Pages

Monday, 14 May 2012

Bukan Mudah Melepaskan Yg Kita Sayang

Assalammualaikum W.B.T

Malam ni nak cerita tentang topik yg agak sentimental sikit. Topik yg berkaitan dengan hati dan perasaan. Topik yg sangat sinonim dengan orang yg putus cinta.

Rasanya, ramai di antara kita yg berpengalaman bercinta. Ada percintaan yg membawa bahagia selamanya. Ada juga percintaan yg terkandas di tengah jalan. Aku merupakan salah satu contoh terbaik yg telah melalui pengalaman gagal dalam bercinta.

Aku tak nafikan, ketika aku putus cinta dulu, aku kalah dengan hati aku sendiri. Aku tunduk dengan perasaan aku sendiri. Aku biarkan hati dan perasaan yg mengawal akal. Aku turutkan saja kemahuan hati dan perasaan hingga aku jadi amat sakit. 

Masa tu aku tak terfikir langsung tentang perasaan mak dan ayah yg amat bimbangkan keadaan aku. Aku tak terfikir langsung tentang kerjaya aku hingga musnah semuanya. Aku tak terfikir apa yg bakal berlaku dalam hidup aku hingga aku abaikan semuanya. Jelas, aku begitu lemah untuk mengharungi dugaan hidup yg Allah S.W.T beri. Jelas, aku tidak percaya bahawa Allah S.W.T sayangkan aku. Teruk, kan...?

Bila aku dah melepasi fasa "frust menonggeng" tu, baru la aku tersedar dari lena yg panjang. Aku telah sia-siakan masa bertahun-tahun hanya kerana aku tak sanggup melepaskan orang yg aku sayang. Hanya kerana aku yakin, tiada pengganti sebaik dirinya, aku korbankan masa dan kehidupan aku begitu saja. Sesungguhnya, aku bersyukur kerana Allah S.W.T memberi kesedaran kepada aku untuk aku berubah dan meneruskan hidup seperti sediakala.

Melihat adik-adik yg begitu kecewa kerana putus cinta, aku nampak diri aku dalam diri mereka. Aku nampak bagaimana aku sengsara untuk menerima hakikat bahawa orang yg aku sayang itu tidak ada lagi dalam hidup aku. Dan aku tertanya, kenapa sekarang baru aku nampak semua itu..?

Mudah jawapannya. Kerana Allah S.W.T nak beri peringatan kepada aku. Aku hanyalah hamba-Nya yg lemah dan sering lalai. Kerana itulah aku diingatkan dengan dugaan sekecil ini. Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosaku, dan Kau rahmatilah hidupku selalu...amin.

Adik-adik, jangan biarkan diri terlalu hanyut dalam arus kekecewaan. Benar, bukan mudah nak melepaskan apa yg kita sayang. Namun, jika apa yg kita sayang itu telah ditakdirkan bukan milik kita, tak guna kita simpan ia. Lepaskan la dengan harapan ada yg lebih baik menanti kita di hadapan.

Jangan terlalu takut dengan apa yg bakal mendatang. Yakinlah dengan janji Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Buang semua perasaan was-was terhadap apa yg telah Allah S.W.T tentukan untuk kita. Sesungguhnya, DIA lah yg Maha Mengetahui segala-galanya.


p/s : menjadi lebih tabah selepas melalui pelbagai dugaan hidup (",)





12 comments:

Anonymous said...

yup
setju dengan entry
memg sush nak lepaskn ape yg kita sygg
kalau da syg sgtt
memg sush2 sgt nak lepaskan
tp tu semua buat kita jadi lagi kuattt

Dylla Abas said...

@farah hanim : insyaAllah dik..semua dugaan yg dtg tu adalah pengajaran terbaik utk kita menjadi lebih tabah :)

IntaNBerliaN said...

betoi tu.. dugaan dan ujian dariNYA lah yg buat kita lbh tabah hadapi hidup ni kan..

MizzTina said...

mmg susah..mcm kes akak skang, kami dh putus, tapi tiap hari msh msj, call.. jumpa n kuar mkn.. hurmm, sshnya nk lepaskn..

wanita mutalib said...

dylla, terima kasih undi Qalesya :)

Ce'gu JAERA said...

hebatnya penangan sebuah Cinta kan... kerana cinta, kita menjadi buta segala2nya.... akhirnya kita hanyut dan lemas ke tengah lautan.. sehingga kita terdampar ke tepi pantai dan kembali bersyukur...

Setiap orang pasti akan melalui pengalaman pahit dan manis ini.. buat adik2 kita yang masi mentah dalam isu ini, hati2 lah... jangan biarkan cinta menjerat kita ke kancah kehancuran hidup...

Good luck adik ku Dylla Abas..

Dylla Abas said...

@IntaNBerliaN : (",)

Dylla Abas said...

@mizzkechique : hmm..susah tu kalau masih contact lagi..mcm ni la..MK tny pd naluri sendiri..apa yg MK nak sebenarnya..then baru decide..semakin kita dekat dgn seseorang tu..semakin susah kita nak "jauh" kan diri daripadanya...insyaAllah...niat yg baik akan sentiasa diperkenankan-Nya :)

Dylla Abas said...

@Wanita Mutalib : welcome...nnt aku dtg undi lagi ye :p

Dylla Abas said...

@Gen2Merah : bagi org yg "hanyut" dlm bercinta macam sy dulu memang akan jatuh teruk bila putus cinta..moga2 adik2 kita boleh jadikan pengalaman kita sebagai pengajaran kan

anyway...thanks abang...all de best to u too (",)

Eera Shera said...

x penah rasa pengalaman mcm ni hehe..tp mmg la kalo dah sebati dlm jiwa mne sng nk lupa kan..

Dylla Abas said...

@Eera Shera : yup..setuju dengan adik..sesuatu yg dah sebati dengan jiwa memang susah nak lepaskan dengan mudah kan..