Pages

Monday, 30 July 2012

Sudah-sudah la mengumpat tu...bulan puasa ni!!

Assalammualaikum W.B.T

Hari ni bermula la 2/3 Ramadhan. Alhamdulillah. Makin cepat masa berlalu, makin bertambah la juga usia kita. Dan bila usia makin bertambah, makin pendek la nyawa kita. Betul ke..? Betul la...jangan pula kata nyawa tu makin panjang lak. Kalau kita telah di "limit" kan hidup selama 60 tahun je, dan tahun ni umur kita dah masuk 45 tahun...bukan makin pendek ke nyawa kita untuk mencapai tempoh umur 60 tahun tu..?

Adoi...cakap pasal umur lak. Takde kena-mengena dengan tajuk entri. Okay...tajuk entri ada tanda seru. Marah ke, Dylla..? Hmm, tak la marah sangat. Cuma kadang-kadang ada rasa letih dengan segelintir manusia yg bersikap macam ni.

Mengumpat. Orang kata sikap yg sinonim dengan perempuan. Betul ke..? Tak la. Buktikan pada aku yg lelaki tak mengumpat. Tak boleh bukti, kan..? Sama je. Kalau dah namanya manusia, sikap-sikap begini pasti ada. Cuma kita saja yg kena bijak untuk menentukan sikap begini patut diamalkan atau sebaliknya.

Kata orang, bulan puasa ni bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga. Tetapi juga menahan nafsu dari melakukan perkara-perkara yg dilarang. Dan salah satu daripadanya adalah mengumpat. Oh, bukan la bermakna kita boleh mengumpat jika bukan bulan puasa. Mengumpat tu satu perbuatan yg sangat ditegah di dalam Islam. Aku pernah terbaca, orang yg suka mengumpat ni ibarat memakan daging saudaranya sendiri. Ish, sanggup ke..? Dah tentu tidak, kan...?

Sempena bulan yg mulia ini, mari la kita sama-sama memperbaiki kelemahan diri. Kalau sebelum ni kita memang jenis yg suka mengumpat atau kadang-kadang ada juga mengumpat, segeralah bertaubat. Minta keampunan dari-Nya dan janganlah diulangi perbuatan itu. Bercerita keburukan orang dengan tujuan mengaibkannya, di sana kelak kita pasti akan diaibkan semula. Mahukah..?? Wallahu'alam.


p/s : pagi-pagi datang kerja ada isu mengumpat pula..haish, makruh puasa aku bila terpaksa dengar benda-benda tu!


Photobucket

14 comments:

maszull said...

assalamualaikumdylla...lebih baik berdiam diri dr bercakapyg bukan2 tu...:)

Eera Shera said...

jauhkan diri je kak..buat tak dgr je

Noor Atikah Ramli said...

better buat tak tahu je kat org yg dok mengumpat tu.hihi

MizzTina said...

tp ramai yg xblh tahan diri dri mengumpat..

ed shahir said...

alaaa ed selalu mengumpat kak dylla. ed cakap kak dylla comel. hmm. mintak maaf kak dylla

Atie Zieya said...

gam mulut diorg..hehe

3no gr33ny said...

hamba juga menyampah dengan kaum yang mengumpat ni..apa lagi kiranya kaum tu lelaki..huhu

Dylla Abas said...

@maszull : w'salam mama, betul tu..lebih baik jgn cakap apa-apa..kalau boleh dengar pun jgn :)

Dylla Abas said...

@Eera Shera : buat x dengar tu boleh sgt..part jauhkn diri tu mslh sket..sbb meja sebelah menyebelah je kt ofis ni..huu :p

Dylla Abas said...

@Cik Rongoks : setuju!

Dylla Abas said...

@MizzTina : tulah masalahnya >_<

Dylla Abas said...

@ed shahir : kalau mengumpat kata akk comle...hari2 pun xpe ed..sila umpat ye ^_^

Dylla Abas said...

@~MiZz Atie ZieYa~ : bestnya kalau betul2 boleh gam kan :p

Dylla Abas said...

@3no gr33ny : hmm..betul la..lelaki kalau mengumpat lebih teruk bunyinya dari org perempuan kan...