..tak payah gempak sangat. Sambung balik, TAPI ada satu komen dari cik Anon ni. Tapi yg best nya, cik Anon ni ada nama. Mungkin dia saja letak nama la kot. Supaya takde la orang panggil dia cik Anon. Okay, aku tulis jelah nama yg dia tinggalkan kat ruang komen aku tu. Dia yg digelar SITI telah mengomen salah satu entri yg aku tulis semalam. Entri tentang senyum.

Sila klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas (",)
Aku rasa cik Siti ni kenal aku kot. Sebab tu dia boleh komen macam tu. Hehehe..sikit pun takde rasa nak marah. Tapi rasa nak ketawa dengan sikap dia tu. Takpelah. Apapun aku berterima kasih pada dia sebab menegur aku. Mungkin betul dia komen tu. Aku pernah buat muka ketat sebelum ni. Jadi, orang buat balik kat aku. Wallahu'alam.

Yg pasti, aku happy sangat ni. Sebab..?? Sebab aku rasa aku tahu cik Siti ni siapa. Yg buat aku happy sebab orang-orang yg tak suka kat aku macam cik Siti ni pun masuk blog aku. Hahaha...many thanks to her! Berbaloi juga jadi blogger ni. Walaupun dikutuk, dimaki, dihamun, tapi blog kita tetap ada orang masuk kan..?

Bagi aku satu jelah. Manusia ni, kita buat baik ke, kita buat tak baik ke...bila dia dah tak suka kat kita, semua perkara akan dipandang serong. Jadi, biarkan jelah orang-orang macam ni nak buat apa pun. Asalkan diorang bahagia. Orang-orang macam ni pun nak hidup bahagia juga. Doakan jelah untuk mereka.

p/s : cik Anon a.k.a cik Siti...nanti singgah la blog aku lagi ye (",)




Tuesday, 13 December 2011

Bertimbangrasalah sikit kawan!

Isu tempat letak kereta. Rasanya dah ramai blogger yg tulis mengenai isu ni. Tapi, apa yg aku nak tulis ni bukanlah isu yg di'copy-paste'kan dari entri blogger lain. Mungkin dari segi penyampaian dan jalan cerita aku yg membezakan entri aku dengan entri-entri lain.

Okay. Berbalik kepada tajuk entri. Timbangrasa. Ramai yg faham maksud timbangrasa ni. Tapi, masih ada juga yg tak faham sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati pada sesetengah pihak. Contoh pihak yg tak puas hati adalah diri aku sendiri.

Kenapa aku tak puas hati pasal timbangrasa dan apa kaitannya dengan masalah tempat letak kereta ni..?? Haa...ini la yg aku nak cerita ni. Hari minggu yg lepas aku bawa mak ke pasar siang di kampung aku. Biasalah, nama pun hari minggu. Jadi, bilangan penduduk yg mengunjungi pasar siang ni ramai la juga. Tempat letak kereta yg disediakan agak terhad. Jadi, siapa cepat dia dapat la kan.

Masa aku sampai, ada sepasang suamai isteri ni sedang berjalan menuju ke kereta diorang la. Aku pun follow je. Tunggu diorang masukkan barang dalam bonet. Sambil tu aku borak-borak dengan mak. Macam-macam topik keluar. Tapi, pasangan suami-isteri tu tak siap-siap lagi. Aku dah pelik. Aku tengok jelah diorang dari jauh. Nak tahu apa yg diorang buat..??

Beli kasut, siap cuba kasut kat situ. Beli buah, siap masukkan buah dalam bakul buah dulu. Beli sayur, siap belek-belek takut ada ulat ke tak. Beli apa ntah lagi, aku tak sempat nak periksa. Tapi, yg penting hati aku dah panas. Kawan, nak cuba kasut ke, nak masukkan buah dalam bakul ke, nak buat apa ke...buatlah dekat rumah! Korang takde rumah ke sampai nak buat semua kerja tu kat tempat letak kereta AWAM..?? Haa...sengaja aku besarkan ejaan awam tu. Biar orang faham, yg tempat letak kereta tu hak milik bersama.

Tapi, si mangkuk ayun 2 ekor tu buat tak tahu je. Aku dah tekan-tekan minyak dah. Nak hon macam kurang sopan lak. Yg si isteri dah pandang-pandang. Tapi, buat tak tahu. Yg si suami kejap masuk dalam kereta, kejap keluar balik, check barang la, itu la, ini la...bla bla bla..tension aku!!

Sekali mak ajak cari parking tempat lain. Aku pun sebab tak nak bikin kecoh, ikut jelah cadangan mak. Padahal dah tahu susah nak dapat parking waktu-waktu macam tu. Tapi, sebelum pergi tu aku sempatlah berhenti betul-betul belakang bontot si isteri. Aku ramp sekali, baru aku blah! Tak tahulah diorang maki-hamun ke apa. Tapi, diorang patut tahu yg sikap tak bertimbangrasa macam yg diorang buat tu yg sebenarnya layak dimaki-hamun. Ish, geram ni!

Jadi, tuan-tuan dan puan-puan...tolonglah tanamkan sifat timbangrasa dalam diri. Janganlah pentingkan diri bila melibatkan perkara-perkara yg perlu dikongsi bersama dengan orang lain. Bukan susah sangat. kalau betul perlu ambil masa untuk lakukan sesuatu perkara, beritahu dengan cara yg baik. Orang tak marah kalau kita buat baik. Tapi, kalau kita buat taik, memanglah ada yg bakal makan pelempang nanti!!

p/s : okay...dah lega sebab dapat luahkan perasaan..hoho (",)

Luak Sangat Ke Rupa Yg Cantik Tu Kalau Korang Senyum..??

Haa..panjang kot tajuk entri!! Ini bukan entri luahan perasaan. Cuma nak berkongsi pengalaman dan pendapat aku je. Takde kena-mengena langsung dengan sesiapa. Baik secara langsung atau secara tidak langsung. Harap maklum.

Baru-baru, aku drive balik ke kampung di Slim River, Perak. Satu-satunya highway yg akan dilalui ialah PLUS Highway. Dari KL, aku melalui DUKE Highway terlebih dahulu sebelum masuk ke PLUS Highway tu. Kebetulan, masa tu sangat banyak kereta. Aku pula bukanlah pengguna Touch n Go. Jadi, beraturlah aku menunggu giliran membayar tol.

Tiba giliran aku, jurutol tu punyalah masam gile muka dia!! Cantik orangnya. Tapi, sayang sekali sungguh kedekut dengan senyuman. Aku bayar, aku cakap terima kasih, aku senyum sorang-sorang! Best kan situasi tu..? Dah la aku yg cakap terima kasih. Tapi, takpelah. Aku fikir mungkin dia letih kot, sebab dah banyak sangat senyum.

Aku teruskan pemanduan hinggalah ke exit Behrang. Kat situ, nasib aku masih tak begitu baik bila terjumpa lagi jurutol yg masam mencuka! Ish, hari tu hari masam sedunia ke..?? Ke aku ni yg terlebih-lebih sangat senyum kat orang..? Jurutol yg kedua ni lagi best. Dah la tak nak senyum. Ambil duit pun aloi-balai je. Lepas tu masa aku cakap terima kasih, dia boleh buat tak tahu. Haishhh...cantik sangat perangai macam tu!

Kalau rasa diri tu tak murah dengan senyuman, janganlah bekerja di bahagian khidmat pelanggan. Cari kerja lain. Dok kat ofis buat akaun. Selalunya orang-orang kat bahagian akaun department ni yg suka masam-masam muka ** pernah ada pengalaman...hehehe

Apalah salahnya senyum sikit. Bukan buat dosa besar pun. Senyuman tu kan sedekah yg paling murah dan mudah. Nak suruh sedekah duit, memang berat la kan. Sedekah senyum pun kedekut sangat ke..?? Tak luak rasanya rupa yg cantik tu kalau kita senyum kat orang lain.

Google

p/s : ada ramai juga jurutol yg ramah mesra (",)

Kembali di sini

Assalammualaikum W.B.T...

Alhamdulillah. Akhirnya hari ni aku kembali mem'blogging'kan diri setelah 3 hari bercuti. Dah 3 hari tak buka blog. Dah 3 hari tak BW. Terasa hidup ni macam tak complete je ** eh, ye ke..??

Macam-macam cerita yg aku tengok para blogger ceritakan. Kejap lagi baru aku baca entri-entri tu ye. Sekarang nak post entri aku dulu. Sebenarnya takde cerita apa pun pagi ni. Cuma pagi-pagi tadi sampai ofis, bos dah ingatkan tentang 'projek' menghabiskan budget kat aku. Kedengaran menarik, kan..??

Apa yg aku nak buat dengan budget tu selain dari cadangan bos yg nak tambah furniture kat ofis ni..? Buat lawatan sambil belajar macam best juga ni. Hahaha...seronok betul kerja macam ni.

Google

p/s : it's BW time!!





Friday, 9 December 2011

"Dia memang pemalu..."

Assalammualaikum...

Hari ni kena post entri awal sikit sebab kejap lagi pukul 10 ada briefing session pula. Alhamdulillah, rezeki pagi ni 2 keping roti gardenia dengan Lady's Choice peanut butter + teh o panas betul-betul mengenyangkan perut aku yg bersaiz S ni..hehehe

Apa kena-mengena roti peanut butter tu dengan tajuk entri aku ni..? Memang takde kena-mengena pun. Nak cerita tentang si pemalu. Tapi, nak bagitahu juga pasal breakfast aku pagi ni (",)

Okay la. Back to the main point. "Dia memang pemalu..." Siapa dia yg dimaksudkan..? Takde sesiapa. Aku nak bercerita secara am. Orang-orang yg pemalu ni selalunya mesti pendiam, setuju...? Aku setuju. Kalau korang tak setuju tak tahu la kan. Tapi, bagi aku, secara peribadinya, aku selesa dengan orang-orang macam ni. Tak banyak cakap. Pasti tak banyak kerenah.

Google
TAPI...haa, ada tapi pula Dylla ni!! Okay, tapi orang yg pemalu ni selalunya akan menyebabkan orang lain berasa tak selesa dan menyampah ** oppsss...agak kasar bunyinya tu! Tak selesa sebab apa..? Menyampah sebab apa..? Sebabnya orang di sekeliling akan mula berfikir yg tak best tentang si pemalu. Mula la keluar dialog-dialog yg tak dingini seperti :

"Aku senyum kat dia tadi, dia buat tak tahu. Pandang muka aku, tapi muka dia blur gila!"

"Aku tanya sepatah, dia jawab sepatah. Dia tak suka cakap dengan aku ke ye..?"

"Alah, dia tu depan kita je malu, tapi belakang kita mungkin tak macam tu kot..."

Haa..korang pun mesti pernah ucapkan dialog ni, kan? Tipulah kalau tak pernah. Aku kongsi sedikit la pengalaman aku berkawan dengan si pemalu. Si pemalu ni sebenarnya ada banyak kategori. Antaranya :

1. Pemalu dengan kaum berlawanan
** Kategori begini selalunya tak banyak menimbulkan masalah. Diorang okay je sebenarnya. Cuma malu dengan kaum yg berlawanan jenis. Tapi dengan kaum sejenis, diorang memang takde masalah.

2. Pemalu dengan orang ramai
** Okay, tak kisah dia lelaki atau perempuan...tapi dia malu dengan sesiapa jua. Orang macam ni keBANYAKkannya jenis yg kurang keyakinan diri. Mungkin dia selalu rasa diri dia tak sehebat orang lain. Jadi, dari situ akan menimbulkan perasaan malu untuk berdepan atau bergaul dengan orang lain.

3. Pemalu depan orang je
** Errr...ada ke kategori macam ni..?? Ada...sebab aku dah jumpa! Depan orang lain dia memang malu-malu kucing gitu. Tapi, kat belakang orang, dia la diva! Tapi, orang macam ni tak akan menimbulkan masalah sebab dia selalunya suka buat hal sendiri je. Dia akan jadi normal bila dia bersama dengan kawan-kawan rapatnya.

Jadi, janganlah kita memandang serong kepada si pemalu ni. Mereka memang begitu. Mungkin kalau kita sentiasa beramah-mesra dengan mereka boleh membantu mereka untuk menjadi kurang pemalu, kan?

Kesimpulannya, kepada yg si pemalu mungkin boleh mula menanamkan keyakinan dalam diri yg anda sama saja dengan manusia lain. Jangan terlalu memandang rendah pada diri sendiri. Kita semua ada kelebihan dan kekurangan. Hanya keyakinan diri saja yg membezakan antara sesama kita.

p/s : dulu-dulu aku pun pemalu juga..ye ke..?? hoho :)




Thursday, 8 December 2011

What is SURVIVOR in Malay..??

Assalamualaikum W.B.T

Pagi yg ceria. Mood yg ceria. Apa yg ceria sangat pun aku tak tahu. Tapi, hari ni mood aku memang betul-betul bagus. Perut pun dah kenyang ** setelah menghabiskan sebungkus nasi lemak berlauk ayam!! Kerja pun tak berapa nak ada...memang maveles la!!

Tadi, ramai orang datang berkumpul di department aku ni. Yg datang tu semuanya lelaki la. Biasalah. Borak pagi. Diorang ni suka sangat menempek kat bos aku. Maklumlah, bos aku kan yg paling sporting antara yg sporting. Jadi, semua pun suka dia (",)

Okay. Berbalik pada tajuk entri : What is SURVIVOR in Malay..?? Soalan ni ditanya oleh bos aku selepas dia sendiri mendapat soalan ni daripada mesyuarat semalam. Semua yg ada tadi menjawab dengan pelbagai jawapan. Dan jawapan tu kebanyakkannya adalah penerangan kepada maksud SURVIVOR. Bukan maksud secara langsung. Tapi, bos aku tak nak jawapan macam tu. Dia nak jawapan dengan SATU perkataan je. Aku yg kebetulan duduk menghadap pc terus la buka Google Translate ** web kesayangan aku..hoho :p Tapi, hasilnya..?? Memang takde maksud. Yg ada cuma penerangan tentang SURVIVOR.

Kalau Google Translate pun tak boleh translate, jadi apa makna SURVIVOR tu di dalam Bahasa Melayu sebenarnya..?? Kami masing-masing garu kepala!!

"Moral of the story : orang melayu ni memang tak boleh jadi survivor...sebab tu wujudnya perkataan BERSERAH..."

Erkkk..?? Betul ke..?? Hehehe...wallahu'alam. Sekadar selingan pagi. Tapi, bila difikir-fikirkan balik, mungkin ada betulnya juga moral yg aku dapat dari persoalanan ni (",)

p/s : suka nyanyi lagu I Will Survive - Gloria Gaynor

Wednesday, 7 December 2011

Anak Emak

Sesiapa yg pernah berpengalaman berkawan, bercinta, bertunang atau berkahwin dengan lelaki yg digelar Anak Emak ni mesti faham maksud yg tersirat di sebalik perkataan ni, kan? Aku tak pernah ada peluang mengenali seseorang yg bergelar Anak Emak ni. Tapi, kawan-kawan aku ramai juga yg ada pengalaman macam ni. Macam-macam cerita yg aku dengar. Antaranya :

Aku tak jadi keluar dating hari sebab mak BF aku tu nak pergi shopping pula...terpaksa la dia temankan!

Aku tension betul dengan BF aku tu! Nak buat keputusan pun nak refer kat mak dia!

Nak jumpa BF pun susah...ada je syarat mak dia bagi. Jangan balik lambat la. Jangan itu la. Jangan ini la..dia pun ikut je!

Ada banyak lagi la. Tapi, 3 ayat kat atas ni yg paling selalu aku dengar. Teruk sangat ke kalau bercinta dengan Anak Emak ni..?? Wallahu'alam. Bagi aku sendiri, setiap hubungan tu ada baik dan buruknya. Tak kira la dia tu Anak Emak atau sesiapa jua.

Pernah juga aku terdengar tentang hubungan seperti ini selalunya akan memberi tekanan kepada si perempuan. Yelah, mahu tak tertekan. Dirinya sentiasa di'lawan'kan dengan mak sang BF. Mestilah tension! Bagi pasangan yg bercinta, mungkin tekanan tu tak sehebat pasangan yg telah berkahwin. Bayangkan perasaan sang isteri yg terpaksa memendam perasaan disebabkan 'saingan' sengit dari ibu mertua tercinta!

Aku tak tahulah bila, kenapa dan bagaimana wujudnya istilah Anak Emak ni. Anak Emak ni sebenarnya anak lelaki yg memang manja dengan emak atau anak lelaki yg terpaksa menurut kata-kata emak. Confuse pula aku sekejap. Tapi, apa pun mungkin tiada bezanya kot. Yg manja ke...yg terpaksa menurut kata-kata emak ke, kedua-duanya tetap mencetuskan fenomena Anak Emak.

Kepada para lelaki, terutamanya Anak Emak, pandai-pandai la korang menjadi lelaki yg lebih bertanggungjawab. Biarlah adil dan saksama. Barulah boleh jadi khalifah yg baik. Kepada para wanita, hormatilah pendirian lelaki. Walau apa pun, syurga lelaki itu terletak di bawah telapak kaki ibunya. Jika ada yg tidak berpuas hati, berbincang adalah jalan penyelesaian terbaik.






Jangan Terkejut..!!

Kepada semua kawan-kawan yg disayangi...chewah! Jangan terkejut bila nama blog ni dah bertukar ye. Pagi tadi saja gatal-gatal tangan tengok Google Translate tu. Translate la beberapa patah perkataan. Sekali dapat nama La Mia Storia ni. Macam best pula (",)

Begitulah al-kisahnya. Macam mana pun...aku tetap mengekalkan trademark blog aku ni : when DyLLa met keyb0ard. Itu memang tak akan mungkin aku buang...!!




p/s : Sorry for any inconvinience (",)





Berserah Kepada-Nya


Google


Ya Allah,
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang

Jika Engkau telah menciptakan seseorang buat diriku
Yang akan melengkapi hidupku ini...
Maka Kau dekatkanlah dia kepadaku

Jika apa yang aku miliki ini...
Adalah yang terbaik untuk diriku
Terbaik untuk agamaku
Terbaik untuk masa depanku dunia dan akhirat kelak...
Maka Kau percepatkanlah jodoh ini
Kau permudahkanlah urusan kami

Namun, jika apa yang aku miliki ini...
Bukanlah yang terbaik buat diriku...
Maka Kau jauhkanlah dia daripadaku
Kerana aku ingin benar merasai kebahagiaan hidup
Di bawah restu dan rahmat-Mu Tuhan
Aku rela kehilangan kasih sayang sesiapa jua
Namun tidak kasih dan sayang-Mu Ya Allah...


p/s : petikan dari buku motivasi yg aku dah lupa tajuknya (",)
doa yg amat sesuai untuk sesiapa yg buntu di dalam memikirkan jodohnya ** aku ke..?? hahahaha







Menghadapi Orang yg Kuat Melenting

Assalammualaikum W.B.T dan selamat pagi...

Hari ni awal pula aku update blog. Tapi takpe, sementara idea tengah ada ni, lebih baik aku tulis cepat-cepat. Kalau tak nanti semua pun lupa. Semalam dah bagi tips untuk menguatkan ketahanan mental. Okay, hari ni nak bagi tips macam mana caranya nak menghadapi orang yg kuat melenting.

Google
Bagi sesiapa yg kurang jelas dengan maksud kurang melenting sila rujuk Kamus Dewan ** hehehe...gurau je! Kuat melenting ni sama la ertinya dengan cepat marah atau panas baran. Tak boleh silap sikit, mesti melenting. Mesti naik angin. Mesti nak marah-marah. Walhal, perkara kecil yg tak sepatutnya menimbulkan perasaan marah pun dia nak melenting juga. Apa kes..??

Perkara pertama yg harus dilakukan untuk berdepan dengan orang yg macam ni ialah SABAR dan TENANG. Hanya kesabaran dan ketenangan je yg mampu menundukkan sikap panas baran mereka tu...insyaAllah.

Seterusnya, kalau kita dah puas bersabar dan bertenang tapi tak jalan juga, mereka tetap nak melenting, tetap nak marah-marah...kita jangan pula join mereka dengan melenting juga. Bercakap dengan menggunakan bahasa yg paling lembut. Contohnya :

Si Pelenting : Awak jumpa saya ni nak apa sebenarnya..?? Saya ni dah cukup banyak masalah. Tak payah la nak tambah masalah saya!!

Si penyabar : Saya cuma nak tanya khabar awak. Tapi, kalau itu pun awak nak marah-marah...takpelah. Lainkali saya tak tanya lagi. Awak pun tak perlu nak marah-marah lagi, kan...

Dalam masa menggunakan bahasa dan perkataan yg sopan-sopan, ambil peluang untuk buat mereka rasa bersalah...hahahaha...berkesan tau cara ni. Bila orang yg kuat melenting tu dah reda sikit tahap kepanasan hatinya, pasti dia akan terfikir semula apa yg dia dah ucapkan kepada kita dan apa yg telah kita ucapkan kepada dia. Dan percayalah, mereka pasti akan rasa kesal kerana sikap kuat melenting tu.

Kalau dia memang takde rasa kesal dalam diri..?? Okay, abaikan je orang macam ni. Biarkan mereka hidup dengan sikap begitu. Lambat laun mereka pasti akan berubah laku. Bagi yg rasa tak boleh nak abaikan, mungkin boleh cuba dengan cara mengalah. Mengalah tu bukan bererti kita kalah kan..?? Mengalah tu kadang-kala akan membuatkan pihak satu lagi akan turut mengalah, dan ini kan dah memberi kemenangan pada orang yg mengalah dulu (",)

p/s : kuat melenting ni tak bagus untuk kesihatan pun....



Tuesday, 6 December 2011

Cara-Cara Menguatkan Ketahanan Mental

Perghhh...tajuk tak boleh blah!! Okay...kepada sesiapa yg rasa tajuk entri ni ala-ala poyo...sila la 'X' page ni ye..hoho :p

Aku cuma nak berkongsi pengalaman sendiri dengan pembaca semua. Bila menghadapi sesuatu tekanan atau masalah, perkara pertama yg harus dilakukan untuk menenangkan diri dan sekaligus dapat menguatkan mental adalah dengan MENARIK NAFAS dengan sedalamnya. Buat berulang-kali sehingga berasa lega. InsyaAllah, dengan cara ini pasti perasaan marah itu akan berkurangan.

Kalau tak kurang juga..?? Okay, kalau tak kurang juga perasaan marah dan menyebabkan diri semakin tertekan, cuba pula cara-cara di bawah ni :

1. Kalau rasa tertekan dengan seseorang - Pergi cari orang yg menyebabkan kita rasa tertekan tu. Beritahu pada dia apa yg dia buat hinggakan kita rasa tertekan. Sama ada dia mendengar, menepis segala tuduhan atau menempelak kita balik, pedulikan. Luahkan semua yg terbuku di dalam hati. Jangan simpan walau sebesar zarah sekalipun.

2. Kalau rasa tertekan dengan kerja - Setiap orang yg bekerja pasti ada tekanan dengan kerja kan. Sama ada tekanan daripada bos, rakan sekerja atau diri kita sendiri. Kalau tekanan dengan kerja itu datang daripada bos atau rakan sekerja, cuba berbincang dengan mereka. Sewajarnya kita kenalpasti dulu punca-punca tekanan itu sememangnya dari mereka. Jika punca tekanan dengan kerja datang dari diri kita sendiri, jadi sudah tiba masanya untuk kita berubah sikap. Buang semua sikap malas, suka menangguhkan kerja dan 'mengular' di waktu kerja.

3. Kalau rasa tertekan dengan diri sendiri - Antara punca-puncanya, gemuk..?? tidak cantik..?? kurang cerdik..?? terlalu lurus..?? Jangan rasa tertekan dengan punca-punca begini. Setiap kejadian Allah Ta'ala itu ada sebabnya. Kalau dia jadikan orang lain cantik, kurus dan bijak, pasti ada kelemahan pada diri mereka tanpa kita sedari. Dan kelemahan itu mungkin menjadi kelebihan buat diri kita. Yakin dengan diri sendiri. Orang yg cantik dan berjaya adalah orang yg punya keyakinan diri.

Keseluruhannya, kalau rasa tertekan..banyak-banyakkan la beristighfar. Ambil wudu', mengaji atau bersolat. Ketenangan yg hakiki adalah bila diri semakin rapat dengan Yang Maha Esa. Bila diri dekat dengan Allah Ta'ala, kekuatan mental kita akan bertambah baik. Kita akan menjadi seorang yg tidak mudah gentar dengan setiap dugaan, apatah lagi tekanan perasaan.

p/s : muhasabah diri