Pages

Sunday 8 July 2012

Kuman Dan Gajah


Assalammualaikum W.B.T

Mesti ramai di antara kita yg pernah dengar perumpaan yg berkaitan dengan kuman dan gajah, kan? Macam mana ye bunyinya? Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak. Lebih kurang macam tu la kan. Dan tentu ramai juga yg tahu apa maksudnya.

Bagi yg kurang faham akan maksudnya, meh sini nak bagitahu. Maksud perumpamaan ni lebih kurang macam ni la, orang yg nampak setiap kesalahan yg dilakukan oleh orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri dia buat-buat tak nampak. Err...kalau tak betul maksudnya sila betulkan ye ^_^

Aku rasa, kita semua pernah melalui situasi begini. Sama ada menjadi yg disalahkan. Ataupun menjadi orang yg menyalahkan. Mungkin secara tidak sedar kita nampak seseorang itu membuat silap, sedangkan kesilapan kita tak disedari. Namun, bila akhirnya kita tersedar silap yg kita dah lakukan, apa yg perlu kita buat...? Berdiam diri..? Atau mengakui kesilapan itu..?

Mungkin tak ramai yg sanggup mengakui kesilapan diri sendiri, kan..? Janganlah begitu. Tiada manusia yg sempurna dalam dunia ni. Masing-masing ada membuat kesilapan. Kita bukan maksum seperti Nabi-Nabi Allah S.W.T. Jadi, akuilah kesilapan diri dan cuba untuk memperbaikinya. Tidak jatuh maruah seseorang dengan mengakui kesilapan dirinya.


p/s : rasa tertekan bila orang asyik nak mencari silap kita


Photobucket

1 comment:

IntaNBerliaN said...

xsalah jika kita mengaku keislapan sendiri sblm menyalahkan org lain..