Assalammualaikum W.B.T
InsyaAllah, malam ni kita semua akan mendengar pengumuman puasa yg akan jatuh pada esok hari (Jumaat) atau Sabtu. Jadi, jangan lupa tengok tv atau dengar radio ye. Jangan sampai terlepas pula nak dengar pengumuman puasa tu. Baru ada feel sikit..huhu (",)
Bila masuk je bulan Ramadhan, aku dah mula terbayang ibadah-ibadah yg bakal dibuat. Berpuasa tu sudah tentu. Solat sunat Tarawih. Tilawah al-Quran. Qiamulai. Berzikir. Bersedekah. Dan macam-macam lagi la. Dalam bulan Ramadhan, ada satu malam yg dipanggil malam Lailatulqadar. Tentu semua orang tahu malam Lailatulqadar tu apa kan. Seumur hidup aku belum pernah lagi berpeluang menemui malam tersebut. Bertuah sungguh bagi mereka yg pernah melaluinya.
Baginda Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yg diberkati, di mana Allah S.W.T telah mengfardhukan puasa ke atasmu. Dibuka padanya pintu-pintu syurga, dan ditutup padanya pintu-pintu neraka, dan ditambat padanya syaitan-syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan. Siapa yg dihalang kebaikannya, sebenarnya dia telah dihalang oleh kebaikan yg banyak."
Pintu syurga terbuka luas...tak nak..? Rugi la bagi sesiapa yg tak nak. Bagi sesiapa yg nak pula, rebutlah peluang yg ada ni. Persiapkanlah diri kita untuk menunaikan ibadah wajib yg ada di dalam Rukun Islam ini.
Bagi diri aku sendiri, persediaan fizikal tu memang dah ada. Cuma persediaan mental je kena mantapkan lagi. Maklumlah, dalam diri masih punya nafsu. Walaupun syaitan dirantai di bulan Ramadhan ni, nafsu yg ada tu dah cukup untuk menggoyah iman aku. Kuatkanlah imanku untuk melawan nafsuku ini Ya Allah. Amin.
p/s : bagi yg ingat-ingat lupa niat puasa tu, rujuk la video di atas...selamat berpuasa semua!!
8 comments:
Selamat berpuasa.... semoga berjaya...
tak sabar nk bertanding puasa penuh dgn akak2 =)
selamat berpuasa ! ^^
moga ramadan kali ini membawa seribu keberkatan buat kita semua ye
lama tak menjenguk sini... buat adik ku dylla, slamat menyambu ramadan al-mubarak ya... semoga kita sentiasa di bawah rahmat Nya... selamat berpuasa
selamat berpuasa...
cantiklah...selamat berpuasa untuk kamu dylla...
Selamat menjalani ibadah berpuasa kami sekeluarga ucapkannn....
Maafkan salah silap kami sekeluarga
Post a Comment