Assalammualaikum W.B.T
Sudah 7 bulan proses hijrah berlaku dalam hidup aku. Sepanjang tempoh ini, banyak sungguh dugaan yg terpaksa ditempuhi. Tapi, sukacita aku maklumkan, dugaan itu tidaklah seberat mana pun. Sekadar kata-kata sinis yg aku umpamakan sebagai langau je (",)
Aku pernah terdengar, Allah S.W.T akan menguji hamba-Nya dengan pelbagai cara. Semakin tinggi iman seseorang itu, semakin beratlah dugaannya. Jadi, kepada mereka **termasuk diri aku sendiri** yg ingin bertaubat dan berubah ke arah kebaikan, pasti tidak akan terlepas dari dugaan-Nya.
Kadang-kadang, aku melatah juga bila diduga. Walau sekecil mana pun dugaan tu, bila aku terpaksa hadapinya dalam keadaan yg kurang bersedia, memang tak fikir sabar dah. Teruk betul. Lemahnya iman dalam diri. Hmm...macam mana nak jadi lebih baik ni...?
Ya Allah, kuatkanlah imanku untuk terus menghadapi dugaan-Mu dan kekalkanlah aku di landasan yg benar. Janganlah Kau berpaling dariku setelah Kau memberi hidayah kepadaku. Amin.
5 comments:
setiap dugaan tu ALLAH S.W.T bg mengikut kemampuan kita :)
salam perkenalan dr wanieys followers ke 158 hehe
biasalah tu dylla... kena terus kuatkan semangat.. tabah dlm apa jua situasi.. redha dan berserah pd Allah.. yg penting niat dlm hati kita tu...
a'aaa bila kita nk buat baik je, mesti ada je dugaan... tp dugaan tu sekadar nk uji thp keimanan kita.... :-)
selalulah kita memanjatkan doa kepada Allah semoga iman kita kukuh dan diri kita tabah menghadapi segala kemungkinan pada masa hadapan
amin... tahniah ya adik.. semoga akan terus kekal dengan sikap yang baik dan terpuji dalam Islam
Post a Comment