Pages

Sunday 27 May 2012

Malam Minggu Di Rumah

Assalammualaikum W.B.T

Tenang rasanya dapat berhujung minggu di rumah. Boleh bersantai-santai dengan jayanya..hahaha. Rasa macam dah lama weekend aku kat tempat lain. Asyik tak lekat kat rumah je. So, hari ni bila dapat duduk rumah, layan juga kan. Mula la dalam kepala ni plan macam-macam. Nak kemas rumah la. Nak basuh baju la. Nak itu la. Nak ini la. Finally, blog juga yg aku hadap (",)

Malam tadi, lepas balik kerja, lepas aktiviti makan-makan dengan beberapa orang teman sekerja, aku terus mengurung diri dalam bilik. Tak keluar-keluar dah. Pandang kiri, pandang kanan...takde apa yg menarik pun. Tarik selimut, terus tidur. Heaven betul!!

Kononnya nak bangun balik dalam pukul 10.30 ke, nak layan drama-drama swasta kat tv yg dah lama tak layan tu. Tapi, sedar-sedar je dah azan Subuh. Oh, betapa nyenyak tidurku tanpa ada gangguan. Rasa memang takde yg mengganggu pun.

Itulah ceritanya malam minggu aku. Tak best langsung. Semua benda tak jalan. So, sekarang nak kena stop dulu. Jap lagi baru aku BW. Aku nak kena kemas bilik ni. Dah macam tongkang pecah je gayanya **mak aku suka guna istilah tu bila tengok bilik aku bersepah** Ada masa aku update lagi la.


p/s : rasa-rasa sempat tak nak wish "good morning" kat semua..?? hehehe (",)

7 comments:

Muna rahimah said...

Selamat berWEEKEND . haha

3no gr33ny said...

selamat berhujung minggu =)

IntaNBerliaN said...

akak pun, ujung minggu duk umah je... lgpun pose... tu yg lg nak duk umah.. hihi

Zana Adieyza said...

sesekali dpt lepak kat rumah wktu hujung mggu mmg syok gak.. dpt relaks2.. duit pun terkawal sbb x kuar shopping.. hihihi

Unknown said...

Duk umah la yg plg heaven! :)

YattAkasah said...

kdang2 mmg best lepak je kat rmhkan

Liza Razak said...

seronok sekali sekala terperap dalam rumah..saya pon jarang weekend stay kat rumah.asyik keluar je..hehe