Assalammualaikum W.B.T
Suasana dalam diri aku agak suram bila BW pagi tadi. Rata-rata blogger update tentang bonus yg bakal diperolehi oleh penjawat awam. Bertuah betul. Murah rezeki korang kan. Aku...?? Takde bonus tahun ni. Masih dilabelkan sebagai new staff, jadi jangan berangan nak dapat bonus. Okay. Redha. Pasrah.
Apapun, walau takde bonus sekalipun, kerja kena siapkan juga. Tak boleh la nak pergi protes ke. Pasang sepanduk ke. Pastu dok pakat laung beramai-ramai :
We want BONUS!!
We want BONUS!!
We want BONUS!!
Memang nak kena lempang dengan bos la jawabnya....huhu >_< Takpe la. Walaupun ini 1st time aku tak merasa bonus, tapi semangat bekerja tu tak pernah luntur. Hah, positif okay!! Kena la positif. Bekerja bukan untuk bonus semata-mata, kan..? Bekerja tu kan ibadah. Jadi, anggap jelah bonus akhirat dah ada dalam tangan. Jadi, bekerja la dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.
Hmm, kerja kat ofis tadi banyak juga. Terkejar-kejar nak siapkan yg urgent, yg top urgent, yg super duper urgent. Pendek kata semuanya urgent la! Tapi, biasa la aku...1st come 1st serve. Lantak pi la hang punya dokumen tu urgent tahap mana pun...dah tau urgent, lenkali bagi awai-awai. Jangan dok last minute baru nak kerah bagai, memang tak dapat! Hahaha...mesti ramai yg bengang dengan aku nanti.
Haa la...kalau dah semuanya urgent, aku pun pening nak siapkan yg mana satu dulu. Jadi, mana yg sampai dulu kat tangan aku, yg itu la aku siapkan dulu. Betul tak...? Tapi, alhamdulillah. Kerja tu semua dapat disiapkan sebelum lunch hour. Jadi, lepas lunch hour tu aku agak free la. Dok cari resepi-resepi mudah kat internet **bukan nak masak pun...jamu mata je...hehehe** dok layan lagu-lagu kat youtube, dok buat tu, dok buat ni. Sampai la tetiba jam dah pukul 4.45 minit petang. It's time to go back!!
Hari ni juadah berbuka puasa disediakan oleh pakcik-makcik kat bazaar Ramadhan lagi. Bukan tak nak masak sebenarnya, tapi...aku terlalu hargai la usaha-usaha diorang yg dok jual makanan kat bazaar tu. Penat diaorang masak. Dan bukan kerja mudah nak pasang meja, standby suara, tarik customer! Tu yg aku gigih juga pergi beli tu. Tapi terkawal la ye. Belum sampai tahap dikawal nafsu lagi. Alhamdulillah.
Malam ni nak tidur awal. Mata agak penat asyik menatap komputer je dari siang tadi. Nak bagi dia rest jap. Korang semua pun jangan tidur lambat ye. Esok nak bangun sahur lagi. Kang tak sedar lak. Gudnite buddies!!
15 comments:
insya-Allah rezeki bonus akan ada nanti buat sahabat Dylla sekiranya tuan hamba bekerja dengan seikhlas yang mungkin
enough rest dear.. Selamat berpuasa hari ke-7 :) :)
moga murah rezeki mendpt bonus...jgn lupakan kami...hehe
saya ikut mendokan saja .......
semoga saja sahabatku ini akan mendapat bonus lebiha banyak lagi, dengan catatan kerja keras, berjuang terus dan jangan lupa berdo'a semoga sukses,
selamat menjalankan ibadah Puasa semoga yg kuasa membalas dengan segala kebaikan sahabatku ini
terima kasih
makin byk bonus, makin byk shopping.if sy lah =)
assalamualaikum dylla...senyum gembira semua sbb dpt bonuskn...:)
@3no gr33ny : hmm..prefer 'bonus' kat sana je :)
@Eza Boom Boom :) : selamat b'puasa juga!!
@Yumida : heee...baekk ^_^
@Penyuluh Perikanan : insyaAllah..mekasih ya :)
@Natasha : macam sama je kita..hee :p
@maszull : w'salam mama, tulah pasal..hepi je diorang semua dapat bonus kan..xpela..kita hepi dengar pun jadi la :)
Kakak berbuka setiap hari meamng dah disiapkan oleh mak-pakcik-adik-abang kat bazar tau... tak masak pun kakak kan "rajin" - membeli hihi..
Kembali singgah di sini sahabat
silaturahmi bolehkan...
selamat menjalankan ibadah puasa
semoga tetap sukses..
*we want bonus we want bonus*. haha. ayat ni taleh blah.. cute je bunyi
Post a Comment