Pages

Wednesday, 23 May 2012

Perasaan ke Perasan..??

Assalammualaikum W.B.T

Sebelum aku terus mengarut panjang, terlebih dahulu aku nak ucapkan Ahlan Wasahlan Ya Rejab. Alhamdulillah, dah masuk bulan Rejab pun. Cepat betul masa berlalu ye. Lepas Rejab, Syaaban pula. Lepas tu, seluruh umat Islam dah kembali berpuasa di bulan Ramadhan. Moga-moga kita semua masih diberi peluang dan kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa tahun ini..amin.

Okay...berbalik kepada tajuk entri : Perasaan ke Perasan..?? Apala Dylla ni...suka sangat buat tajuk entri yg berunsur soalan. Ampun ya...itulah tajuk yg melintas kat kepala otak aku ni haa (",)


Google

Perasaan dan perasan ni kalau mengikut kamus aku, bermaksud perbuatan yg melibatkan hati. Walaupun kedua-duanya mempunyai unsur yg sama iaitu RASA, tapi maksud sebenar kedua-dua perkataan ini jauh benar bezanya.

Mengikut pengalaman aku sendiri, perasaan tu bila aku mula menyukai atau membenci sesuatu perkara atau seseorang. Dan perasan itu pula, bila aku rasa sesuatu perkara atau seseorang tu menyukai atau membenci aku...hahaha **kes syok sendiri la kot** Siapa pernah lalui keadaan macam ni...sila angkat tangan (",)

Tak kisah la perasaan atau perasan sekalipun, kedua-duanya bila melibatkan hati, akan membuatkan emosi kita menjadi aktif. Emosi yg aktif ini akan membuatkan diri kita menjadi lebih sensitif. Di ketika ini, terpulang la kepada diri kita sendiri untuk menentukan hala tuju yg seterusnya. Janganlah sampai terbawa-bawa hinggakan semua perkara jadi tak menentu. Susah kot nanti.

Apa yg penting, perasaan suka atau benci tu sebenarnya sesuatu yg tidak boleh dijelaskan dengan kata-kata. Penyebab untuk suka atau benci hanyalah sekadar cara untuk memuaskan hati sendiri. Well, tepuk dada tanyalah hati. Dimanakah kedudukan hati kita yg sebenarnya. Pada perasaan suka, atau pada perasaan benci..?

p/s : dan jangan lupa tanya pada hati, berapa kali kita perasan ada orang suka atau bencikan kita dalam sehari (",)




6 comments:

maszull said...

assalamualaikum Dylla...kedua2nya mmg ada perbezaan walaupun ianya berkaitan dgn emosi....jauhilah perasaan benci itu sbb ianya akan membawa kpd seribu kedukaan...:)

Unknown said...

erm.. xtau la.. ada org benci ke suka ke.. yg Queen tahu.. BERBUAT BAIK DGN ORG... apa tanggapan.. apa perasaan.. perasan atau tidak semua tu letak di tepi.. :) sekalipun org tu benci pada Queen.. Queen akan tetap berbuat baik pd dia..terpulang pd dia utk menerima atau tidak kerana x pernah pun mengharap org membalas sgl kebaikan yg kita lakukan.

Ce'gu JAERA said...

ya, jangan terlalu cepat perasan nanti akan timbul sesebuah syak wasangka sesama kita... jadi lah insan yang berperasaan agar jiwa dan hati itu dapat disatukan dengan tetang..

Eh, betul ke abang punya komen ni? macam abang sendiri pun tak tau apa yang abang tulis.. wakaka

Mat petang adik ku.. (",)

PCL said...

eh , selalu gak perasan yg perasaan tu sentiasa datang...tp sukar kalu adanya perasaan perasan tuh..

3no gr33ny said...

macam mana kita nak kesan diri kita dalam kondisi sedang perasan ek?? huhuk

Eera Shera said...

sy plak kalo skali org tu dah khianat sy, sy trus x pecaya. kdg2 rasa berslh jgk simpn syak wasangka tp rasanye sangkaan yg bernas. tau la org nya mcm mana..grrrr