Pages

Sunday 13 May 2012

Hari Ibu

Assalammualaikum W.B.T

Aku sebenarnya confuse bila tarikh Hari Ibu ni. Bukan apa, bagi aku, hari-hari adalah hari ibu. Hari-hari pun aku nak hargai mak aku. Selagi hayat dia dan aku ada, selagi itulah aku nak buat yg terbaik untuk mak. Untuk ayah juga la. Kang merajuk pula dia aku lebih-lebihkan mak..hehehe (",)

Apapun, sambutan Hari Ibu ni walaupun pernah ada isu yg mengatakan haram disambut kerana sejarahnya, kita sebagai umat Islam harus tahu bahawa menghargai ibu bukan sekadar dengan mengucapkan "Selamat Hari Ibu" bila tiba tarikhnya. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menghargai ibu.

Pada zaman Rasulullah S.A.W, ada seorang pemuda datang bertemu Baginda dan bertanya :

"Siapakah manusia yang paling layak aku berbuat baik terhadapnya..?"

Baginda menjawab, "ibu kamu."

Pemuda itu bertanya lagi, "kemudian siapa?"

Baginda menjawab, "ibu kamu."

Pemuda itu bertanya lagi, "kemudian siapa?" 

Baginda menjawab, "ibu kamu."

Pemuda bertanya lagi, "kemudian siapa?"

Baginda menjawab, "ayah kamu."

Jadi, terbuktilah bahawa ibulah manusia yg paling berhak dilayan dengan sebaik-baiknya tiga kali ganda lebih daripada ayah. Syurga kan terletak di bawah kaki ibu (",)

p/s : I Love You Mom....!!!





6 comments:

3no gr33ny said...

hargailah ibu sementara mereka masa ada..bila2 masa sahaja

maszull said...

assalamualaikum Mia...ibulah segala2nya bagi kita...:)

MizzTina said...

ibu adalah segalanya..

Dylla Abas said...

@3no gr33ny : insyaAllah..sy akan sentiasa menghargai mak sy selagi hayat dia masih ada :)

Dylla Abas said...

@maszull : w'salam mama..betul tu..tanpa ibu tiadalah kita kan (",)

Dylla Abas said...

@mizzkechique : yup..she's everything!!