Pages

Saturday, 28 July 2012

Sabar dan Redha

Assalammualaikum W.B.T

Mesti masing-masing tengah sibuk berfikir nak makan juadah apa untuk berbuka puasa nanti, kan..? Dan aku percaya, ada di antara kita yg dah bersiap-siap nak ke bazaar Ramadhan di waktu-waktu begini..hee >_<

Cuaca hari ni sangat baik. Alhamdulillah. Agak panas sikit la. Tapi, bagus untuk peniaga-peniaga yg mencari rezeki di bulan yg mulia ni, kan? Plan nak balik berbuka puasa dengan mak dan ayah di Bukit Beruntung pun masih samar-samar lagi. Nak balik, tapi ada kerja pula nak kena siapkan kat rumah ni. Tengok la kejap lagi. Nasib baik Bukit Beruntung tu dekat je. Boleh la plan last-minute kan.

Okay..berbalik kepada tajuk asal, sabar dan redha. Semalam, tazkirah Jumaat dikendalikan oleh Registrar baru kami, Tn Syed Haron Ahmad. Topik yg sangat general. Tapi, bagus untuk dibincangkan sebagai peringatan bersama.

Manusia dan sabar memang saling berkait. Kesabaran manusia ni sering diuji tidak kira masa dan tempat. Di awal pagi atau di tengah malam, bila kesabaran itu diuji, bagaimana caranya untuk kita hadapi...? Sebagai contoh, di awal pagi, kita sedang memandu dengan perasaan yg amat tenang, tiba-tiba datang sebuah kereta dan melintas di hadapan kita dengan cara yg sangat berbahaya...apa perasaan kita ketika itu...?

Adakah kita terus mengurut dada, beristigfar dan bersabar...?

ATAU

Adakah kita terus memaki hamun pemandu kereta berkenaan...?

Secara jujurnya, most of the time, aku buat perkara kedua. Maki hamun dulu then baru nak bersabar. Tak boleh. Tak wujud istilah sabar selepas memaki hamun ye. Sabda Rasulullah S.A.W : "sabar itu adalah pada hentakan yg pertama." Jadi, kalau berlaku perkara yg menguji kesabaran kita dan kita bersabar di awalnya lalu redha akan perkara itu, maka kita adalah di antara orang-orang yg sabar. Hmm, cuba la kita perbaiki diri untuk menjadi lebih sabar. Aku pun sedang berusaha untuk menyabarkan diri dengan setiap dugaan yg Allah S.W.T beri.

Sabar dan kemudian redha dengan setiap dugaan, maka kita telah berada di kalangan hamba-hamba yg dijanjikan dengan ganjaran yg baik oleh-Nya.  Mahukah kita berada di kalangan itu..? Mestilah mahu kan. Ada ke yg tak nak ganjaran yg baik dari Allah S.W.T...? Ish, pelik sangat bagi mereka yg tak nak.

Tapi, redha itu bukan perkara yg mudah. Seperti kata Tn Syed tentang redha : "Allah S.W.T telah redha dengan memberi adik saya hidup di atas muka bumi ini, dengan kata lain, dilahirkan ke dunia, tapi saya dan keluarga mesti redha bila Allah S.W.T menariknya kembali beberapa tahun yg lalu."

Aku telah berdepan dengan 5 kematian yg melibatkan ahli keluarga yg akrab dengan diri aku. Aku pun tak pasti masa tu aku sabar dan redha atau sebaliknya. Apa yg pasti, aku memang bersedih dan menangis di atas pemergian mereka. Tapi, kesedihan itu tidak lama bila mendengar rata-rata yg memujuk, "sabar ye..semua ni ketentuan Allah, redha la dengan apa yg telah ditentukan-Nya."

InsyaAllah, aku mahu menjadi lebih tabah. Untuk itu, aku haruslah berusaha untuk menjadi orang yg lebih sabar dan redha. Moga kita semua diberi kekuatan untuk menempuh setiap dugaan yg telah Allah S.W.T tetapkan buat diri kita semua. Wallahu'alam.


p/s : cuba tarik nafas dalam-dalam selama beberapa kali bila berdepan dengan perkara yg menaikkan darah, insyaAllah kita akan lebih tenang dan boleh terus bersabar (",)


Photobucket

4 comments:

Anonymous said...

nasib baik saya jenis cool. saya memang penyabar. tapi, kalau org tu kuat pemarah, huhh. nayaaa! haha

3no gr33ny said...

hamba ada jemputan buat tuan hamba sahabat =)


http://3nogr33ny.blogspot.com/2012/07/aku-terjah-aku-follow-apakah-itu.html

Dylla Abas said...

@the tempo of life : heee..sy lak bila makin berusia ni maiin cool la..dulu2 cepat marah juga :)

Dylla Abas said...

@3no gr33ny : wah,ada jemputan..insyaAllah nnt sy tengok ye :)