Pages

Tuesday, 24 July 2012

Takut Tinggalkan Yg Sunat Tapi Yg Wajib Dilupakan

Assalammualaikum W.B.T

Sebagai umat Islam, pasti kita semua tahu apa perkara wajib dan perkara sunat di dalam kehidupan kita. Yg wajib itu pastilah sesuatu yg mesti kita lakukan tanpa ada sebarang alasan untuk meninggalkannya. Dan yg sunat itu pula sangat digalakkan untuk kita buat. Boleh la tambah sikit mana-mana pahala yg terkurang tu.

Bercakap tentang perkara wajib dan perkara sunat, sangat meluas kan...? Jadi, aku kecilkan sikit scope nya. Sempena bulan Ramadhan yg mulia ni, aku hanya nak kongsikan tentang ibadah Solat Sunat Tarawih. Haa...bercakap pasal Solat Sunat Tarawih ni, mesti ramai yg tersenyum. Mesti ramai yg ada kenangan manis dan pahit ketika menunaikan Solat Sunat Tarawih ni, kan?

Okay. Tutup dulu cerita tentang kenangan tu. Sekarang nak cerita tentang ibadah yg hanya berlaku di dalam bulan Ramadhan ini saja. Pasti ramai antara kita yg tak mahu melepaskan peluang untuk menunaikan Solat Sunat Tarawih ni, kan? Yelah, peluang ni hanya datang sebulan je dalam setahun. Rugilah kalau kita sia-siakan. Aku pun tak terkecuali untuk berperasaan macam tu.

Tapi, pernah ke kita terfikir, kita sibuk-sibuk mengejar Solat Sunat Tarawih, tapi solat-solat yg wajib kita tunaikan...kita tak pernah peduli pun..? Kita bersungguh-sungguh dan berazam untuk menunaikan Solat Sunat Tarawih penuh sebulan, tapi solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya' kita jadi tunggang-langgang. 

Tak boleh la macam tu. Yg sunat tu memanglah digalakkan. Tapi, yg wajib tu kita tak boleh lupakan. Perkara pertama yg akan dihisab ketika 'di sana' nanti adalah SOLAT. Dan kita kena faham, solat yg dihisab itu adalah solat yg diwajibkan ke atas setiap umat Islam yg sudah akil baligh. Solat 5 waktu seperti yg tersenarai di dalam Rukun Islam. Jadi, solat-solat itulah yg akan ditanya kelak. Bukannya Solat Sunat Tarawih ke, Solat Sunat Taubat ke atau Solat Sunat Tahajjud ke. Tapi, solat-solat sunat ni memang digalakkan untuk ditunaikan sebagai ibadah tambahan yg boleh melengkapi kekurangan ibadah wajib kita. Aku ulang balik...melengkapi..bukan menutupi. Jadi, kalau solat yg wajib tu kita tinggalkan, qada' la ia semula. Yg dah 'berlubang' itu tak boleh ditutupi dengan apa jua ibadah melainkan dengan menggantinya semula.

InsyaAllah, semoga amalan kita semua akan diterima dan diberkati oleh Allah S.W.T. Rebutlah peluang untuk menambah pahala di bulan yg mulia ini. Janganlah pula kita mensia-siakan peluang itu dan lebih teruk lagi menambah dosa pula. Wallahu'alam.


p/s : Jom kita Solat!!


Photobucket

8 comments:

Gadis Kampung said...

salam ramdan..jom terawih....

Ce'gu JAERA said...

tiba2 teringat peristiwa beberapa malam sebelum ini... segelintir kanak2 dan ada juga orang2 dewasa yang duduk bersembang bergelak ketika solat Isyak berlangsung... tapi bila sahutan terawih di alunkan, barulah gerombolan manusia berpusu2 masuk utk bersesak..

inilah orang2 kita.. yang wajib dilupakan, yang sunat diraihkan... agaknya kurang didikan agama kot.. moga mereka ada kesedaran dalam diri kelak.. amin

terima kasih banyak2 adik ku Dylla atas dorongan dan semangat.... nice..

Unknown said...

btl tu dylla.. nak x kata diorg x fhm ape itu wajib ape itu sunat mcm mustahil la xtau kan? ape2 pun kena utama dan sempurnakan yg wajib dulu barulah sibuk nk buat ibadah yg sunat.

3no gr33ny said...

solat tu tiang agama..maka pentingkan apa yang penting..jangan tinggal dan lewatkan yang wajib =)

sokong sahabat Dylla..!!

Dylla Abas said...

@Gadis Kampung : alhamdulillah..malam tadi dapat tarawih :)

Dylla Abas said...

@Gen2Merah ; insyaAllah..kita sam2 menegur mana2 yg terkurang tu..moga kita akan jadi hamba-Nya yg lebih baik ye :)

Dylla Abas said...

@QueeN TerataI : hmm..betul tu..sy harap sgt dapat tunaikan solat sunat tarawih penuh sebulan..tapi,sy mesti kena buat yg wajib dulu..baru la lengkap kan :)

Dylla Abas said...

@3no gr33ny ; insyaAllah...sedang gigih m'perbaiki yg wajib tu agar jadi lebih sempurna :)