Assalammualaikum W.B.T
Jam dah hampir pukul 12.00 tengahari. Baru ada kesempatan nak update entri. Pagi tadi, masuk ofis terus fokus pada kerja. Sambil tu sempat la BW juga. Banyak juga entri kawan-kawan yg aku dah missed. Takpe...lunch hour nanti BW lagi sekali.
Aku nak cerita tentang topik berlengah. Bagi yg kurang jelas maksud berlengah tu boleh la rujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka >_< Okay...okay...aku jelaskan sikit la maksudnya. Berlengah tu boleh la juga disama-ertikan dengan melambat-lambatkan sesuatu pekerjaan. Setuju..? Siapa yg tak setuju boleh komen kat ruangan komen di bawah. Sekian, terima kasih.
Kenapa aku pilih tajuk ni..? Sebab, perbuatan berlengah ni dah banyak kali sangat jadi depan mata aku. Aku tak tahu la kalau ada yg selesa, tapi bagi diri aku, orang yg suka berlengah ni sumpah aku tak berkenan! Sebab aku sendiri tak suka nak berlengah. Dalam segala hal pun, aku akan pastikan aku buat cepat. Kalau salah sekalipun, at least aku masih punya masa untuk perbetulkan keadaan. Kalau dah dari awal pun berlengah, ada kesilapan pula tu, makin banyak la lagi masa yg diperlukan untuk betulkan balik semuanya, kan?
Aku bagi contoh mudah la ye :
Si A bangun tidur seawal jam 6.30 minit pagi. Tapi, tak tahu apa yg dibuatnya di dalam bilik hingga jam 7.00 pagi baru la dia terhegeh-hegeh nak masuk bilik mandi. Lepas tu, pukul 7.30 minit pagi, tak siap-siap lagi. Akhirnya, sampai ofis lewat. Punch card hari-hari merah. Sebab apa?? Sebab sikapnya yg suka berlengah tulah.
Kalau la Si A tu tak berlengah, tentu takde masalah dengan punch card dia, kan? Nampak tak kawan-kawan..? Bagi aku, orang yg suka berlengah ni, memang kesudahan pekerjaan dia tak begitu bagus la. Tapi, kenapa orang-orang macam ni suka berlengah ye..?
Sebab dia ada masa yg lebih banyak berbanding orang lain...?
Sebab dia tak kisah masuk kerja/pergi kelas pukul berapa sekalipun dan tiada orang yg akan mempertikaikan..?
Sebab dia memang SLOW...??
Adoii...semua sebab-sebab tu hanya menyenangkan pihak yg suka berlengah je. Bagi pihak lain...? Korang tak fikir akibat dari perbuatan suka berlengah tu...? Kalau tak fikir kesan terhadap diri sendiri, tolong la fikirkan tentang orang lain.
Kalau di tempat kerja, disebabkan sikap kita yg suka berlengah tu, orang lain pula terpaksa ambil-alih seketika tugas kita sedangkan dia sendiri punya tugas yg harus diselesaikan. Tak ada ke rasa segan disebabkan perbuatan kita itu...? Walaupun tiada siapa yg pernah merungut dan tiada siapa yg pernah mempertikaikan, ingatlah...sikap suka berlengah itu tidak boleh diamalkan.
Sedangkan, di dalam Islam sendiri, orang yg suka berlengah ini dibenci oleh Allah S.W.T. Berlengah dari segi apa..? Berlengah untuk menunaikan solat. Bila dah masuk waktu, mula la macam-macam dialog yg keluar kan.
"Takpe la..ada banyak masa lagi ni."
"Kerja ni mesti nak kena siapkan dulu. Nanti la baru aku solat."
Boleh ke macam tu...? Tak boleh, kan..? Jadi, sama la halnya dengan kehidupan seharian kita. Cuba la tukar speed tu. Kalau selama ni kita rasa pakai gear 2 boleh kejar orang yg dah mula pakai gear 5, memang kita akan terus ketinggalan. Wallahu'alam.
p/s : orang macam ni wujud di sekeliling aku..rimas juga kot
8 comments:
hmm..saya pun tak suka kerja berlengah ni...nanti semua tak menjadi..
ika tak suka lengah2 kan keje. huhu
akak ada kwn cenggini.. kejap..kejap..sudahnya lmbt gak..geram!!
pantang betul orang suka berlengah-lengah ni...kdg2 tu bukannye tak boleh siap cepat..saje je nak lengah-lengahkan
xsk berlengah jika buat keje yg urgent...
semoga kita semua terhindar dari perangai berlengah2 tu.. kena rajin2kan diri utk capai kejayaan..
dalam bab assignment..hamba suka juga berlengah tapi dalam bab lain hamba suka dahulukan kerja..
assalamualaikum dylla...kekadang mmg geram pun suka sgt bertangguh bila nak buat keje tu...:)
Post a Comment