Assalammualaikum W.B.T
Cepat betul masa berlalu. Dah Jumaat pun. Esok, kalau takde aral, kami akan mengadakan kenduri tahlil sempena pemergian arwah atuk hari yg ke-40. Sebelum tu, mak dan ayah ada perancangan untuk menghadiri majlis nikah anak buah ayah **sepupu aku la tu** di Damansara. Alhamdulillah, bakal isterinya adalah Saudara Baru **sebelum ini menganuti agama Budha dan kini sudah bergelar seorang Muslim**
Okay. Cukup cerita tentang itu. Aku nak cerita tentang anak buah aku yg seorang tu. Siapa lagi kalau bukan anak abang aku, Azeem. Azeem pun dah masuk usia 4 tahun, bulan Mac yg lepas. Tapi, mulutnya petah betul. Mengalahkan orang tua. Sampai satu tahap, ada la rasa malas nak layan...hahaha (",)
Beberapa bulan yg lepas, aku dan abang aku sibuk berborak tentang aplikasi handphone masing-masing. Sekali dia tengok gambar-gambar dalam handphone aku ni. Ternyatalah memang banyak sekali gambar anaknya di dalam handphone ku itu. Tiba-tiba dia macam seronok main delete-delete gambar. Amboi...suka hati kau je kan!!
Aku : Kau kenapa rajin sangat tolong delete gambar-gambar aku ni...??
Abang : Laa..aku delete gambar anak aku. Kalau kau nak simpan gambar anak, kau simpanlah gambar anak kau sendiri..!
Aku : ????
Ada unsur-unsur cari pasal di situ. By the way...abang aku sebenarnya nak tanya bila aku nak kahwin. Jadi, dia bagi ayat indirect kat aku. Tapi, macam tulah caranya. Menyakitkan hati je. Hampeh betul abang ni!
p/s : haa laa....aku kahwin nanti tak simpan gambar anak kau dah..huh!
11 comments:
normallahkan simpan gambo ank sedara dlm hp.. adik sy pun byk simpan gambo alisha..hihii
wakakakaka.. adik dan abang ni memang kelako laa... ehehe.. ya, betul juga kata abang tu.. bila si adik nak kawin2 ni... moga d percepatkan ye adik ku.... amin Insya Allah...
assalamualaikum Mia....yer la bila la nak simpan gambar anak sendiri....abang tu saja jer nak suruh Mia kawin kot...:)
loorrr..kedekut nya abg ko.simpan gambar anak die pun takleh...hihihihi..die jeles kot..
ye la ko bile nak simpan gamabr anak sendiri..hehehe
haha.. simpan gambar anak dia pun tak boleh. betul2, bila nak simpan gambar anak sendiri?
mat pagi adikk ku... napa senyap tanpa cerita baru ni... hihi
@IntaNBerliaN : tulah tu...tulah anak buah yg paling disayangi..kena la simpan gambar dia kan :)
@Gen2Merah : amin...insyaAllah..jodoh tu pasti ada kan cikgu..cuma tak tahu dengan siapa..tak tahu bila..apapun hadapi semua dengan senyuman (",)
@maszull : w'salam mama...hehehe...alamak..soalan perangkap ni...insyaAllah..sampai waktunya nnt sy kahwin la ye :)
@Hanie Dew : abang aku tu memang..berkira sangat..hahaha..esok2 dah kahwin memang simpan gambar anak sendiri jelah :p
@dhiera : err...insyaAllah..coming soon..huhu :p
Post a Comment